- Berusaha dengan
sedaya upaya memberi perkhidmatan pendidikan yang memuaskan kepada anak-anak
didik kami sepanjang masa persekolahan.
- Memberikan perkhidmatan dan layanan
mesra kepada setiap tetamu dalam masa 15 minit.
- Memberi maklumat kepada pihak-pihak
yang berkenaan yang memerlukan dalam masa satu minggu selepas tarikh diterima
atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran
yang serius kami menghubungi ibu bapa /penjaga dalam tempoh tidak lewat
dari 3 hari.
- Semua aduan diberi perhatian dengan segera
di dalam tempoh satu minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Memberi perhatian dan tindakan segera
terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening di kalangan anak-anak didik
kami yang berlaku dalam kawasan sekolah.
- Mengamalkan tatacara kawalan disiplin
yang sesuai dan adil untuk anak-anak didik kami sepanjang masa persekolahan.
- Bersedia dan mengatur perbincangan
dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya
sekali setahun.
- Sentiasa menerima cadangan dan pandangan
yang positif untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan
pendidikan di sekolah sepanjang tahun.
KEMBALI KE MENU UTAMA