Ram atau lebih
dikenali dengan panggilan
German Ram adalah tergolong di dalam spesis dwarf cichlids
yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai banyak nama,
kini dikenali sebagai Microgeophagus ramirezi atau nama asalnya
Apistogramma ramirezi, butterfly fish, ram cichlids dan Papiliochromis
ramirezi.
Microgeophagus ramirezi
secara amnya membiak dan mendiami dikawasan air
yang
agak berasid sedikit (acidic water). Microgeophagus ramirezi
tergolong didalam spesis yang tidak aggeresif (peaceful fish)
kecuali ketika musim mengawan dan bertelur ia agak garang dan
aggeresif. Ikan jenis ini boleh dibela didalam akuarium bersama sama
dengan pelbagai spesis ikan-ikan kecil yang lain seperti ikan
tetra (neon, cardinal, empror, glowglass dan rasboras).
Kebiasaanya pemakanan dan diet
ikan ramirezi ini adalah terdiri daripada palet, cacing halus
dan flakes. Memandangkan mulut ikan-ikan ramirezi ini agak kecil
maka cacing halus (frozen worm) dan palet yang agak kecil saiz
bersesuaian dan menjadi kegemarannya. Sekiranya saiz makanan yang tidak
sesuai diberikan maka lebihan makanan di dalam akuarium terjadi,
dengan itu kualiti air di dalam akuarium akan terjejas dan boleh
memudaratkan ikan-ikan di dalamnya termasuk ramirezi yang agak
sensitive dengan tahap kualiti air.
Kualiti air di tahap pH 6.0-7.0
dan suhu sekitar 23-32°C (73-90°F) adalah sesuai untuk Ramirezi.
Ikan ini boleh dibela didalam akuarium yang bersaiz 10 galen dan ke
atas, tetapi saiz minimium yang agak sesuai ialah 20 galen dan ke
atas.
Habitat asal: Venezuela and Colombia
Saiz: 7cm (3 in)
Strata: Dasar dan tengah akuarium
Kualiti Air: pH 6.0-7.0, soft, 23-32°C (73-90°F)
Seks: Ram jantan lebih menarik warnanya
|