MERDEKA '98..???


31 ogos berkunjung lagi
mengiring laungan gusar
betapa hambar tarikh keramat ini
apakah kita mengisi
atau mengosongkan
kekosongan yang terluang itu

realitinya
kita dilanda kemiskinan
dalam megah kemewahan
mengundang penjajahan
dalam gema kemerdekaan
termundur setapak
bila mengorak ke hadapan
tewas tersungkur
dalam hilai kejayaan
berbalah hujahan
walaupun
jauh di lubuk hati
mengatur prejudis sendiri

mengangkat diri, menagih penghormatan
ahh… jenayah tersembunyi ?
langkah bijak mengosongkan
kermedekaan kini..!

1