Sejauh manakah Kepimpinan Islam diamalkan dalam Masyarakat Melayu sejak penerapan nilai-nilai Islam dianjurkan di Malaysia?
Persoalan ini sering menghantui pihak-pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung sama ada di pihak yang memimpin atau yang kena pimpin..
Drama Lembah Suria mengupas persoalan yg dimaksudkan dalam permasalahan yang dihadapi oleh keluarga Tuan Haj Kadir…
Haji Kadir adalah seorang hartawan Kampung yang pemurah lagi dermawan, ada sikap social obligation trerhadap warga kampung tempat lahir dan tumpah darahnya.. manakan tidak, Kampung Suria adalah tempat jatuh-bangun Hj Kadir..
Sejak zaman mudanya, dia bekerja keras dan membangunkan diri serta keluarga sehinggalah dia mencapai kecermelangan dalam hidup untuk keluarga dan berupaya membantu sedaya bolih untuk membantu masalah kemiskinan warga kampung lain..
Bersama Isterinya Hajah Sakinah, mereka membimbing 3 orang anak mereka supaya mewarisi nilai positif yang diamalkan selama ini.. (Sekurang-kurangnya, mereka mengharapkan, seorang daripada anak-anak mereka mampu mengambil alih status kepimpinan semula-jadi itu..)
Suhaimi.. anak sulung, dididik untuk mengurus perniagaan keluarga dan Syarikat yang dipimpinnya.
Dr Sara, baru pulang dari seberang laut setelah memperolehi ijazah kedoktoran dan diharapkan oleh Hj Kadir untuk mentadbir kebajikan masyarakat kampung.
Khairi, anak bongsu, lazimnya seorang manja dan menyebabnya dia terlalu selesa dalam pembentukan peribadinya.. Walaupun berpendidikan tertiary tetapi tidak begitu minat meneruskan kesinambungan prestasi yang dimiliki oleh keluarga Hj Kadir.
Apakah yang melemahkan semangat Hj Kadir setelah semua impiannya tercapai dan memperolehi segala yang dihajati.. ?
Siapakah yang membuat angkara hingga Hj Kadir yang dikenali sebagai seorang cekal dan gigih dalam menghadapi ujian serta dugaan, remuk hati dan berputus asa dalam meneruskan saki-baki hidup..?
Hj Kadir merajuk dengan tiba-tiba dalam kehangatan warga kampung ghairah menyambut kepulangan Dr Sarah selepas 8 tahun menuntut di seberang laut..
Mengapa ?
Dr Sara sedikit pun tidak menyangka yang hasratnya untuk berhijrah ke US menimbulkan kontroversi di kalangan keluarga dan masyarakat kampung..
Dr Sara ada sebab peribadi kenapa dia membuat keputusan tersebut..
Sikap sarah membuat Hj Kadir malu dengan Warga kampung kerana Sarah menidakkan janji-janji bapanya dengan org kampung.. (Sara kepunyaan Kampung sekembali dari menuntut ilmu.. sedangkan Sara tidak sedia menerima janji yg dibuat olih Hj Kadir tampa pengetahuannya..)
Dalam keadaan malu, Hj Kadir merajuk dan tinggalkan rumah tampa sebarang pesanan..
Apa perlu dilakukan oleh Sara ?
Sebagai seorang anak yang tidak mahu dituduh derhaka kepada ibubapa, dia terpaksa mendapat restu Hj Kadir sebelum tinggalkan kampung..
Drama Lembah Suria menghidangkan berbagai situasi untuk Dr Sara hinggalah dia berjaya tanam sikap patriotik dan akhirnya meletakkan diri di tempat yang disanjung oleh masyarakat kampung dan melupakan sahaja hasrat untuk berhijrah ke US…
SITUASI:
Mampukah Sara menangani permasalahan ini ?
Bagaimana dan di mana dia harus bermula agar dia dapat membuktikan semua suara sumbang terhadapnya terbukti salah..?
Apa peranan Konsep, Falsafah, Fungsi dan Prinsip serta perspektif kepimpinan Islam dalam drama ini ? supaya nilai 'ubudiah al mutlakah lillah' dapat ditegakkan.
Bagaimana kesedaran ke arah matlamat ini dapat dihidupkan..?
Apa peranan 'suasana' sehingga seseorang itu merubah sikap..?
Semua ini berlaku dalam Lembah Suria melalui perilaku dan tabii watak-watak yang diutarakan.