UNDANG-UNDANG KELAB BELIA MESRA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BAB
1 : NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR FASAL
i: NAMA Pertubuhan ini adalah diberi nama Kelab Belia Mesra.
FASAL 2 : ALAMAT a. Alamat berdaRar kelab ini ialah di Lot 20 B - Kampung Razali, Bt.4,Jalan Gambang , 25150 Kuantan, Pahang. b. Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah sebelum mendapat kebenaran daripada Pendaftar Kelab terlebih dahulu. BAB KE 2 : TAARIF FASAL i: a. Kelab bermakna satu organisasi yang dianggotai oleh belia-belia dan beliawanis dari seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. b. Mesyuarat Agung bermakna suatu Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar yang dipanggil mengikut Bab 6. c. Majlis Penasihat bermakna sebuah Majlis yang dibentuk mengikut Bab 9. d. Jawatan kuasa bermakna sebuah Jawatankuasa yang dibentuk mengikut Bab 7. e. Belia ialah seorang laki-laki atau perempuan yang berumur di antara Sebelas hingga Tiga Puluh Lima Tahun, mengikut taarifKelab Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). BABKE3: TUJUAN FASAL i: TUJUAN Tujuan penubuhan kelab ini adalah seperti berikut:- a) Menanam semangat dayausaha, pemikiran sihat dan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama yang berfaedah kepada belia terutama dari kalangan belia-belia yang sedang bekerja. b) Mengadakan perhubungan yang rapat dengan Kelab-Kelab Belia yang lain di semua peringkat cawangan, daerah, negeri dan kebangsaan serta antarabangsa demi mencapai perkara (a). c) Menjalankan apa-apa jua ikhtiar bagi memupuk kesedaran dan kemajuan di dalam bidang pelajaran, pembangunan, ekonomi, kesihatan dan lain-lain rancangan yang berfaedah dan balk bagi belia dan masyarakat keseluruhannya. d) Bekerjasama dengan Kerajaan atau Agensi-Agensi Kerajaan atau lain-lain Agensi atau dengan mana-mana Badan Belia Kebangsaan, Antarabangsa atau Pertubuhan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung di dalam rancangan-rancangan yang berfaedah untuk belia. e) Menyebar dan mengeluarkan penyiaran, penerbitan dan penerangan di atas kegiatan Kelab Belia-belia lain amnya. f) i. Menjalankan, mentadbir, menguasai dan menyeliakan apa-apa perniagaan bersendirian atau perkongsian atau secara perusahaan bersama dengan sesiapa orang jua pun, atau perbadanan koprat, yang difikirkan sesuai oleh kelab dan diluluskan oleh Jawatankuasa. ii. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh kelab ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan'itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli ke'lab. Sungguh pun begitu peruntukkan ini tidak menghalang sebarang bayaran gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekeja-pekerja kelab ini. g) Segala tujuan dan cita-cita Kelab ini akan dijalankan mengikut Perlembagaan Malaysia dan mendukung cita-cita Kedaulatan Undang-Undang dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. h) Mengadakan dan menjalankan kutipan der~Fla atau apa-apa kutipan yang lain bagi faedah tabung Kelab. BAB KE 4 : KEAHLLPLN FASAL i: KEAHLIAN Keahlian Kelab ini adalah terbuka kepada semua individu dari golongan belia dan semua kaum yang tinggal di Negeri Pahang. FASAL 2 : PERMOHONAN MENJADI AHLI a) Permohonan menjadi ahli mestilah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Kelab Belia Mesra ini. Ditandatangani oleh pencadang dan penyokong dan dihantar kepada Setiausaha. Pencadang dan penyokong hendaklah daripada orang yang menjadi ahli kelab ini. Permohonan menjadi ahli yang diluluskan akan diberitahu oleh Setiausaha secara bertulis. b) Borang-borang permintaan menjadi ahli hendaklah didapati dari Setiausaha kelab Belia Mesra. c) Jawatankuasa hendaklah mengambil keputusan ke atas permohonan tersebut dalam masa dua (2) bulan setelah menerima permohonan. Keputusan hendaklah diberitahu kepada pemohon berkenaan dalam masa dua (2) minggu. Ahli