Sila hubungi saya untuk skrip lengkap.
PENDAHULUAN
Sifat tabligh adalah amanah Allah SWT dan juga sifat serta sunnah Rasulullah SAW..
Sebagaimana yang telah dianjurkan, kita harus sampaikan ilmu kita kepada pihak-pihak yang memerlukan.. walaupun sekadar sepotong ayat.
Bagaimana kita harus berdakwah ?
Persoalan ini terpulanglah kepada kemampuan individu yang terlibat, asalkan dibuat dengan penuh keikhlasan.
Drama aku dan imam saleh, mempertembungkan Alina dengan Imam Saleh dalam satu komedi yang penuh action dan mendebarkan.. Alina, sejak zaman 'sunti'nya terjebak dalam amalan budaya liar.. dan sekarang ia tidak tahu dimana titik permulaan untuk mencari erti jalan lurus dan kebenaran..pendek kata Alina sudah putus asa..
Tetapi dengan siapa harus dia merujuk ? Alina tidak ada 'contact' dalam bidang kerohanian.. sehingga ia mengetahui bahawa Imam Saleh adalah seorang 'Ahli Agama'.
Dalam keadaan kesaorangan, tersepit, teraniaya, marah, dendam dan kosong jiwa raganya.. Alina berpendapat Imam Saleh adalah sebaik-baik tempat merujuk.
Malangnya, Imam Saleh mempunyai sifat kontrovesi yang tidak sepatutnya ada pada individu yang di anggap 'ahli agama'.
Imam Saleh sebenarnya adalah seorang tua yang hanya berminat untuk kekalkan jawatannya sebagai Imam terlantik di kariah ia bermastautin.. mungkin atas sebab peribadi, ia tidak lagi mampu untuk menangani masalah moral semasa yang melanda persekitarannya. Lebih dahsyat lagi, Imam Saleh juga jarang hadir mengimamkan sembahyang 5 waktu di surau, apatah lagi untuk memimpin aktiviti agresif yang dianjurkan oleh golongan yang laparkan kepimpinan dalam bidang agama.
Ringkasnya :
perwatakan Alina, yang sudah lama terjebak dalam kancah anti social, berkonflik dengan Imam Saleh, seorang imam yang lupa tanggung jawab..
mereka insaf atas kelemahan masing-masing selepas di adunkan dalam drama aku dan imam saleh…
wallahu wa'alam bissawab.
KONSEP:
TEMA:
ADIS adalah fiksyen penulis sahaja..
Dipaparkan dalam drama ini, perwatakan:-
Seorang Imam yang tak pegang Amanah..
Seorang gadis yang sudah hilang segala sifat kewanitaannya..(mungkin sifat kemanusiannya..)
PERSOALANNYA
Bayangkan balasan yang mungkin diterima oleh seseorang Imam jika ia angkuh dan tidak mahu membantu orang lain, enggan berintraksi dengan jemaah di kariahnya, sedangkan dia adalah tempat merujuk utama dikalangan masyarakat.
MESEJ
Allah sayang dengan hamba pilehan Nya.. Balasan atas sikap negetif itu di balas didunia ini juga.. supaya seseorang itu insaf akan kelemahannya.
Melalui Alina yang ingin berbalik kepangkal jalan.. tetapi Imam Saleh menolak keinginan Alina..
Alina bukan sebarangan perempuan ! Alina ganas dan nekad.."Sama ada ia berjaya bertaubat Nasuhah melalui tarbiah Imam Saleh.. atau ia akan terus hidup bergelumangan dengan dosa-dosa lampaunya.."
RUMUSAN:
Imam Saleh.. menganggap segala kekasaran yang dilakukan oleh Alina terhadapnya, adalah laluan Kifarah yang begitu besar kepada dia..
Alina insaf dan belajar erti keimanan serta kesabaran diatas pengalaman 2-3 hari bersama Imam Saleh..
FIKIR:
Perlukah perkara-perkara diatas berlaku untuk menginsafkan ramai umat yang sudah mula terpesong di kala ini.. ?
STORY-LINE:
Imam Saleh menolak pelawaan untuk berceramah dalam majlis anjuran persatuan belia tempat dia bermastautin..
Sikap Imam Saleh tidak disenangi oleh Isterinya.. Apatah lagi kumpulan Belia yang kesal dengan penolakan Imam Saleh.. Rata-rata warga setempat mendoakan agar Iamam Saleh berubah dan mengamal tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Pada satu malam , telefon di rumah Imam Saleh berdering ketika ia baharu sahaja selesai solat sunat tahajud.. Imam Saleh terkejut bila dia dihubungi oleh seorang wanita yang tidak di kenalinya (Alina)
Siang esuk..
Imam Saleh membuat keputusan untuk berjumpa Alina ditempat yang dijanjikan, walaupun mendapat tentangan Isterinya.
Alina ambil kesempatan luah perasaan marah terhadap keadaan yang membuat ia terpesong sejak umur belasan tahun.. lantas minta Imam Saleh beri bimbingan.
Imam Saleh menolak permintaan Alina.
