PERSATUAN DAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah ditubuhkan pada Mac 1972 dan Dato' Mohd. Taha Talib menjadi Pengerusinya. Beliau memainkan peranan secara langsung dalam kegiatan kurikulum dan ko kurikulum. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah juga telah memberi sumbangan dalam projek-projek sekolah seperti pengendalian Kelas bimbingan, menambah bilangan buku-buku/ bahan bacaan di perpustakaan sekolah dan lain-lain lagi.
Antara individu yang telah berkhidmat sebagai pengerusi P.I.B.G.:
Bil. | Nama Pengerusi | Tahun Khidmat |
1. | Dato' Mohd. Taha b. Talib | 1972 - 1982 |
2. | En. Hussin b. Hj. Zabudah | 1982 - 1986 |
3. | Tn. Hj. Taha b. Hj. Ab. Ghani | 1987 - 1988 |
4. | Tn. Hj. Othman b. Mohd. Sharif | 1988 - 1990 |
5. | Tn. Hj. Ujang b. Ajak | 1991 - 1992 |
6. | En. Harun b. Busu | 1993 - 1995 |
7. | Tn. Hj. Othman b. Mohd. Sharif | 1996 - kini |
KEGIATAN/ AKTIVITI () :
1. | Membayar bil elektrik/air surau sekolah | 8. | Mengeluarkan kos bagi pembelian hadiah Kecemerlangan Pelajar |
2. | Membiayai sebahagian dari kos komputer untuk sistem internet | 9. | Membiayai kos baik pulih dewan sekolah |
3. | Membeli alatulis kelas tambahan PMR/SPM/ STPM. | 10. | Membiayai pembelian khemah untuk kegiatan ko kurikulum sekolah |
4. | Membiayai pengurusan pertandingan Liga Hoki MSSM | 11. | Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubaraq & Maulidul Rasul |
5. | Membiayai pembelian kerusi plastik sekolah | 12. | Pengurusan Bilik Gerakan Sekolah |
6. | Mengeluarkan sumbangan untuk sambutan Hari Guru Peringkat Daerah dan Negeri. | 13. | Program Perjumpaan 3 Penjuru - Ibu bapa, Guru & pelajar. |
7. | Menyediakan peruntukan tenaga penceramah PMR/ SPM/ STPM. | 14. | Kursus Kepimpinan Pelajar. |