IKAN SWEET SOUR
 
BAHAN-BAHANNYA 
  • 1 ekor ikan bawal atau kerapu
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar ( untuk hiasan)
  • 1/2 inci halia
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan serbuk perasa
  • beberapa helai daun salad
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1/2 sudu cilibo
CARA MEMBUATNYA 
  • Ikan dibersihkan dan disapu garam, serbuk kunyit dan cilibo dan digoreng hingga masak
  • Bawang (merah dan putih) ditumbuk kemudian ditumis dengan 4 sudu minyak sehingga garing
  • Masukkan sos cili dan sos tomato
  • Apabila sudah digaul, masukkan air asam jawa
  • 1 biji tomato dilenyek sehingga lumat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan
  • Masukkan serbuk perasa 
  • Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dipotong bulat bulat.
  • Biarkan mendidih selama 2 - 3 minit, kemudian angkat dan hidangkan
  • Hiaskan dengan hirisan buah tomato yang dipotong bulat bulat serta daun salad dan daun bawang.
 
                           1