'Langit itu tidak terhad. Bagi juruterbang langit itu
adalah titik permulaan.'
Kelab Penerbangan 4B Malaysia atau KP4B adalah satu satu nya kelab yang dapat menyambungkan keinginan belia-belia Malaysia khasnya, seluruh rakyat Malaysia amnya, kealam juruterbang dan langit yang tidak terhad itu.
Di era millenium yang baru
ini, perbatasan yang terakhir bukan lagi lautan tetapi adalah angkasa. Proses
globalisasi dengan pengangkutan yang serba canggih dan terus lebih canggih,
menyebabkan dunia semakin kecil. Manusia sudah mula bercakap tentang kehidupan
di bulan, dan sekarang sudahpun meneroka permukaan planet Marikh.
Para para belia Malaysia
seharusnya amat berterima kasih terutamanya kepada YAB Datuk Wira Hj. Mohd. Ali
bin Mohd. Rustam (Presiden KP4B & Ketua Menteri Melaka) kerana atas buah
fikiran dan usaha beliaulah kelab seumpama ini ujud di Melaka. Usaha ini
menyebabkan penerbangan mampu diceburi oleh sebahagian besar dari belia belia
Malaysia. Usaha ini telah menyebabkan pembukaan jalan kepada penerokaan langit
yang tidak terhad itu. Penerbangan pesawat 'Microlight' ada mempunyai ciri ciri
uniknya sendiri tetapi setelah memperolehi lesen terbang microlight, ahli ahli
berpeluang untuk terbang dengan pesawat pesawat yang lain dengan lebih murah.
Belia belia Malaysia
haruslah menunjukkan terima kasih ini dengan menyertai keahlian KP4B, dan terus
meneroka angkasa yang indah dan luas ini. Mudah mudahan pada masa akan datang
kita akan melihat ramai rakyat Malaysia yang bergelar 'astronout' bekerjasama meneroka angkasa.
Mungkin ramai yang masih
takut untuk menceburi kelab penerbangan. Tetapi statistik telah menunjukkan,
risiko kemalangan disebuah kereta adalah jauh lebih tinggi dari risiko disebuah
pesawat, lebih lebih lagi microlight. Jadi, janganlah ketakutan itu menjadi
alasan untuk tidak menyertai KP4B. Sebenarnya, kita takut hanya kepada perkara
yang kita tidak tahu. (Fear of the unknown).
Disamping penerbangan
pesawat, YAB Datuk Wira Hj. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam juga berusaha untuk
membuka jalan kepada pembuatan pesawat ringan. Ini merupakan langkah seterusnya
didalam aktiviti belia di KP4B.
Akhir kata MALAYSIA BOLEH!
DR. MOHD. YAZID
MOHD. NOOR