Latihan  Bahasa Malaysia (2)  PMR

Soalan 1-6
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
     Salah satu ..(1).. yang sering mendapat .. (2).. ialah pencemaran bahasa. Seperti pencemaran alam, pencemaran kuasa, pencemaran maruah dan pencemaran budaya, pencemaran bahasa juga harus diberi ..3.. kerana pencemaran ini juga merupakan pencemaran .. 4.. Pencemaran bahasa akan membawa ..5.. dalam pelbagai aspek. Apatah lagi pencemaran ini akan mencemarkan ..6.. bahasa Malaysia.

1.  A.dipersoalkan  B. soalan  C. mempersoalkan  D. persoalan

2.  A. perhati   B. perhatian  C. diperhatikan  D. pemerhatian

3.  A. perhati   B. diperhatikan C. perhatian   D. pemerhatian

4.  A. fikir   B. difikirkan  C. fikiran   D. memikirkan

5.  A. keliru   B. kekeliruan  C. dikelirukan   D. pengeliruan

6.  A. indah   B. diindahkan  C. pengindahan  D. keindahan

Soalan 7 - 15
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai:
7.  ........ yang silam, Tanjung Bidara di Melaka ialah sebuah pelabuhan yang sibuk.
     A.  Bertahun  B. Berabad  C. Berzaman  D. Zaman

8.  Semasa Hang tuah meningkat dewasa dan .... menjadi panglima, beliau telah
     bertanding menyabung ayam dengan Megat Panji Alam.
     A.  dianugerahi  B. dipecat   C. dilantik  D.dianugerahkan
 
9.  Setiap individu wajar memberikan pendapat ..... pemerhatiannya.
     A.  berdasarkan  B. bermatlamatkan C. agar   D. semoga

10.  Hari ini kita dapat melihat bangunan ..... langit tumbuh bagaikan cendawan di negara
       kita.
       A.  setinggi   B. bangunan  C. penyapu  D. pencakar

11.  Bidang Ukur Bahan mempunyai masa depan yang .... kerana pertambahan
       permintaan terhadapnya.
       A.  mulia   B. cemerlang   C. cerah  D. gelap

12.  Perjalanan mendaki bukit, ..... sungai dan merakit di sungai yang mengalir deras
       sememangnya menyeronokkan.
       A.  mengharung  B. memudik   C. mengayuh  D. melepasi

13.  Negara kita tidak .... akan dijajah lagi sebagaimana pendudukan Jepun dan British
       dahulu.
       A.  mustahil  B. mungkin   C. perlu  D. harus
 
14.  Berdasarkan ..... dalm bidang akademik dan bukan akademik, kedudukan pelajar
       lelaki kini terjejas.
       A.  prestasi   B. kualiti   C. peningkatan  D. pencapaian

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan, gariskannya dan betulkannya. Tuliskan tiada kesalahan bagi
ayat yang betul.
15.  Saya menyusuli Sungai Nenggeri di dalam jajahan negeri Kelantan untuk ke Lubuk
       Labi.
 
16.  Persatuan Kebudayaan India dalam pamiran ini turut memperlihatkan pakaian dan
       permainan tradisional India.

17.  Sekumpulan ketua jabatan kerajaan mempengerusikan mesyuarat tergempar untuk
       mengatasi masalah tersebut.

18.  Salah satu faktor yang mengekalkan ketahanan dan kestabilan negara Malaysia
       selama ini digantung kepada kenyataan bahawa rakyat ingin hidup harmoni.

19.  Pemain negeri Johor mempamerkan corak permainan yang cemerlang tetapi nasib
       menyebelahkan mereka.

20.  Para peraih diminta mengenakan harga yang rendah bagi setiap belian dan jualan
       untuk kebaikan para petani.

21.  Tempoh tahan beliau berakhir pada 20 Julai yang lalu tetapi pihak tentera
       mempunyai kuasa untuk memanjangkannya.

22.  Pak Talib ialah golok-golok Jepun semasa pemerintahan Jepun dahulu.

23.  Belia-belia tidak dapat menentukan apa yang betul dan apa yang salah jika tidak
       mempunyai pegangan agama yang kuat.

24.  Pelbagai usaha dilakukan di bidang pelajaran kepada memenuhi kehendak zaman
       kemajuan sains dan teknologi di negara kita.

25.  Pemain-pe,main import kadangkala tidak menunjukkan penyembahan yang
       diharap-harapkan.

26.  Pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, semua peladang dan nelayan
       berkumpul untuk merayakan sama-sama hari tersebut.

27.  Tiap individu semestinya mempunyai inisiatif untuk mengubah sikap dan tidak
        mementingkan diri sendiri.

28.  Ketika  sedang mandi di Air Terjun Kota Tinggi, kedinginan air sungai terasa
       mencubit kulit.

29.  Lebih seabad yang lalu, Kuala Lumpur hanyalah kampung kecil bagi pelombong
       Melayu dan Cina.

30.  Sistem Pendidikan Negara ialah sistem yang digubal oleh kerajaan di bawah kawalan
       Kementerian Pendidikan.

31.  Pada musim bola sepak ini, Diego Maradona telah menjadi pemain yang terkenal
       sekali.

32.  Salah satu gejala sosial yang dihadapi oleh negara sekarang ialah  kemasukan ramai
       pengemis-pengemis asing.
 

Disediakan oleh  Wong Piing
06.06.1998

[LATIHAN 3]  [JAWAPAN]
HAK CIPTA TERPELIHARA
 
1