Bahasa Malaysia UPSR (Latihan 1)

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Petikan 1
          Orang zaman purba terdiri daripada pemungut, pemburu dan nelayan. Mereka mencari makanan seperti buah-buahan hutan, kacang, akar dan telur burung. Mereka menyalakan api dengan menggosok dua batang kayu atau ketul batu.
          Mereka hidup merayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pada mulanya, mereka tinggal di atas pokok, gua dan kemudian di pondok-pondok yang dibuat daripada ranting-ranting daun dan kulit batang kayu.
          Orang purba membuat perkakas daripada batu dan tulang binatang. Pakaian oranng purba diperbuat daripada kulit binatang dan kulit pokok. Mereka menyelimutkan badan mereka dengan kulit-kulit itu. Setelah tahu membuat jarum daripada tulang binatang dan benang daripada kulit, barulah mereka menjahit kulit binnatang untuk dijadikan pakaian.
         Setelah lama hidup memburu, orang purba mula menjinakkan binatang untuk membantu mereka dalam kerja-kerja harian. Mereka membela lembu, kambing, biri-biri, anjing, kerbau dan unta untuk mengangkut barang dan membajak sawah.

1.     Berikut adalah pekerjaan orang-orang zaman purba kecuali
       A    memungut buah-buahan.                        B     memburu binatang.
       C    menangkap ikan.                                   D     menembak binatang.

2.  Apakah makanan orang-orang zaman purba?
      A    Buah-buahan hutan.                  B    Buah-buahan hutan, kacang, akar dan telur burung.
      C    Kacang, akar dan telur burung.   D    Ayam goreng, nasi goreng dan telur goreng.

3.   Bagaimanakah orang purba membuat perkakas-perkakas mereka?
       A    Daripada air dan api.                          B     Daripada logam.
       C    Daripada batu dan tulang haiwan.        D     Daripada batu dan logam.

4.   Pernyataan berikut adalah benar mengenai orang purba melainkan
       A    mereka menyalakan api dengan menggosokkan dua ketul batu.
       B    Mereka hidup merayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
       C    pakaian mereka diperbuat daripada kulit binatang.
       D    mereka tinggal di dalam rumah-rumah batu.

5.   Maksud perkataan menyelimutkan ialah
       A    menyelubungkan                              B    menggunakan
       C    membabarkan                                  D    mengukirkan
 

Petikan 2

KUANTAN, Khamis - Seramai 184 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan, dimasukkan ke Hospital Pekan petang ini kerana mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan.
          Seramai 177 orang pelajar menerima rawatan pesakit luar dan tujuh orang pelajar dirawat  di Hospital Pekan. Pelajar berkenaan tinggal di asrama sekolah tersebut dikatakan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah kira-kira 6 pagi ini dan dikejarkan ke hospital kira-kira pada pukul 1.00 petang dengan menggunakan dua bas sekolah.
          Pelajar berumur di antara 13 dan 17 tahun itu makan ayam masak merah ketika berbuka puasa dan mi kari selepas solat Tarawih malam tadi yang disediakan oleh pengusaha kantin sekolah.
          Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, Dr Vyveganathan, awal pagi ini pelajar berkenaan mengadu sakit perut dan muntah serta cirit-birit.
          Dr Vyveganathan mengarahkan Pejabat Kesihatan Pekan mengambil contoh makanan untuk dianalisis. Katanya, semua pihak termasuk pengusaha kantin sekolah perlu mengutamakan kebersihan bagi menjamin mutu makanan dan kesihatan orang ramai.

6.  Bilakah keracunan makanan itu berlaku?
      A    Rabu            B    Khamis              C    Malam Khamis                  D    Petang Jumaat

7.  Di manakah pelajar-pelajar yang termakan makanan beracun itu berbuka puasa?
      A    Di bilik asrama sekolah mereka.
      B    Di Hospital Pekan, Kuantan.
      C    Di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan.
      D    Di gerai makanan yang berhampiran dengan asrama mereka.

8.  Apakah makanan yang dimakan oleh pelajar-pelajar berkenaan?
      A    Kari ayam dan mi goreng.                                B    Kari ayam dan mi kari.
      C    Ayam masak merah dan mi kari.                      D    Ayam goreng dan mi kari.

