Profil Syarikat |
||
Bahasa English | ||
SURESAVE MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
adalah sebuah syarikat di
bawah kepimpinan Encik Jeffrey Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif,
yang mempunyai kepentingan di dalam syarikat hartanah Pakat Mekar Sdn
Bhd, syarikat pembinaan Magnamulia Sdn Bhd dan syarikat
pembekal barangan pembinaan Jungsung Enterprise. |
||
PERKEMBANGAN SURESAVE - DAHULU, SEKARANG & MASA HADAPAN | ||
Pada 1998, kami hanya bermula sebagai Syarikat Kad Pemotongan Harga dengan melancarkan Kad ‘Privilege’, ‘Elite’ dan ‘Corporate’. Pada masa itu, yuran keahlian adalah RM 40 atau RM 60 setahun. Kemudahan yang disediakan cuma terhad kepada pemotongan harga untuk perkhidmatan penundaan (ahli terpaksa menghubungi bengkel sendiri dan bayar); dan juga panel-panel hotel dan syarikat sewa kereta. Kami sentiasa ingin meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan dari masa ke semasa. Pada Julai 2001, kami telah memulakan Talian Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam. Bulan berikutnya kami telah memperkenalkan Kad Emas SS dengan pilihan kemudahan dari Pelan A hingga Pelan F. Selain daripada perkhidmatan permotoran dan permotongan harga, kami juga menyediakan kemudahan lain seperti Faedah Pendapatan Penghospitalan, Faedah Pemeriksaan Perubatan & Ujian Makmal Tahunan dan Faedah Penghospitalan & Pembedahan untuk perseorangan (pakej 1), individu dengan pasangan hidup (pakej 2 - tidak termasuk anak) dan keluarga (pakej 3). Disebabkan terlampau banyak pilihan disediakan, seorang pelanggan selalunya tidak dapat membuat keputusan dan terpaksa merujuk kepada suami/isteri atau keluarga dahulu sebelum membuat keputusan dan seterusnya mengakibatkan jualan perlahan. Kadang-kala ia mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk membuat satu jualan!!! Pada November 2000, kami telah memperkenalkan Pelan F (untuk bukan pemilik kereta) dan Pelan G (untuk pemilik kereta), dan sambutannya begitu menggalakkan seperti pisang goreng!!! Dalam jangka masa 7 bulan, kami telah memproses lebih daripada 20,000 kad!!! Falsafah perniagaan Suresave adalah membantu ahli Suresave untuk JIMAT, UNTUNG & CERIA. Dengan ini, kami telah membuat perancangan untuk membuka Rangkaian Pasaraya Suresave & Kedai Alat Ganti Suresave di Malaysia, bermula dengan kawasan yang mempunyai Pemegang Kad Pelan F & G teramai. Buat masa ini, kami merancang untuk membuka Pasaraya Suresave di Kuala Lumpur & Pulau Pinang dahulu, diikuti oleh kawasan lain. Perjalanan Suresave ke arah Kejayaan telah bermula!!! Rancangan untuk menlancarkan Kad Emas SS ke seluruh dunia telah dibuat!!! Walaupun mata wang dan kemudahan yang disediakan akan berbeza, namun Pelan Perniagaan Suresave tetap sama. Pelancarannya cuma bergantung pada Masa sahaja………………… |
||