LinkExchange
LinkExchange Member Free Home Pages at GeoCities

Sila hubungi saya untuk skrip lengkap.

oportunis

Konsep:
Adventure / Komedi Ringan

Tema:
Dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda, ramai pihak tertekan dan mula bertindak liar dan diluar dugaan..
opurtunis mendramakan kisah pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas situasi ini.. Terutama sekali pihak lintah darat yang sentiasa mencari peluang untuk membelit dan menindas mangsa-mangsa yang teralpa dek kelemahan yang sedia ada pada diri mereka..

Di saat sebegini, kita semua perlu ada sikap sabar dalam menangani apa jua masalah yang melanda.. sebagai rakyat, kita perlu bertanggung jawab mencari rasional, mengupas akar umbi permasalahan.. mesti ada kaedah dan bersedia mempraktikkan resolusi efektif, supaya masalah di selesaikan secepat mungkin..

Allah SWT melengkapkan kita dengan akal dan fikiran.. maka, kita ada amanah untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin..

Pendahuluan:
Negara terancam oleh serangan ekonomi dari pihak tidak bertanggungjawab..
Itulah alasan Jas untuk 'gulung tikar' usahasamanya dengan Hyn..
Hyn ( kononnya kekasih Jas) banyak melabur dalam usasahama itu.. dia sedar Jas sengaja buat alasan dan cuba menipu nya..
Hyn berusaha untuk menuntut 250 ribu yang telah diperdaya oleh Jas..

Jas di buru.. mujur dia berjaya melepaskan diri dari ancaman Mail (orang upahan Hyn)..
Jas berlindung di sebuah pulau peranginan kepunyaan Syasya.. seorang janda kaya, junior Jas semasa sekolah menengah dulu..
Jas..( born conman) berhasrat nak tipu Syasya.. berpura-pura jatuh hati dengan syasya..

Hyn dan Mail berjaya jejak Jas..
Mereka monitor perkembangan Jas dan Syasya.. dan ancam untuk pecahkan tembelang Jas kepada Syasya..

Jas dipaksa bekerjasama dengan Hyn apabila Hyn mencadangkan supaya mereka berapakat tipu harta dan wang tunai Syasya sebagai penebus hutang Jas terhadapnya..

Jas terpaksa akur tetapi akhirnya dia menyedari kebodohannya bila dia benar jatuh hati kepada Syasya..

Naluri Syasya.. seorang yang berpelajaran tinggi dan terlatih sebagai seorang Pengurus, menangani segalah permasalahan dengan sabar dan kebijaksanaan yang ada padanya..

Rentetan cinta syasya dengan Jas, mengajar dia supaya berhati-hati dengan pujuk rayu seorang lelaki yang bermotif wang ringgit apabila melafazkan cinta mereka..

Watak & Perwatakan:

Jas
awal 30an.. berpendidikan sekolah menengah.. bujang.. seorang pembelit..
guna kekacakannya untuk menggoda dan menipu wanita kaya..
akhirnya insaf setelah hampir berjaya menggoda dan menipu Syasya..

Syasya
lewat 20an.. Sarjana di bidang pengurusan, janda satu anak, mewarisi dan mentadbir sebuah Pulau Peranginan, peninggalan arwah bapanya..
walaupun berpendidikan tinggi, sebagai seorang wanita dan insan lemah, dia mudah diperdaya oleh pujukkan seorang lelaki.. (Jas)..
Rela berkorban apa sahaja demi kepentingan cinta.

Aiman
8 thn.. anak Syasya.. Petah bercakap, Lincah, berani dan adventurous..
Tidak sukakan Jas pada peringkat awal.. lama kelamaan tertarik dengan Jas bila mereka sering terserempak dalam banyak situasi menarik..

Hyn
20an.. single, bekas kekasih (mangsa) Jas.. bersikap kasar macam ketua mafia, garang, Loan Shark, ada sindikit jenayah perdagangan.. juga seorang penipu..
mudah cemburu dan suka pilih kekasaran untuk selesai masalah..

Mail
30an. berbadan tegap, garang dan tidak berhati perut.. orang suruhan Hyn yang di pertanggungjawabkan untuk menuntut hutang daripada Jas..
bodoh sombong.

Dan lain-lain pelakun tambahan bila diperlukan.

Sinopsis:
Jas berjaya menipu seorang Hyn Rm200 ribu melalui satu perjanjian niaga yang tidak ujud.. (umpan dia hanya janji-janji cinta palsu sahaja.. )

Hyn, apabila menyedari yang ia telah tertipu.. bertindak serta merta dengan mengupah seorang penjenayah (Mail) untuk mengajar Jas..

Jas menjadi buruan Mail.. ketika melarikan diri dari Mail, Jas tersermpak dengan Syasya..(anak jutawan)

Jas berkenalan dengan Syasya..
Jas ceritakan masalah dia dengan Mail..(tapi tidak menceritakan penipuan dia terhadap Hyn..)

Syasya simpati dengan Jas..
sediakan tempat perlindungan untuk Jas di sebuah pulau peranginan, kepunyaan keluarganya..
Tapi malangnya, Jas bersikap seperti anjing tersepit.. dia tergiur dengan kekayaan milik keluarga syasya.. menggunakan Modus Operandi yang sama dan bercadang untuk menipu Syasya…

Jas cari jalan untuk yakinkan Syasya supaya keluarkan modal lebih besar bagi memulakan satu usehasama, kononnya boleh mendatangkan pulangan lumayan…

(Jas mengada-adakan fakta palsu bagi tujuan ini… halus dan berseni perancangannye.. perwatakan pembelitnye [conman] terpapar melalui beberapa adegan..)

Syasya tenggelam dalam pujukrayu dan cumbuan Jas.

Mail dan Hyn berjaya jejak Jas dan Syasya..

Hyn menyedari hakikat bahawa Jas telah beralih tumpuan kepada Syasya, lantas mencari jalan untuk mendapatkan semula segala wangnya yang telah ditipu oleh Jas..

Jas diperas-ugut dan dipaksa menipu Syasya..

Kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, Jas bersetuju melaksanakan rancangan Hyn untuk menipu Syasya… (walaupun tidak mendapat sebarang keuntungan dari penipuan ini… )
Syasya mudah di tipu oleh Jas, dan ia sedia untuk memulakan perniagaan yg membabitkan modal berjuta ringgit… kerana telah jatuh hati dengan Jas..

Jas menyedari kebodohannya diperalatkan oleh Hyn dan Mail.. dan dia ambil keputusan selamatkan Syasya dari di tipu, sanggup menggadai nyawa..

Hyn dan Mail marah bila perancangan yang hampir berjaya itu mungkin di gagalkan oleh Jas yang berpaling tadah…

Dalam keributan Jas dan Syasya menangkis serta melarikan diri drp komplot Hyn, Jas benar-benar jatuh hati dengan Syasya…

(Jas dan Syasya buat research tentang latar belakang jenayah perdagangan Mail dan Hyn.. )

Walau bagaimanapun, oleh kerana latar belakang Jas yang penuh dengan jenayah perdagangan, Jas tidak mampu membalas cinta yang di tageh oleh Syasya.. Jas terpaksa meninggalkan Syasya, membawa seribu kenangan.

Syasya kesorangan semula.. kaya dengan satu lagi pengalaman pahit manis melalui satu percintaan ringkas dengan Jas..

Tamat… 1