Sekarang diperturunkan IKRAR KESETIAAN KHADAM/KULI
*note* pls memorize this for the installation ceremony.
*note 2* sila angkat kaki kanan
Bahawasanya saya, sebagai makhluk yang tidak mengamalkan prinsip-prinsip kemoralan, dan suka bertindak mengikut emosi, yakni secara membabi-buta serta tidak rasional, dengan sepenuh jiwa dan raga serta dengan hati (and jantung and pundi hempedu and pancreas) yang tidak kurang ikhlas, jujur dan amanah, berikrar, supaya akan senantiasa mencurahkan bakti, sumbangan dan jasa dengan sepenuh hati dan mendirikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap 3 orang insan yang menduduki tangga tertinggi dalam senarai manusia-manusia/haiwan-haiwan/tumbuh-tumbuhan yang tercute di alam semesta, penuh tepu dengan nilai-nilai kerohanian serta memiliki IQ dan EQ yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa-siapa pun, termasuklah Albert Einstein.
Saya juga berikrar akan menjalankan segala tugasan yang diamanahkan kepada saya oleh makhluk-makhluk yang kewt ini dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan perhatian supaya tugasan-tugasan atau kerahan-kerahan ini, tidak kira apa yang diamanahkan, sama ada rasional atau tidak, akan dapat saya laksanakan dengan berjayanya.
Saya turut melafazkan ikrar agar senantiasa menjadi pengawal peribadi tuan-tuan saya dan menjaga kebajikan mereka walaupun diri saya menghadapi bahaya yang sememangnya tidak dapat dielakkan semasa menjalankan kewajipan. Saya berikrar akan sentiasa mengekalkan ketaatan saya kepada tuan-tuan saya dan tidak berlaku curang. Sekiranya ketaan saya ini tidak saya kekalkan, maka saya akan disambar petir dari langit.
Pengkhadaman saya ini mustahak agar tuan-tuan saya dapat membina landasan kebenaran dan memperlekehkan pembangunan umat kerana Mabel, Melissa dan Sylvia lah yang merupakan entiti kecemerlangan dalam mempercepat modus operandi supaya manusia yang dilahirkan berfikiran global dalam mengharungi arus kehidupan. Kerja-kerja seperti penyuburan nilai diri dengan menabur benih keimanan bagi menzahirkan paduan ikatan hati yang intim akan dijalankan oleh Mabel, Melissa dan Sylvia untuk makhluk-makhluk yang mempunyai mentaliti subsidi dan berfikiran negatif seperti diri saya (sedarpun).
Dengan itu, saya mengkhadamkan diri saya kepada ketiga-tiga tuan saya, yakni Mabel, Melissa dan Sylvia.
"BERKHIDMAT UNTUK MABEL, MELISSA, DAN SYLVIA"
Saya yang menurut perintah, (get this printed out and put your signature above the dotted line)
--------------
Khadam/Kuli Negara.
Disahkan oleh,
Mabel Melissa Sylvia
--------- ----------- ---------
Hak cipta terpeliharaŽ
Sebarang pengklonan salinan (asal) ini sama ada dari segi biologikal, kimia
atau
fizikal haruslah dicabut gigi atau ditarik lidah.
P/s remember to memorise the contents which are of paramount
importance.