9.  Berapakah orang pelajar yang terlibat dengan keracunan makanan yang perlu tinggal di wad
     untuk menerima rawatan?
      A    7 orang             B    170 orang            C    177 orang                D    184 orang

10.  Pihak manakah yang diarah membuat kajian contoh makanan?
      A    Pengetua sekolah.                                          B    Pihak Pejabat Kesihatan Pekan.
      C    Pihak Jabatan Perkhidmatan Perubatan.         D    Orang ramai dan pengusaha kantin.
 

Petikan 3

                                                                                                           No.2, Taman Cempaka,
                                                                                                           Jalan Teluk Sisik,
                                                                                                           25000 Kuantan,
                                                                                                           Pahang Darul Makmur.

                                                                                                           25 Mac 1998
 
      Menemui sahabatku Maniam yang kini berada di Pekan, Pahang dengan selamatnya.
Sahabatku,
        Bagaimana keadaan saudara dan ahli keluarga saudara di rumah? Bagi diri saya di sini sihat-sihat sahaja. Surat saudara yang bertarikh 20 Mac 1998 telah saya terima dua hari yang lepas.
        Untuk makluman saudara, saya akan menyambut hari jadi saya yang kedua belas pada 1 April 1998. Saya bercadang untuk mengadakan satu majlis hari jadi pada hari tersebut jam 2.00 petang. Saya telah menjemput Hassan, Raju, Ah Chong dan beberapa orang kawan yang lain.
        Saya telah menyediakan beberapa jenis permainan yang menarik untuk hari tersebut. Selepas majlis tersebut, ibu bapa saya akan membawa kita pergi bermandi-manda di Teluk Cempedak.
        Saya berharap agar saudara dapat hadir pada majlis hari jadi saya. Kehadiran saudara tentu akan memeriahkan lagi suasana pada hari itu.
       Sekian sahaja. Harap dapat berjumpa saudara pada minggu hadapan.

                                                                                                                         Yang benar,
 
                                                                                                                          MING CHOY

11.   Siapakah penulis surat ini?
         A    Ah Chong                 B    Hassan                  C    Ming Choy                  D    Maniam

12.    Bilakah penulis menerima surat daripada kawannya?
    A  18 Mac 1998            B    20 Mac 1998          C    23 Mac 1998         D    25 Mac 1998

13.    Apakah yang akan disediakan oleh penulis pada hari jadinya?
        A    Beberapa jenis permainan.                              B    Tempat bermandi-manda
        C    Makanan dan minuman.                                  D    Hadiah dan kek hari jadi.

14.     Di manakah mereka akan berenang pada hari jadi Ming Choy?
         A    Rumah Ming Choy                                        B    Kolam Renang
         C    Tasik Cempedak                                           D    Teluk Cempedak

15.     Apakah yang diharapkan oleh penulis?
         A    Maniam akan menghadiri majlis hari jadinya.
         B    Maniam akan menyertai permainan yang disediakannya.
         C    Maniam akan selalu pergi ke rumahnya.
         D    Maniam akan pergi berkelah di Teluk Cempedak.
 

Petikan 4

Guru,                                                                           Guru,
Kau menyebar ilmu,                                                    Baktimu tetap kukenang,
Buat kami anak Malaysia,                                            Selagi hayat dikandung badan,
Kau ibarat lilin di malam hari,                                     Semoga Tuhan merestui setiap langkahmu,
Membakar diri menerangi orang lain.                          Dalam meneruskan tugas murni itu.

Guru, Berkat titik peluhmu,                                         Guru,
Anak-anak bangsa yang dewasa,                                   Terima kasih atas tunjuk ajarmu,
Menabur bakti membangunkan negara,                        Terima kasih atas jasamu
Tentu engkau tersenyum megah bahagia.                      Segalanya akan kuabadikan di dalam hatiku.

16.    Guru diibaratkan sebagai
        A    pelita di waktu malam.                                B    lilin yang membakar diri.
        C    lampu yang menerangi keadaan sekitar.       D    api yang menyala pada waktu malam.

17.    Apakah tugas seorang guru?
        A    Menyebar ilmu.                               B    Menyebar khabar berita.
        C    Menerangi jalan                              D    Melihat anak bangsa membangunkan negara.

18.     Bilakah guru akan tersenyum megah?
         A    Bila melihat anak-anak muridnya menjadi dewasa.
         B    Bila anak-anaknya menjadi guru.
         C    Bila anak-anak muridnya berjasa kepada nusa, bangsa dan negara.
         D    Bila anak-anak muridnya menabur ilmu sepertinya.
 

19.    Perkataan merestui dalam puisi di atas bermaksud
        A    menghargai           B    memberkati           C    menghayati           D    merindui

20.    Bagaimana penulis akan membalas bakti gurunya?
        A    Penulis akan memberi gurunya wang bila dia bekerja kelak.
        B    Penulis akan mengingati jasa gurunya selama-lamanya.
        C    Penulis akan sentiasa berdoa agar gurunya hidup kekal di dunia ini.
        D    Penulis akan meneruskan tugas gurunya.
 
Petikan 5

Aku duduk keseorangan di kantin sekolah. Keriuhan murid-murid yang berbual-bual sambil makan atau berebut-rebut beratur untuk membeli makanan, langsung tidak kuendahkan. Aku memandang ke arah hadapan.
Kosong, seperti hatiku ini.
           "Termenung nampaknya!" tegur Norhazlin, rakan setugas yang juga merupakan guru disiplin di sekolah itu.
           Aku tersipu-sipu malu. Berat hatiku untuk berbual-bual dengannya.
Norhazlin duduk di hadapanku. Dia memandangku dengan air muka yang kehairanan.
           "Heh, kenapa ni? Ijah ada masalahkah?" tanya Norhazlin lagi. Aku cuba tersenyum tetapi terlalu hambar rasanya.
           "Tak adalah. Saya cuma teringat akan ayah di kampung. Pagi tadi saya terima sepucuk telegram daripada ibu di kampung. Katanya....." Ah , betapa sukarnya untuk kuluahkan pada Norhazlin!
           "Mengapa? Ada berita burukkah?" tanya Norhazlin lagi. Aku menganggukkan kepala..
           Ayah kemalangan. Kata ibu, ayah mungkin akan lumpuh buat selama-lamanya. Sebagai anak sulung, sayalah yang harus menyara keluarga sekarang. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang semakin uzur...." Aku tidak dapat meneruskan kata-kata . Air mataku jatuh berjuraian di pipi. Aku mula menangis teresak-esak.
           "Kau tak balik melihat ayahmu?" tanya Norhazlin.
           "Insya -Allah, pukul dua petang ini. Tadi saya baru telefon MAS, tempah tiket. Nasib baik tiket untuk ke Kuala Terengganu masih ada."
           "Sabarlah, Ijah. Ini semua merupakan asam garam hidup. Kau mesti menerima takdir yang ditentukan oleh-Nya dengan hati terbuka," pujuk Norhazlin. Dia benar-benar ambil berat tentang diriku.
           Aku berasa tenang semula. Dalam hatiku, timbul keazaman untuk membela nasib keluarga. Sesungguhnya, nasihat Norhazlin itu benar-benar memberi jalan kepadaku untuk menyelesaikan masalah yang kuhadapi ini.
           "Terima kasih, Lin. Lin benar-benar seorang sahabat yang sejati.
Sebagai anak dagang, saya tahu bahawa saya memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan," kataku sambil mengesat air mata.
           "Baguslah begitu, Ijah. Anggaplah Lin seperti saudara kandung Ijah sendiri. Lain kali, kalau ada masalah, jangan simpan di dalam hati. Luahkan pada Lin. Lin akan cuba membantu setakat yang Lin terdaya,"  kata Norhazlin lagi.
           Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi murid-murid sudah berakhir. Sebentar lagi, aku harus memasuki   Kelas Enam Ikhlas untuk memulakan pelajaran. Aku yakin untuk menempuh masa depan walaupun seluruh harapan keluarga kini bersandar ke bahuku.
 
