LinkExchange
LinkExchange Member Free Home Pages at GeoCities

Sila hubungi saya untuk skrip lengkap.

deduri

Pendahuluan:

Keamanan keluarga Hj Fikri diganggu-gugat oleh Ijoi.. Bermula dari permasalahan kecil yang tercetus dari satu pelanggaran yang tidak disengajakan antara motorsikal Ijoi dengan basikal Amir (anak Hj Fikri) …dan kerana sikap angkuh Ijoi yang tidak mahu bertolak ansur - ia berjaya mencabar kesabaran Hj Fikri untuk bertindak mengikut rentak yang diagendakan oleh Ijoi..

Ijoi menuntut ganti rugi tidak munasabah.. Hj Fikri mempertikaikan sikap tidak rasional Ijoi.. melalui beberapa situasi cemas yang melibatkan ahli keluarga Hj Fikri, di mana anak gadis Hj Fikri (Syira) di ancam oleh Ijoi..

Bagi Hj Fikri, kewibawaan serta Maruah nya selaku ketua keluarga jangan cuba diperkotak-katikkan oleh sesiapa.. Hj Fikri bernekad untuk beri kesedaran kepada Ijoi mengikut rencana yang di hidangkan Ijoi sendiri.. (walaupun faktor umur mereka jauh berbeza.. )

Konsep : Action / Thriller

Tema dan Mesej:

Seorang bapa bertanggungjawab untuk mempertahankan kedamaian dalam keluarganya. sehingga sanggup mengadaikan 'kesabaran' bagi menyahut cabaran dari seorang yang angkuh, sombong dan tamak serta kosong jiwa raganya..

Hj Fikri banyak tawakal dalam usahanya ini.. sememangnya Allah menyertai orang-orang yang jujur dan benar..

Sifat mazmumah manusia di tonjolkan melalui perwatakan Ijoi.. Masalah Ijoi ialah - ia terlupa yang ia adalah makhluk yang menumpang hidup di dunia ini.. manusia kerdil yang tidak mahu 'malu' dan 'sedar' bahawa Allah swt sntiasa mendengar dan melihat segala tindak tanduk dan perilakunya..

Hj Fikri sekeluarga menangani ancaman Ijoi melalui amalan kasih sayang yang sedia ujud dalam keluarga mereka..

Walau bagaimanapun sebagai insan insan lemah di muka bumi ini, kesabaran Hj Fikri tidak mampu bertahan lama.. ia menentang kekerasan Ijoi dengan kekerasan juga.

Sinopsis:

Satu petang.. Syira dan Amir jalan bersama utk ke kedai.. Amir tolak basikal.. Syira jalan kaki..

Ijoi cuai memandu motor dan terlanggar basikal Amir.. Ijoi dan motornya terpelanting ke tong sampah..
Ijoi tuntut ganti rugi tidak munasabah kepada Hj Fikri.. Hj Fikri enggan menurut tuntutan ijoi..

Ijoi mula bertindak ganas ke atas semua kepentingan Hj fikri.. Hj Fikri terpaksa menasihati ahli keluarganya berhati-hati terhadap dendam yang bakal dinyatakan oleh Ijoi..

Rencana pertama Ijoi terhadap Hj Fikri ialah dengan merosakkan tapak semaian bunga Hj Fikri.. sebagai balasan kepada sikap Hj Fikri yang tidak mahu membayar RM800 untuk belanja baiki-motor..

Hjh Hasnah gagal menahan Hj Fikri supaya tidak bertindak balas terhadap tindaklaku Ijoi..

Bilik sewa Ijoi di serang oleh Hj Fikri ( mujur Ijoi tiada di bileknya pada masa itu.. ). Oleh kerana terlalu marah.. Hj fikri memaparkan sifat kelemahannya sebagai orang tua.. ia melarikan barangan peribadi Ijoi.. termasuk wang tunai dan barang kemas dan menyifatkannya sebagai ganti rugi tapak semaian yang telah dirosakkan oleh Ijoi..

Ijoi terasa diri nya dicabar.. (Belum ada sesiapa dalam pekan itu yang pernah mencabar Ijoi..).. Marahnya terhadap Hj Fikri semakin meluap.. Ia dapat kesempatan untuk mengancam anak dan isteri Hj Fikri.. dan juga dapat kesempatan menyeret Hj Fikri dalam satu Pertarungan.. Ijoi mahir tae kwan doe dan Hj Fikri mahir pencak silat..

Oleh kerana perbezaan umur - Hj fikri tewas - Ijoi melarikan kereta Hj Fikri dan membuat tuntutan lebih besar.. (RM10 ribu) untuk mereka berdamai ikut Ijoi..

Hj Fikri bincang tutuntun Ijoi bersama Hjh Hasnah.. Hjh Hasnah, demi keselamatan anak-anak mereka.. sanggup mengeluarkan simpanannya supaya mengalah pada tuntutan Ijoi.. Haji Fikri terpaksa akur dengan pujukan Hjh Hasnah.. (barangan peribadi Ijoi dan wang RM10 ribu akan diserahkan semula kepada Ijoi di satu tempat yang telah ditetapkan oleh Ijoi..)

Berlaku sedikit 'masalah perhubungan' dan Hj Fikri gagal berjumpa Ijoi untuk menyerahkan tuntutan, apatah lagi untuk berdamai.. Ijoi tersilap anggap.. ia sangkakan Hj Fikri masih berdegil.. Syira di jadikan tebusan oleh Ijoi.. di sorokkan di satu tempat yang tidak di ketahui oleh sesiapa..

Ijoi mencabar Hj Fikri supaya dia menjejaknya tampa memberi sebarang petunjuk dia mana dia sorokkan Syira..

Hjh Fikri menggunakan kepintaran dan keberaniannya untuk mencari Ijoi sehinggas 'lubang cacing..'

Ijoi berjaya di tewaskan dalan satu pertarungan sengit..

tamat..

Watak dan Perwatakan

HAJI FIKRI
Lewat 40an.. Pengusaha Landscape dan Tapak Semain Bunga.. Penyabar tetapi tidak consistant.. Seorang Bapa Penyayang.. Ilmu Ugama boleh tahan.. Pandai Pencak Silat..
Prinsip Juang : Kau Usik Aku - Kau Tak Senang Duduk

IJOI
Lewat 20an.. Bujang.. Anti Social.. Ambil Upah Tarik Kereta lari hutang.. Tak Ada Peri Kemanusian.. Berjambang.. Beautiful Ugly.. Berjambang.. Ada Anting-anting di telinga..
Pandai Berbagai jenis Martial Arts..
Dia fikir negeri ini tak ada Undang-undang.

SYIRA
20 thn.. Anak Hj Fikri.. Dididik menjadi anak Taat Ibubapa dan Ugama..
Periang.. Berani dan tenang apabila terpaksa menghadapi situasi cemas..

HJH HASNAH
40an.. Isteri Hj Fikri.. Ibu syira dan Amir.. Penyabar..Penyang..

AMIR
Belasan Tahun.. Ting 3.. Adik Syira..

ZIE
kawan sebaya Syira

SAM & RICKY
Kawan Ijoi.. 20an

AH LAI DAN 2 ORANG KAWANNYA
Menaruh dendam terhadap Ijoi dan Rakan-rakan kerana tarik trektornya..

MAMAK WARUNG DAN LAIN-LAIN TAMBAHAN DIMANA PERLU..

1