Jawatankuasa berhak menolak sebarang permohonan menjadi ahli dengan tidak payah memberi sebab. Keputusannya adalah rnuktamad. d) Kesemua pemohon yang telah diterima menjadi ahli Kelab adalah daripada tarikh ini tertakluk kepada peruntukan-pCruntukan Perlembagaan Kelab. FASAL 3 : PEMBERB[ENTIAN, PEMECATAN KEAHLIAN a) Seseorang ahli itu boleh berhenti dari menjadi ahli kelab dengan berbuat seperti berikut:- i. Memberi NOTIS sebulan terlebih dahulu kepada jawatankuasa. ii. Menyelesaikan segala hutang piutang yang ada padanya. b) Seseorang ahli itu boleh dipecat oleh Jawatankuasa jika didapati :- i. Melanggar tatatertib dan disiplin kelab. ii. Menjalankan keja-keja yang bertentangan dengan tujuan-tujuan kelab khususnya dan kepentingan negara amnya. c) rI~indakan di atas tidak diambiljika ahli-ahli itu boleh menunjukkan bukti sebaliknya kepada Jawatankuasa. BAB KE 5 : YURAN FASAL i: YURAN a) Seseorang ahli dikenakan dua jenis yuran, iaitu yuran masuk (yuran dibayar sewaktu memohon menjadi ahli) dan yuran tahunan. Yuran masuk hanya perlu dibayar sekali sahaja. Yuran tahunan hendaklah dibayar setiap tahun. b) Seorang ahli hendaklah membayar yuran masuk sebanyak RM 1.00. Yuran masuk itu hendaklah dibayar sewaktu memohon menjadi ahli kelab. Wang ini akan dipulangkan jika permohonan tersebut tidak diluluskan. Yuran keahlian adalah sebanyak RM 1.00 satu tahun.Yuran tahunan hendaklah dibayar daripada tarikh menerima surat pemberitahuan yang ianya telah diluluskan menjadi ahli. Sekiranya tidak disempurnakan dalam tempoh yang tersebut hendaldah Jawatankuasa menolak permintaan itu. c) Semua yuran-yuran tahunan mestilah dibayar pada Ihb. Januari dan ianya akan dianggap sebagai hutang kepada kelab jika masih tidak berbayar selepas 1 hb. Mac. Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada tempoh ini, maka ia akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Bendahari. d) Jawatankuasa mempunyai hal untuk menggantung mana-mana ahli yang tidak membayar yurannya dua tahun berturut-turut. e) Amaran bertulis akan disampaikan kepada ahli untuk membayar dengan segera. Jika ianya tidak dihiraukan dalam masa satu bulan dari tarikh surat dikirimkan, maka Jawatankuasa mempunyai hak menamakan keahlian tersebut. 1) Ahli yang digantung atau diberhentikan keahliannya boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa dalam tempoh tiga (3) bulan setelah tindakan pergantungan atau pemberhentian diialankan. Jika rayuan ditolak ahli tersebut boleh membuat rayuan kepada Mesyuarat Agong yang mempunyai kuasa untuk mendlak atau meluluskan rayuan tersebut. BAB KE 6 : MESYUARAT AGUNG FASAL i: MESYUARATAGUNG Segala perjalanan kelab adalah dijalankan dibawah kuasa dan berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung, tetapi Mesyuarat Agung sendiri tertakluk kepada perlembagaan dan mana-mana peraturan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut kuasa yang diberikan oleh perlembagaan serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 2 : CUKUP KORUM UNTUK MESYUARAT AGUNG a) Selain dari Pengerusi tidak kurang daripada 30 % ahli-ahli yang layak mengundi atau 2 kali jumlah Ahli Jawatankuasa ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk bermesyuarat. b) Jika sekiranya tidak mencukupi korum di sebarang Mesyuarat Agung pads tarikh yang ditetapkan, mesyuarat berkenaan itu boleh ditangguhkan selama satu (I)jam dan selepas itu jika masih tidak mencukupi korum maka ahli-ahli yang hadir boleh menjalankan mesyuarat itu tetapi tidak berkuasa meminda perlembagaan dan membuat keputusan mengenai harta kelab. FASAL 3 : KEAHLIAN MESYUARAT AGUNG Mesyuarat Agung boleh dihadiri oleh :- i. Ahli-ahli Majlis Penasihat, dan mereka tidak berhak mengundi. ii. Ahli Jawatankuasa Kelab, dan mereka boleh mengundi. iii. Ahli -ahli biasa Kelab, dan mereka boleh mengundi. FASAL KE 4 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari bulan Jun