21.  Siapakah Ijah?
      A   Murid sekolah                  B   Ibu kepada murid sekolah
      C   Guru sekolah                    D   Pekerja kantin sekolah

22.  Mengapakah Ijah termenung?
       A   Melihat gelagat murid-murid yang riuh berbual-bual
       B   Memikirkan wang yang terpaksa dibelanjakan membeli tiket untuk pulang ke
             kampung
       C   Memikirkan tentang ayah yang ditimpa kemalangan serta bebanan yang semakin
             berat
       D   Dia tidak tahu cara untuk menyelesaikan  masalahnya

23.  Apakah bentuk pertolongan yang diberikan oleh  Norhazlin kepada Ijah?
       A   Bantuan kewangan                     B   Memberi nasihat
       C   Bantuan tenaga                           D   Memberi buah fikiran

24.  Maksud simpulan bahasa anak dagang ialah
       A   Orang yang berniaga                  B   Anak kepada orang yang berdagang
       C   Orang yang menjual barang dari satu tempat ke satu tempat
       D   Orang yang merantau

25.  Apakah hubungan Norhazlin dengan Ijah?
      A   Rakan sekerja       B   Anak dagang        C    Saudara kandung        D   Sepupu
 

Petikan 6

          Satelit ialah sejenis alat rekaan manusia yang dilancarkan mengedari Bumi, planet lain, atau Matahari untuk tujuan perhubungan, penyelidikan, dan sebagainya.
          Pelancaran Measat-I pada 14 Januari 1996 dan Measat-II pada tarikh yang sama selepas sepuluh bulan satelit Measat-I beroperasi, meletakkan Malaysia dalam liga negara yang sedang dalam usaha memperkukuhkan industri telekomunikasi tempatan dan serantau. Kehadiran Measat-I dan Measat-II di ruang angkasa turut menjadikan negara sebagai pusat teknologi maklumat yang semakin canggih.
          Satelit Measat-I dan Measat-II ini  telah dilancarkan daripada khidmat pelancar angkasa lepas Eropah, Arianespace. Walau bagaimanapun, satelit ini dikawal sendiri oleh anak tempatan  melalui Pusat Kawalan Satelit Gunung Raya di Langkawi. Sebagaimana Measat-I, Measat II juga bertindak sabagai penyalur pantas untuk perkhidmatan komunikasi dan penyiaran dengan keupayaan lebih tinggi dan liputan lebih luas.
          Kehadiran Measat-I dan Measat-II, mengubah rangkaian televisyen dan telekomunikasi di negara ini. Terdapat 22 rangkaian televisyen yang ditawarkan oleh Astro dengan rancangan pelbagai selera. Selain itu, negara juga sedang memulakan perjalanan dalam perkhidmatan dunia telekomunikasi yang canggih.
 
26.    Mengapakah satelit penting kepada sesebuah negara?
         A    Untuk mengawasi peredaran Bumi, planet lain, atau Matahari
         B    Untuk memperkukuhkan industri telekomunikasi tempatan dan serantau
         C    Untuk tujuan perhubungan, penyelidikan, dan  sebagainya
         D    Untuk memenuhi selera penonton yang ingin menonton pelbagai rancangan
                dengan  menyediakan rangkaian yang banyak

27.   Bilakah satelit Measat-II dilancarkan?
        A   14 Oktober 1996                    B   13 Oktober 1996
        C   14 Oktober 1997                    D   12 Oktober 1997

28.    Usaha yang dijalankan oleh Malaysia untuk memperkukuhkan industri telekomunikasi
         tempatan dan serantau ialah
         A    menjalankan kajian terhadap satelit
         B    menghasilkan satelit Measat-I dan Measat-II
         C    melancarkan satelit Measat-I dan Measat-II
         D    membina satelit di Gunung Raya, Langkawi

29.    Maksud perkataan memperkukuhkan dalam petikan di atas ialah
         A    memperteguhkan                         B    memperkuatkan
         C    mempertahankan                         D    melicinkan

30.    Yang berikut ialah pernyataan yang benar tentang  satelit, kecuali
         A    bertindak sebagai pernyalur pantas untuk perkhidmatan komunikasi dan penyiar.
         B    digunakan untuk tujuan penyelidikan.
         C    semua satelit dunia dikawal di Pusat Satelit Gunung Raya.
         D    satelit dilancarkan dengan menggunakan roket ke angkasa lepas.

