dazaa@time.net.my
Assalamualaikum Warahmatullah
hi wabarakatuh ...
|
|
Hai I am Asiah, you are now in my web zone. If you are interested ... you are welcome to browse
through and share it with me.. |
Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusoff Hussain | Umat Islam maju pada satu ketika dulu sejak dakwah Rasulullah di Mekah dan Madinah dan kemudian tersebar hingga ke zaman khalifah. Ajaran yang dibawa oleh Nabi ketika itu fokusnya mudah saja iaitu membawa manusia yang rosak kepada kehidupan yang lebih membina. Kita dapati dakwah Rasulullah menjadikan orang yang tidak baik kepada baik, orang yang tidak bertamadun kepada bertamadun, membaiki akhlak, menukarkan penyair jahiliyah yang mengutuk kaum lain dan memuji kaum sendiri menjadi penyair Islam yang membina tamadun, mengubah pemikiran orang Arab. Saidina Umar adalah contoh yang jelas kesan daripada dakwah Rasulullah ini. Dia seorang yang paling samseng di Mekah dan cukup digeruni pada ketika itu. Tetapi dengan adanya dakwah Rasulullah itu, dia menjadi orang yang beradab, bertamadun dan disegani. Samsengnya itu hilang di bawah bimbingan Nabi. Akhirnya dia menjadi khalifah yang kedua, begitu orang yang cukup rendah tamadun dan pemikirannya diangkat kedudukannya melalui dakwah itu. Kita tahu tamadun Islam pernah mencapai satu tahap
yang cukup tinggi sehinggalah kejatuhan Baghdad pada tahun 1257. Sebelum
itu, umat Islam digeruni oleh Barat kerana ketinggian ilmu pengetahuannya
dan ilmu itu dipindahkan ke Barat. Jadi taraf
kita sebagai umat Islam kalau hendak maju ialah kita perlu membaca,
bukannya diajar. |
Prof Madya Dr Mohd Sapiyan Baba | Seseorang pernah berpesan kepada saya mengenai perkara
bagi menundukkan NAFSU dari sudut pekerjaan:
|
Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid |
Saya rasa orang Melayu tidak berminat untuk berfikir secara serius. Mereka tidak mahu berhenti sejenak untuk berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran. Tidak semua orang boleh melakukannya. Banyak orang yang hanya mengikut-ikut saja dan tidak mahu berfikir. |
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad |
Strategi dan pendekatan kita untuk membangunkan
negara kita, menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia ialah dengan jati
diri dan membentuk pendekatan kita sendiri setelah memeriksa dengan
halusi cara-cara dan pendekatan orang lain. Demokrasi adalah untuk kesejahteraan hidup kita dan bukan kesejahteraan hidup kita harus dikorbankan untuk demokrasi. Kebaikan demokrasi sebenarnya hanyalah untuk kita menukar pemerintahan tanpa kekerasan dan revolusi. Kebebasan yang tidak terhad yang kononnya menjadi sebahagian daripada demokrasi adalah ciptaan dan tambahan yang dibuat oleh mereka yang kecewa kerana mereka tidak direstui oleh majoriti rakyat Demikian juga dengan rule of law atau pemerintahan berasas
undang-undang. Undang-undang yang dimaksudkan ialah undang-undang
yang diterima oleh majoriti daripada kita. Hak minoriti, hak individu
mesti dipelihara tetapi tidak sehingga hak majoriti terkorban. |