Tragedi Jonesboro:
Nilai Amerika yang MerudumKetika kanak-kanak Palestin dibakar semangat jihad si kecil Tamil Eelam berani menelan cynide remaja Bosnia pun telah bangun memikul senjata pemuda Albania do Kosovo mula menerjang Serbia namun apalah malangnya nasib anak Amerika kerana sebab yang sedikit jiwa terhimpit kerana cinta monyet dunia terasa menjepit lalu bangunlah amarah nan melimpah hati rusuh terus membunuh kawan dan guru sendiri ditembak Jonesboro pun berkuah darah Tengahari 24 March 1998 itu... tiba-tiba loceng amaran dibunyikan warga Westwood Middle School tersentak satu latihan atau kenyataan? beratur secepatnya keluar sepantasnya begitulah sewajarnya demi menyelamatkan nyawa (Kasihan... sebenarnya mereka bagaikan haiwan yang dihalau ke rumah penymbelihan) dam! dam! dam! dari jarak 100 meter tembakan dilepaskan Andrew Golden dan Mitchell Johnson mencari sasaran demi amarah cinta Mitchell terhadap Candace lima diri diragut maut - 10 cedera dipagut derita Petang itu Amerika pun bergegar institusi pendidikan, perundangan, dan keluarga tercabar tidur Clinton dinihari di Afrika pun dikejutkan terkebil-kebil Mr. Presiden sejak dinihari hingga terbit mentari Arkansas - negeri yang pernah ditadbirnya bagai ditimpa badi dulu - Paula Jones dengan dakwaan seks luar tabii kini - Andrew & Mitchell pula dengan jenayah juvana yang ngeri tubuh sasa Globo-Cop dunia bagai dijangkiti virus Uncle Sam menderita sakit dalaman bukan angkara militan Islam seperti yang didakwakan bukan kerana Saddam, Khameini, Castro, dan Ghaddafi tapi kerenah rakyat sendiri... yang kaya harta, miskin hati jika berani... membunuh sesuka hati jika kecewa...membunuh diri Juara perundangan dunia pun pening kepala patung Lincoln dan wanita Liberty seakan tak bermakna simbolik menjadi ilusi patriotik menjadi sarcastic bagaiman pembunuh cilik ini hendak dihukum? penjara? (dera yang tidak setara) mati ( merekakan budak-budak lagi) lalu bagaimana kalau ibu bapa menjadi galang-gantinya untuk menebus kesalahan anaknya? Ah, masih ada dilema... justeru tiada kesepakatan bersama 'syarikat" Amerika Syarikat tak muafakat lain negeri lain pandangan lain makamah lain hukuman jelas tragedi ini di luar jangka tak sempat dikepung undang-undang dan akta Tamparan yang menyakitkan buat Amerika yang berleluasa mengacau dunia mana resolusimu ketika menyerang Iraq? mana vetomu letika membela Israel? atau kemampuan mencatur PBB dan kewibawaan mempengaruhi EC serta keunggulanmu memantau NATO kenapa jadi serpihan di negara sendiri? kenapa jadi pinggiran di dalam negeri? (undang-undang juvana pun tak mampu disatukan) Namun siapakah yang mahu mengalah ketika mengalah dianggap salah ibu bapa ANdrew menyalahkan Mitchell (katanya, anak mereka diugut) datuk Mitchell pula menafikan (cucunya mendapat sepenuh kasih sayang dan didikan) guru-guru berlepas tangan (tak dapat menbeza antara kejahatan dan kenakalan) Ah, seringan itukah mendidik di necara materialistik? apabila kasih dicanai menggunakan dolar ketika sayang disemai dari lambakan harta akhlak dituai dek sijil dan kelulusan Hadiah Santa Claus pun turut dipertikaikan kononnya itu punca keganasan rasionalkah sepucuk short-gun mainan diberikan buat Mitchell yang kesepian sejak ibu dan bapanya bercerai sejak cinta kasihnya yang terkulai kini ketika di penjara menanti waktu dibicara kedua-duanya minta Bible untuk dibaca namun di luar ada suara yang menjerit "tak kira berapa umurnya... nyawa dibalas nyawa... seperti termaktub dalam Bible kita. Jauh ke dalam diri ayuh kita selami nurani sendiri sabda junjungan: Anak itu kain nan putih bagaimana acuan begitulah kuih bentuk buah mengikut benih ibulah pelukisnya... bapalah pencoraknya... gurulah modelnya... masyarakatlah idolanya... al-hasil... keganasan mereka adalah tempaan kita Jonesboro bukan satu noktah tapi satu babak dari sebah kisah satu snekdot di lautan sejarah kisah panjang musim-musim silam kini datang pasti berulang - Rom berkecai apabila akhlak terabai - Parsi terkubut apabila budi terlebur itulah neraka segera ciptaan manusia sebelum neraka adadi ciptaan yang Esa Dan indeks Amerika pun runtuh sekalipun nilai dolarnya masih kukuh empayar yang tua renta... mananti saat untuk jatuh? Qaulan Syadide Pelangi Zaman