Petikan 7

          GURUN, November - Motosikal nasional, Modenas Kriss 110 yang memasuki pasaran hari ini, akan dijual kepada orang ramai pada RM 4098 bagi model penghidup enjin elektrik dan RM 3798 bagi model penghidup tendangan.
          Harga tunai kedua-dua jenis model ini adalah termasuk insurans komprehensif  bagi perlindungan seorang penunggang dan cukai jalan selama enam bulan.
          Modenas Kriss yang merupakan  motosikal empat lejang itu mempunyai kandungan komponen tempatan sebanyak 60%. Hal ini membolehkan motosikal tersebut dijual lebih murah antara RM 500 hingga RM 700, berbanding dengan jenis-jenis motosikal lain yang sama kelas dengannya.
          Motosikal nasional ini dijual dalam warna biru, merah, dan hijau. Terdapat 120 wakil penjual yang dilantik oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. (Emos), yang merupakan anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).
           Ketua Esekutif Emos, Mohd Radzi Zainol, ketika berucap dalam majlis pengumuman rasmi harga motosikal dan penyampaian sijil kepada wakil penjualnya berkata, harga Kriss jauh lebih murah daripada saingan-saingannya yang lain. Menurutnya, selain merupakan motosikal tempatan yang pertama, harganya yang murah membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah berpeluang memilikinya.
          "Mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli motosikal baru yang sama nilai dan mutunya, jika pun tidak lebih baik daripada jenama yang lain," tambahnya, "Selain memiliki motosikal nasional, mereka juga tidak perlu lagi membeli motosikal terpakai yang sama harganya atau mungkin lebih tinggi daripada Kriss."
          Pengeluaran Kriss adalah hasil projek usahasama DRB-Hicom, Kawasaki Industries, Khazanah Nasional, dan Nissho Iwai Corporation. Unit pertama motosikal nasional telah dikeluarkan pada bulan Jun tahun 1996. Pada 3 Oktober 1996, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan kilang itu dan menamakan motosikal keluarannya sebagai Modenas Kriss.
 
31.   Dua model motosikal nasional yang telah dipasarkan kepada orang ramai ialah
        A    Model penghidup enjin elektrik dan model penghidup tendangan.
        B    Model empat lejang dan dua lejang.
        C    Model Kriss 110.
        D    Model kuasa tinggi.

32.    Mengapakah motosikal Kriss dapat dijual dengan harga yang lebih murah?
        A    Kerana  motosikal ini kurang berkualiti
        B    Kerana  motosikal ini hanya untuk pasaran tempatan.
        C    Kerana  motosikal ini berkuasa rendah.
        D    Kerana 60% daripada komponennya dibuat di negara ini.
 
33.   Apakah nama penuh bagi Modenas?
       A    Motosikal Nasional
       B    Motosikal dan Enjin Nasional
       C    Edaran Modenas
       D    Modenas Kriss

34.   Bilakah motosikal Kriss yang pertama dikeluarkan?
        A    3 Oktober 1996
        B    Pada bulan Jun, 1996
        C    Pada bulan November, 1996
        D    Akhir tahun 1996

35.   Semua yang berikut bergabung untuk
         mengeluarkan motosikal Kriss, kecuali
         A    Kawasaki Industries
         B    Nissho Iwai Corporation
         C    Emos
         D    Khazanah Nasional
 

Petikan 8
        Telefon merupakan sejenis alat perhubunngan. Ia dicipta oleh Alexander Graham Bell. Telefon dipasang di rumah, pejabat, kedai dan sebagainya. Orang ramai yang tidak mempunyai telefon boleh menggunakan telefon awam.
       Telefon awam ini banyak disediakan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Tempat-tempat itu seperti di perhentian bas, pasar raya, stesen teksi, lapangan terbang dan lain-lain.
      Oleh itu , kita hendaklah menjaga keselamatan telefon awam. Telefon awam sangat berguna ketika berlakunya kecemasan seperti kebakaran, rompakan, kemalangan dan sebagainya.

