LAMAN WEB PAK DINO Perkongsian Pengalaman |
||||
|
"Jatuh tak bermakna gagal, tetapi jadikan tapak itu untuk melonjak ke tempat yang lebih tinggi" Pakdino |
Menerima anugerah Khidmat Cemerlang |
||
S aat paling bahagia ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada DYMM Raja Permaisuri Agong. Seperti sebuah mimpi mengenangkan perjalanan yang telah kulalui penuh cabaran. Pernah gagal dalam peperiksaan Tingkatan 5. Dua kali gagal dalam peperiksaan perguruan dan lima kali menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan. Akhirnya setelah menjadi ayah kepada 4 orang anak baru berjaya menjejak kaki ke Universiti Malaya..
|
A ku masih ingat saat-saat
menghadapi makanan harian bersama-sama 13 orang adik beradik.
Bagaimana agaknya ayahku seorang yang berpendapatan RM180 dapat menyara
kami. Tak pernah seharipun kami kelaparan walaupun hanya nasi dan
seperiuk besar gulai. Masakan harian adalah seperti kenduri. (Allahyarhamah
ibuku mungkin dapat menjadi seorang menteri kewangan yang cekap jika
diberi peluang.) |
|
Laman
ini dibina tanpa pengetahuan formal tentang pembinaan laman web. Ia
dihasilkan melalui "Trial & Error" - membaca buku, berjaga
larut malam dan masa yang panjang. Malu rasanya seorang yang
berumur 53 tahun untuk belajar bersama-sama anak muda di dalam kelas
komputer. (Mungkin aku boleh dilantik mejadi ketua kelas).
Kini,aku memberi tunjuk ajar percuma
tentang penyeleng- garaan komputer, mereka laman web dan setup perisian
kepada rakan-rakan, masyarakat kampung dan sesiapa sahaja yang berminat.
|
"Jika anda rasa boleh..ANDA BOLEH" |
Lagu latar .... "Seruling Bambu " (Midi)
Paparan terbaik 800x600 Laman Percuma Laman sekolah Lawat Lenggong Hubungi saya
Anda pelawat no: