FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLUANG
Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah wadah utama bagi pelajar mencapai kecemerlangan, memandangkan semua pelajar boleh dididik, boleh belajar dan boleh mencapai kecemerlangan. Justeru, sekolah akan berusaha memperkembangkan potensinya untuk mencapai keseimbangan jasmani, rohani, emosi dan intelek pelajar.
MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLUANG
Berusaha ke arah pencapaian mutu serta peningkatan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta bidang-bidang lain di peringkat sekolah.
Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkesan dengan menggerakkan segala sumber tenaga di sekolah dan masyarakat tempatan.
Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara..
OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLUANG
Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif berdasarkan konsep sekolah penyayang untuk mencapai kecemerlangan hidup melalui proses penimbaan ilmu dan pengalaman.
Berusaha melahirkan para pelajar yang mempunyai disiplin kendiri, bersikap positif, berdikari dan sedar akan tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Mencorak dan mendedahkan pengalaman yang produktif serta berusaha mengeratkan perhubungan antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
Mewujudkan persefahaman dan kerjasama dengan masyarakat setempat dan menarik minat.
Menyemai rasa bangga dan sayang terhadap sekolah.
Memupuk kesedaran untuk terus belajar meningkatkan kemahiran, sentiasa memperbaharui azam, menanam dan mencernakan sahsian terpuji dan nilai-nilai murni di kalangan palajar.
Sentiasa berusaha mengembangkan lagi kecekapan dan potensi staf serta kakitangan sekolah ke arah peningkatan produktiviti.
Berusaha ke arah kecemerlangan dengan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.