Salam mesra daripada warga SMK Dato Taha, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dalam dunia bercirikan persaingan, sebagai laluan untuk menuju ke alaf baru, SMK Dato Taha tidak boleh menjadi pemerhati sahaja terhadap ledakan revolusi maklumat kini. Kita perlu menyertainya malahan menerajuinya, sekiranya kita ingin bersaing.
SMK Dato Taha walaupun hanya sebuah sekolah di luar bandar tidak mahu ketinggalan dalam arus IT dan kini dapat melancarkan sendirinya. Secara mudah, IT merujuk kepada penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi. Multimedia interaktif dalam sistem pembelajaran mahu dibiasakan di SMK Dato Taha. Kita amat berbangga kerana diberi ruang untuk berinteraksi di dalam era digital ini.
SMK Dato Taha mula beroperasi awal tahun 1960an, 27 km dari Tampin menghala ke Gemas. Lahir hasil perantaraan Bahasa Melayu sebagai media pendidikan kebangsaan. Sekolah ini mendidik anak didiknya dalam dua sidang, menggunakan strategi INKUB dalam jaringan ASTAR menggarap kecemerlangan akademik juga kokurikulumnya.
Semoga warga SMK Dato' Taha diberkati Tuhan.