setiap tahun. b) Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan termasuk salinan laporan dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang aauu hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya satu (1) minggu terlebih dahulu sebelum diadakan mesyuarat. c) Perkara-perkara yang diuruskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah termasuk :- i. Memilih Pengerusi Mesyuarat Agung. ii. Menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa berkenaan kerj~-keja kelab di dalam tauhn yang lalu. iii. Menerima Penyata Kira-Kira Kelab yang telah diaudit bagi tahun lalu. iv. Memilih Ahli-ahli Majlis Penasihat, Ahli-ahli Jawatankuasa dan Juruaudit yang barn tiap-tiap dua (2) tahun sekali. FASAL 5 : MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR a) Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan pada bila-bila masa dengan keputusan Jawatankuasa Kelab dan mestilah diadakan dalam tempoh 40 hari setelah menerima permintaan bertulis daripada 1/3 darijumlah ahli. b) Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tergempar mestilah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 21 hari terlebih dahulu sebelum diadakan mesyuarat. c) Mesyuarat Agung Tergempar hanya boleh membincangkan perkara-perkara yang diterangkan di dalam surat pemberitahuan itu sahaja. d) Fasal 2 di dalam undang-undang ini berkenaan Korum dan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas. BABKE7 : JAWATANKUASA FASAL 1 : JAWATANKUASA CAWANGAN a) Jawatankuasa mengandungi :- i. Seorang Pengerusi ii. Seorang Naib Pengerusi iii. Seorang Setiausaha iv. Seorang Penolong Setiausaha v. Seorang Bendahari vi. Tiga orang Ahli Jawatankuasa biasa. b) Tempoh perjawatan ahli-ahli Jawatankuasa ialah dua (2) tahun. FASAL2 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA i) Peotadbiran Kelab adalah menjadi tanggungjawab sebuah Jawatankuasa sebagai yang disebut di Fasal 1 dalam bab ini, yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan. ii) Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab dan membuat keputusan, atau perkara-perkara mengenai perjalanan kelab dengantidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh keputusan Mesyuarat Agung. Jika mana-mana tindakan yang dibuat itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung, tindakan boleh diambil setelah teerlebih dahulu mendapat persetujuan satu Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan kegiatan-kegiatan di dalam tahun lain setiap Mesyuarat Agung Tahunan. a) Pengerusi ialah : i. Menjadi Ketua Kelab ini yang bertanggungjawab atas kesempurnaan pejalanannya. ii. Memastikan Jawatankuasa yang dipilih dalam Mesyu'arat Agung dapat berjalan dengan balk dan berkesan. iii. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat dan menandatangani semua minit. iv. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama Setiausaha dan Bendahari. b) Naib Pengerusi ialah : i. Membantu tugas pengerusi ii. Mempengerusikan mesyuarat apabila pengerusi tidak hadir. iii. Jika Pengerusi bernenti dari jawatannya maka Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan itu sehingga seorang Pengerusi baru dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan. c) Setiausaha ialah : i. Bertanggungjawab terus kepada Pengerusi dan Jawatankuasa. Setiausaha hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat semua cacatan mesyuarat dan laporan- laporan mesyuarat. ii. Mentadbir pejalanan Pejabat dan menjalankan segala dasar yang diputuskan dari masa ke semasa. iii. Menjadi Pegawai Awam bagi segala urusan Kelab. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua rekod pentadbiran ahli kecuali buku kira-kira dan kewangan. iv. Bertanggungjawab atas persediaan bagi semua mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa. v. Menyediakan Laporan Tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan kelab dalam masa setahun, kepada Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. vi, Menyelaraskan hubungan di antara Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil. vii. Menyimpan Buku Daftar Ahli. viii. Ianya menandatangani semua Cek-Cek kelab bersama-sama Pengerusi dan Bendahari. d) Penolong Setiausaha ialah : i. Membantu tugas-tugas Setiausaha. ii. Menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. e) Bendahari ialah : i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan dan hal ehwal kelab berdasarkan kepada Peraturan Kewangan Kelab. ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan kepada Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. iii. Mengawasi peraturan kewangan yang disahkan oleh Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung iv. Menyediakan Penyata Kewangan bulanan untuk dipertimbangkan dan disahkan oleh Jawatankuasa. v. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa. vi. Menyediakan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa oleh Juruaudit didalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Jawatankuasa. vii. Ianya hendaklah menandatangani semua Cek-Cek kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha. f) Ahli Jawatankuasa Biasa Bagi Biro ialah : i. Membantu Pengerusi dalam menyelaraskan tugas-tugas dalam biro masing-masing dan mefnpastikan biro dapat berjalan secara sepurna dan effektif. ii. Hendaklah hadir di semua mesyuarat. FASAL 3 : KUASA JAWATANKUASA a) Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua (2) bulan dan bolehjuga diadakan bila-bila masa yang dikehendaki oleh 1/3 daripada Jawatankuasa. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada semua ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya tiga (3) hari terlebih dahulu daripada empat orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pads bila-bila masa. b) Satu Perdua (1/2) dari jumlah Ahli Jawatankuasa adalah cukup bilangan korum bagi menjalankan mesyuarat. c) Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-tunrt dengan tiada memberi sebab-sebab bertulis kepada Setiusaha akan dengan sendirinya terlucut daripada menjadi Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa bolehlah melantik seorang yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga pemilihan Jawatankuasa baru diadakan. d) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil untuk menjalankantugas- tugas terrentu dengan syarat tiap-tiap Jawatankuasa Kecil itu hendaklah diketuai oleh Seorang Ahli Jawatankuasa. e) Seorang Jawatankuasa boleh meletakkanjawatannya dengan memberi notis bertulis dan Jawatankuasa boleh melantik seorang lain bagi mengambil tempatnya sehingga pemilihan Jawatankuasa barn diadakan. 1) Setiausaha hendaklah menghantar surat memberitahu semua Ahli-ahli Jawatankuasa seminggu sebelum mesyuarat diadakan. g) Jawatankuasa boleh memecat Ahli-ahli Jawatankuasa jika didapati mereka melanggar tatatertib dan disiplin kelab. BAB KE 8 : KEWANGAN FASAL i: KEWANGAN a) Kira-Kira Kelab ini hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tahun oleh Pemeriksa Kira- Kira atau Juruaudit yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. b) Tahun Kewangan ialah dari 1 hb. Januari hingga 31 hb. Disember. c) Wang Kelab boleh digunakan bagi melaksanakan tujuan-tujuan Kelab termasuklah belanja Pentadbiran, membayar gaji Pegawai dan kakitangan, membiayai projek-projok dan lain-lain perkara yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. d) Wang Kelab tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli atau pegawainya yang dijatukan hukuman oleh Mahkamah. e) Wang Kelab hendaklah disimpan dalam Bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM100.00 pada sesuatu masa. Jika lebih hendaklah dengan kebenaran Jawatankuasa. f) Segala Cek-Cek atau Kenyataan Pengeluaran wang dari kira-kira Bank kelab, hendaklah ditandatangani oleh tiga (3) orang iaitu Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. g) Segala