pizza 
  
BAHAN ASAS DOH PIZZA

  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil ragi

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • (Kedua bahan ini diayak bersama)

  • 155 gm air
  • sedikit air suam


CARA MEMBUATNYA 
  • Campurkan gula dengan ragi dan sebatikan dengan air suam
  • Biarkan 15 minit sehingga ragi kelihatan berbuih
  • Masukkan tepung bergaram ke dalam mangkuk pengadun
  • Tuangkan bancuhan ragi yang sudah kembang di tengah tengah tepung
  • Adun dengan mesin pengadun (blender) - mula dengan kelajuan 1 sehingga 3
  • Tambahkan air sedikit demi sedikit semasa mengadun hingga sebati
  • Keluarkan doh dan uli dengan tangan sekejab
  • Adun dengan mesin sekali lagi sehingga adunan licin
  • Biarkan selama 20 minit
  • Canai dan potong mengikut saiz mangkuk
  • Isikan dalam mangkuk dan cucuk cucuk dengan hujung pisau supaya doh tidah menggelembung bila dibakar nanti
  • Ratakan sos
  • Taburkan inti
  • Aturkan sayuran di atasnya serta sedikit keju
  • Bakar selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak
  • Setelah tiga suku masak tabur lebihan keju dan bakar sebentar sehingga keju cair.
  • Hidangkan panas panas

BAHAN ASAS SOS PIZZA


  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • ( keduanya dicincang)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun bay
  • Sedikit oregano
  • Garam secukupnya
CARA MENYEDIAKANNYA 
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan daun bay hingga lembut
  • Masukkan sos serta puri tomato diikuti sos cili, oregano dan garam
  • Kacau sebentar dan biarkan hingga pekat
 
 
PIZZA SAYURAN
BAHAN-BAHANNYA 
  • Doh pizza secukupnya
  • Sos pizza secukupnya dan ditambah sedikit serbuk lada hitam
  • *(rujuk asas doh dan sos pizza di atas)
BAHAN INTI 
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong kecil
  • 1/2 biji capsicum - dipotong kiub
  • 5 jagung muda (baby corn) - dibelah
  • 5 keping cendawan butang
  • 1 biji tomato
  • 100 gm parutan keju mozzarella
CARA MENYEDIAKANNYA 
  • Celur semua sayuran hingga setengah masak
  • Tabur atas doh dan bakar selama 20 minit
  • Sapukan sos ke atas doh pizza
  • Aturkan bahan inti di atasnya dan bakar selama 20 minit
  • Keluarkan pizza
  • Taburkan keju, bakar lagi selama lima minit
 
PIZZA SEAFOOD
BAHAN-BAHANNYA 
  • Doh pizza secukupnya
  • Sos pizza secukupnya dan ditambah 1 batang lobak merah yang dipotong kecil
  • sedikit serbuk lada putih
  • *(rujuk asas doh dan sos pizza di atas)
BAHAN INTI 
  • Bebola ikan
  • Bebola sotong
  • Bebola udang
  • (Semua dipotong bulat)
  • 100 gm parutan keju mozzarella
  • 1/2 biji tomato - dihiris bulat
  • 1/2 biji capsicum - dipotong dadu
CARA MENYEDIAKANNYA 
 
  • Sapukan sos ke atas doh
  • Aturkan bebola ikan, sotong dan udang
  • Taburkan keju dan bakar selama 20 minit
  • Taburkan keju dan bakar lagi selama 5 minit
 
PIZZA AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHANNYA 
  • *(rujuk asas doh dan sos pizza di atas)
BAHAN INTI 
  • 2 ketul dada ayam - dipotong dadu
  • 1/2 ulas bawang besar - dicincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji capsicum - dipotong dadu
  • 3 keping nanas - dipotong dadu
  • 4 keping cendawan butang - dihiris
  • 2 biji tomato - dihiris bulat
  • 11 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 50 gm keju parutan keju mozzarella
CARA MENYEDIAKANNYA 
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  • Masukkan ayam dan tambahkan garam serta lada sulah
  • Kacau hingga ayam empuk
  • Ratakan atas doh yang sudah disapu sos tadi
  • Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam
  • Bakar hingga masak
  • Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
  • Hidangkan.
ada lagi akan menyusul nanti
bersabar


 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN 
 
  
  
menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids]
[selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]

 
1