36.    Apakah kegunaan telefon?
       A    Berhubung        C    Memudahkan kita bergerak
       B    Hiburan             D    Memberi perlindungan
 
37.  Di manakah telefon tidak boleh dipasang?
      A    Kedai              B    Rumah                    C    Sekolah                   D    Sungai

38.  Telefon awam dibina untuk  _____________________ .
      A    Pekedai           B    Pekerja pejabat            C    Semua orang             D    Pelajar
 
39.  Mengapakah telefon awam dipasang di tempat yang menjadi tumpuan orang?
      A    Untuk memberi kemudahan kepada mereka                  C    Supaya senang dirosakkan
      B    Supaya keselamatannya  terjamin                                  D    Supaya dapat dilihat

40.  Bilakah telefon awam sangat berguna?
      A    Sewaktu orang ramai datang ke tempat ia dipasang
      B    Sewaktu berlaku kecemasan
      C    Sewaktu keadaan tenteram
      D    Pada waktu malam
 
Petikan 9
Dalam perjalanan pulang dari sekolah. Mei Ling dan Ai Lee berbual-bual sambil berjalan.
Mei Ling   :   Peperiksaan akhir semester akan menjelang tidak lama lagi. Risau saya
                    memikirnya.
Ai Lee       :  Yalah, cuma tinggal tiga minggu sahaja lagi. Tapi apa yang nak ditakutkan jika kita
                    bersedia dari sekarang.
Mei Ling   :   Betul kata awak. Kita mesti belajar dari sekarang. Di samping itu kita mesti
                    memberi tumpuan semasa cikgu mengajar.
Ai Lee       :   Bukan itu sahaja. Kita juga mesti membaca buku pelajaran sewaktu di rumah.
Mei Ling   :   Ai Lee, boleh tak kita belajar bersama-sama pada waktu petang?
Ai Lee       :   Boleh, apa salahnya. Kita boleh berbincang bersama-sama.
Mei Ling   :   Kalau begitu saya akan ‘bertandang’ ke rumah awak pada pukul 4.00 petang.
Ai Lee       :   Baguslah kalau macam itu. Ajaklah Kumari bersama-sama. Tentu dia mahu.
                     Lagipun awak ada teman untuk datang ke rumah saya. Bukankah dia tinggal
                     berdekatan dengan rumah awak?
Mei Ling   :   Baiklah.

41.  Bilakah peperiksaan akhir semester akan bermula?
       A   Seminggu lagi                            C    Dua minggu lagi 
       B    Empat minggu lagi                    D    Tiga minggu lagi
42.  Mei Ling dan Ai Lee mungkin ____________________ .
       A    Rakan  sekampung                 C    Rakan sebilik             
       B    Rakan sekelas                        D     Rakan serumah
43.  Berikut ialah cara untuk berjaya dalam peperiksaan kecuali
       A    Memberi tumpuan ketika guru mengajar
       B    Belajar sebelum menghadapi peperiksaan
       C    Membaca buku pelajaran semasa di rumah
       D    Banyakkan membaca majalah
 
44.  Siapakah Kumari?
      A    Rakan sekelas mereka dan jiran Mei Ling
      B    Rakan sekampung mereka
      C    Rakan sekampung Ai Lee dan jiran Mei Ling
      D     Rakan sekampung Mei Ling dan jiran Ai Lee
 
45.  Perkataan ‘bertandang’ bermaksud
      A    bersembang                B    singgah                   C    datang                  D    berbicara
 

PETIKAN 10
        KUANTAN, 10 Mei - Seorang pelajar maut setelah dilanggar oleh sebuah van. Kemalangan itu berlaku di kilometer 3, Jalan Beserah, petang semalam.
        Pelajar tersebut, Mohamad Basri Abdullah, 12 tahun, adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar. Pemandu van itu, Encik Raisuddin Amin hanya mengalami cedera ringan sahaja.
        Salah seorang yang berada di tempat kejadian itu, Encik Sam Wee Kok  berkata, ketika kejadian itu berlaku, Mohamad Basri sedang berjalan kaki pulang dari sekolah. Tiba-tiba sebuah van terbabas lalu melanggarnya.
        "Pemandu itu cuba mengelak sebuah motosikal tetapi dia tidak dapat mengawal vannya lalu terlanggar Mohamad Basri," katanya. Encik Sam Wee Kok kemudiannya membawa mereka ke hospital dengan segera.
        Semasa dihubungi, jurucakap hospital berkata, Mohamad Basri meninggal dunia sebaik sahaja sampai di hospital. Sementara itu, Encik Raisuddin hanya mengalami cedera ringan di bahagian kepalanya. Keadaannya
tidak membimbangkan.
 