Alina merasai dia tidak mendapat layanan wajar seperti yang diharapkan.. Dengan tidak di sangka-sangka. Alina 'colek' Imam Saleh kesatu kawasan pendalaman.. (faktor umur membuat Imam Saleh tidak dapat melawan)..
Maka bermulalah pengembaraan Imam Saleh (dalam debaran) 'mentarbiah' Alina.. tambahan pula, nyawa Imam Saleh bergantung pada 'budi bicara' Alina.
Alina mulakan hujah tentang institusi keagamaan.. dan berang bila hujah-hujahnya di tangkis oleh Imam Saleh, yang pandai berdiplomasi untuk selamatkan akidah Alina. Mustahak juga bagi Imam Saleh untuk 'selamatkan nyawa'nya sendiri apabila menyedari bahawa Alina adalah seorang pembengis, tidak ada peri kemanusian dan tidak ada sifat lemah lembut sebagai seorang wanita.
Ini ternyata apabila Alina sengaja ingin melanggar sebuah motorsikal yang di pacu cuai. mujur 'mat motor' sempat mengelak dari ancaman Alina.
Disatu tempat lain, Alina melanggar seorang budak naik basikal dan terus memandu tampa selamatkan budak tersebut.
Imam Saleh menganggap jiwa Alina bermasalah.. Ia tidak rela menjadi mangsa kegilaan Alina dan berjaya melarikan diri ke dalam hutan.. sehingga ia keletihan dan berehat disatu lokasi yang difikirkannya selamat dari Alina. Malang bagi Imam Saleh, Alina dapat mengesannya.. Kesihatan imam saleh mula terganggu.. pelik ? Alina berusaha rawat Imam Saleh.. dan bantu buat tongkat untuk mudahkan pergerakannya.
Mereka sambung pengembaraan mereka.
Alina tetap mahu mendalami agama melalui hujah-hujah agresif yang boleh menyentuh sensitiviti Imam Saleh..
Kesihatan Imam Saleh semakin terganggu, dan berazam untuk lepaskan diri daripada Alina.. Alina berikhtiar untuk gagalkan usaha Imam Saleh.
Kereta Alina kehabisan minyak.. Alina tak ada pilehan, melainkan menghumban keretanya masuk gaung.. dan paksa Imam Saleh mengembara bersamanya kedalam hutan.
Dalam keletihan dan kelaparan, Alina dan Imam Saleh sampai di sempadan sebuah estate..
Alina pecah masuk bunglow Pengurus Estate untuk curi makanan dan perubatan sesuai untuk Imam Saleh. ia diberkas dan hampir di perkosa oleh pengawal bersenjata.. Alina rampas senjata pengawal dan pengawal ter tembak mati..
Ia keluar semula dari bunglow untuk mendapatkan Imam Saleh..
Imam Saleh tak selera makan melihat baju alina berlumuran darah..
Polis jejak Imam Saleh dan Alina atas tuduhan rompak dan bunuh…. mereka terkepung di sebuah rumah tinggal dalam hutan..
Alina jadikan Imam Saleh tebusan untuk menjamin keselamatannya.. Polis terpaksa atur stretergi supaya Imam Saleh tidak di ancam oleh Alina.
Sementara itu didalam rumah tinggal, Alina bingung menunggu tindakan lanjut polis.. ia paksa Imam Saleh buat ceramah agama untuknya.. (muncung rifle di kening Imam Saleh ).
Imam Saleh teragak-agak untuk mulakan ceramah.. lama-lama ia datang 'form' dan ceramah ala Ustaz Ismail Kamus.. sungguh berkesan ceramah Imam Saleh.. menbuat Alina insaf dengan tiba-tiba dan biarkan sahaja polis masuk memberkasnya.
Imam saleh dibebaskan setelah buat keterangan..
Di surau kariah Imam Saleh.. jemaah surau tolak perletakkan jawatan Imam Saleh.. atas alasan tidak ada orang lain yang sesuai ambil alih jawatan imam.
Tamat..
WATAK DAN PERWATAKAN
IMAM SALEH
ALINA
27thn.. anak dara tua.. Akan bersifat kasar apabila kehendaknya digagalkan..
Telah banyak melalui pengalaman pahit dimasa lampaunya.. Buruan Polis kerana banyak terlibat dgn jenayah..
Cuba balik kepangkal jalan dengan merujuk kepada Imam Salleh. Tetapi Imam Saleh enggan memenuhi permintaan Alina.
Ia rasa dipencilkan oleh teman rapat, apatah lagi masyarakat sekeliling, yang menjadikannya marah, dendam dan ganas..
MAK LEHA
Lewat 40an.. Isteri Imam Salleh
Ada perasaan cemburu dan selalu salah sangka terhadap Imam Salleh, sehinggalah Imam Saleh di 'culik' oleh alina… Ia menjejak Imam Saleh selepas menyangka tidak sesiapa ambil berat tentang kehilangan suami nya..
BEBERAPA PELAKUN TAMBAHAN PADA BABAK2 TERTENTU:
AZMAN.. ARIFIN.. SALMI.. SEKUMPULAN ANGGOTA POLIS.. PENGAWAL ESTATE.. DRIVER TEKSI.. DLL WATAK.