Saya telah melihat alam ciptaan Tuhan buat pertama kalinya pada 6 Mac 1986,di Bath,England.Saya dilahirkan di England kerana pada ketika itu ayah saya sedang membuat phD.
Banyak kenangan manis saya di England. Walaupun pada masa itu saya masih kecil tetapi mengimbas kembali melalui gambar-gambar keluarga, saya dapat merasakan betapa seronok kami sekeluarga berjalan bersama-sama di musim bunga. Kakak selalu bergambar bersama saya. Ketika itu rambut saya hanya ada sejemput, tetapi ayah saya telah mengikat tocang menggunakan pengikat rama-rama warna biru ( kakak punya berwarna merah ). Ramai pak cik di Bath merasa geli hati melihat rambut yang berapa urat diikat tocang!
Saya kelihatan begitu berbalut di musim sejuk. Kata Mama, setiap kali kami kembali dari bandar Bath ( 5 minit dari rumah saya ), saya keletihan dan sering di'tangkap' tertidur di atas tangga di dalam rumah , sementara menunggu Mama memanaskan Pizza dan menggoreng chips. Mama juga membeli apple puff dan ice-cream yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, dari supermarket "Iceland" dan kadang kala dari Sainsbury.
Ada ketikanya sepupu-sepupu saya dari Kuala Lumpur datang bercuti di Bath. Abah akan bercuti dan kami sekeluarga akan pergi bersiar siar ke Bristol, Chippenham, London dan juga ke Cambridge.
Pada tahun 1989,saya telah pulang ke Malaysia.
Kini,saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan, lepas UPSR dari Sekolah Kebangsaan Chukai,Kemaman.Saya telah memasuki tiga buah sekolah sebelum ini,iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin[1993],Sekolah Rendah Keramat [1994],dan Sekolah Rendah Tengku Bariah [1994-1996].
Di Sekolah Rendah Tengku Bariah , saya telah mendapat seorang rakan yang sejati , iaitu Aini bt. Mohd. Azmi. Saya 'terpikat' dengannya disebabkan oleh sifatnya yang memahami, peramah , dan baik hati.Setiap orang pasti akan terpisah walaupun mempunyai persahabatan yang erat.Itulah yang terjadi kepada saya dan Aini. Oleh kerana mengikuti ayah saya berpindah ke Kemaman,kami terpaksa berpisah.Walaupun telah hampir dua tahun terpisah, saya dan Aini masih menghubungi satu sama lain melalui alat ciptaan Alexander Graham Bell,iaitu telefon.
Di samping Aini,saya juga mempunyai beberapa orang teman karib yang lain,iaitu Farah Hanan bt. Aziemi,Wan Hafizah bt. Wan Mat, Nurul Huda bt. Abdul Ghani,Nur Izzati bt. Ahmad Zubir,Nadiah bt. Ali,Mastura bt. Mohd. Ganti,Nor Syamimi bt. Nazir Ahmad,Nor Fadhila bt. Jasmi,dan juga Siti Sharidah Nor bt. Ismail. Mereka adalah kawan-kawan yang sering berada di sisi saya ketika saya memerlukan bantuan,terutamanya Farah.
Salah satu daripada guru yang paling saya sayangi ialah cikgu Fazidahanim.Beliau merupakan seorang yang agak tegas [pada masa - masa yang tertentu],dan juga baik hati.Walaupun beliau agak penat setelah mengajar banyak murid-murid,beliau masih lagi menjawab segala apa soalan yang telah saya ajukan kepada beliau.Disebabkan itulah saya amat menyayanginya.
Saya mempunyai ramai sepupu,tetapi yang paling rapat dengan saya ialah Nurul Fatihah.Terdapat banyak persamaan di antara kami .Antaranya ialah suka bersyarah dan suka menegaskan pendapat masing - masing.Selain daripada itu , kami juga suka mengeluarkan pertanyaan yang 'bertakhta' di dalam hati kami.Kini,Fatihah sudah berumur 11 tahun dan belajar di dalam tahun 5.Kami jarang berjumpa kerana berada jauh dan sibuk dengan sekolah.Apabila berjumpa di kampung,kami akan mencurahkan segala apa yang terbuku di dalam hati dan cuba menasihati satu sama lain tentang pelajaran kami di sekolah .
RETURN TO MAIN PAGE