46.   Di manakah kejadian kemalangan itu berlaku?
       A    Di Kuantan                                 C    Di kilometer 3, Jalan Kuantan, Beserah.
       B    Di kilometer 3                             D    Di kilometer 3, Jalan Beserah, Kuantan

47.  Siapakah yang melihat kemalangan itu berlaku?
       A    Wartawan                                  C    Encik Sam Wee Kok
       B    Jurucakap hospital                      D    Pejalan kaki

48.  Bagaimanakah mangsa kemalangan itu dihantar ke hospital?
       A    Dengan kereta Encik Sam Wee Kok            C    Dengan van Encik Raisuddin Amin
       B    Dengan ambulans                                         D    Dengan kereta jurucakap hospital

49.  Bilakah Mohamad Basri mininggal dunia?
       A    Sebelum sampai di hospital                  C    Selepas beberapa jam sampai di hospital
       B    Sesampai sahaja di hospital                  D    Di dalam perjalanan ke hospital

50. Perkataan ‘membimbangkan’ dalam berita di atas bermaksud
      A    melemahkan                           C    merisaukan
      B    menakutkan                            D    menyakitkan
 
PETIKAN 11
         Salam sejahtera saya ucapkan kepada para hadirin sekalian. Syarahan saya pada hari ini bertajuk
"Peranan ibu bapa dalam menyemaikan semangat membaca di kalangan  anak-anak".
       Sebagai usaha untuk membentuk semangat membaca, ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik. Sikap gemar membaca akbar, buku atau majalah seharusnya ditunjukkan oleh ibu bapa semasa mengisi masa lapang di rumah. Tabiat ini seharusnya dilakukan pada bila-bila masa, seperti pada waktu petang, selepas waktu pejabat atau pada waktu malam.
  Ibu bapa haruslah membeli bahan-bahan bacaan yang bermutu dan yang sesuai dengan pemahaman kanak-kanak. Buku-buku ini dapat dijadikan hadiah hari jadi kanak-kanak. Buku ini lebih menguntungkan anak-anak daripada membazirkan wang untuk membeli bahan-bahan  mainan untuk mereka.
  Tuan-tuan dan puan-puan, selain mengamalkan tabiat membaca di rumah,  bawalah anak-anak ke perpustakaan, pameran buku atau kedai-kedai buku. Lawatan ini akan memberikan pengalaman yang baik kepada anak-anak dalam memilih bahan bacaan yang sesuai.
  Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan kepada tuan-tuan dan puan-puan pepatah Melayu, iaitu "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegemaran anak-anak harus dipupuk semasa mereka  masih kanak-kanak. Sekian, terima kasih.
 
51.  Apakah yang perlu ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak untuk membentuk
       semangat membaca?
       A   Bahan-bahan bacaan yang menarik           
       B    Contoh yang baik
       C    Akhbar-akhbar dan majalah-majalah
       D    Kedai-kedai buku yang baik

52.  Perkataan ‘tabiat’ dalam petikan di atas bermaksud
       A    Perbuatan yang tidak dilakukan
       B    Sifat rajin
       C    Perbuatan yang selalu dilakukan
       D    Perbuatan yang tidak baik
 
53.  Bilakah sikap gemar membaca perlu ditunjukkan kepada anak-anak?
       A    Apabila ada masa lapang                    C    Semasa di rumah sahaja
       B    Bila-bila masa sahaja                         D    Pada waktu malam sahaja

54.  Bagaimana caranya untuk menarik minat anak-anak membaca?
       A    Membeli majalah dan komik
       B    Membeli bahan bacaan yang bermutu dan sesuai
       C    Membawa mereka ke kedai buku
       D    Membawa mereka ke pameran buku
 
55.  Bagaimanakah anak-anak dapat mempelajari cara memilih  bahan bacaan yang sesuai?
       A    Melalui tabiat membaca
       B    Hadiah yang diberikan
       C   Melalui lawatan ke pameran buku dan perpustakaan
       D   Melalui mainan yang dihadiahkan
 

Disediakan Oleh Cikgu Thien Nge Kin
                             SRB CHUNG HUA DEBAK, SRI AMAN, SARAWAK.
 
 

[LATIHAN 2]  [MENU UTAMA BM]
jawapan latihan 1
SELAMAT MENCUBA !!!
  1