LinkExchange
LinkExchange Member Free Home Pages at GeoCities

from: zai...(28/5/98)
Assalamualaikummmm
hello, adakah sajak itu ciptaan anda? Saya amat tertarik dengan sajak anda itu......
zai

alhamdulillah zai..
diturunkan adalah sajak yang di maksudkan..(untuk pengetahuan kawan-kawan lain, sajak ini telah dimuatkan di ruang poem page anjungcafe pada lewat 1997..)

KITA SEORANG KEMBARA..
seorang pengembara berkelana di dunia
menjejak ketandusan dalam suram cahaya
jiwanya lapar dahaga rindukan bahagia
menyusur jalanan mencari sejahtera

setapak melangkah gementar debaran hati
lantas sujud menyerah meratap kesalan diri
haruskah terhenti perjalanan ini
mencari-cari nikmat kurnian Ilahi

nasihat sipengembara jangan menzalim diri
jauh di hujung sana ada tempat abadi
disitu ia kan kembali menghadap Ilahi
kawan pangkat dan harta akan terus menyepi

indahkan indahkan amalan diri
supaya kita tidak kelak menggigit jari
buat kebaikan mungkar dijauhi
kerana pengembara ujud di diri ini...

1