perbelanjaan untuk sebarang projek yang hendak dijalankan hendaklah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa terlebih dahulu. h) Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui persediaan baucer tertentu. i) Pentadbiran Kewangan adalah tertakluk kepada peraturan Kewangan Kelab yang diluluskan oleh Jawatankuasa. FASAL 2 : HARTA BENDA a) Kelab boleh memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta benda serta boleh membeli, meminjam, mencagarkan harta milik dengan apajalan yang dibenarkan oleh undang- undang. FASAL 3 : PEMEGANG AMANAH a) Tiga (3) orang pemegang amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk menguruskan harta-harta tidak bergerak milik kelab. b) Seseorang pemegang amanah boleh diberhentikan dari jawatannya oleh Mesyuarat Agung disebabkan uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di Negeri Pahang untuk jangka masa lama atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan tugasnya atau pekerjaannya kurang memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah, maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh seseorang yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung. c) Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan kelab dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung kelab. d) Setiusaha atau Bendahari tidak boleh dilantik sebagai pemegang amanah. FASAL 4 : PEMERIKSA KIRA-KIRA a) Dua (2) orang pemeriksa kira-kira yang bukan Ahli Jawatankuasa akan dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan dan mereka akan berkhidmat dari setiap Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan boleh dilantik semula. b) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kewan~san kelab di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. BAB KE 9 : PENASIHAT a) Jawatankuasa Kelab boleh melantik seorang penasihatjika difikirkan perlu orang- orang yang layak menjadi Penasihat bagi Kelab ini. b) Tugas Penasihat adalah untuk membantu Jawatankuasa dengan memberikan sumbangan buah fikiran yang balk dan bernas. BAB KE 10 : PEMBUBARAN FASAL 1: PEMBUBARAN a) Kelab boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah ahli-ahli. b) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Kelab. c) Keputusan pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diambil. Salinan keputusan tersebut hendaklah ditandatangani oleh seorang pemegang jawatan utama kelab dan tujuh (7) orang ahli biasa. BAB KE 11 : PINDAAN UNDANG-UNDANG FASAL 1: PERUBAHAN a) Tiada perubahan atau pindaan kepada Fasal-fasal ini boleh dibuat melainkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Sebarang perubahan atau pindaaan tidaklah berjalan kuatkuasanya jika tidak ada persetujuan terlebih dahulu daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia. b) Apa-apa juga pindaan atau perubahan hanya sah jika diluluskan oleh sekurang- kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli yang mengundi. Cadangan untuk meminda atau mengubah tidak akan dilayani kecuali jika cadangan pindaan atau perubahan- perubahan itu tidak sampai kepada Setiausaha sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh diadakan Mesyuarat Agung. BAB KE 12 : LARANGAN FASAL 1 : TATATERTIB DAN DISIPLIN KELAB Semua Ahli-Ahli dan Jawatankuasa adalah dilarang : a) Bergerak dan terlibat dalam anasir subbersif dan melanggar Undang-Undang Negara. b) Melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan lain yang bertentangan dengan semangat pejuangan Kelab, serta memburuk-burukkan nana Kelab. c) Mengggunakan nama dan jawatan yang dipegang dalam Kelab untup mengutip derma serta iMan untuk kepentingan peribadi dan kepentingan yang lain daripada kepentingan Kelab. FASAL 2: BANTAHAN Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Kelab adalah dilarang membawa ke mana-mana juga Mahkamah sebarang bantahan kerana tidak puashati dengan sesuatu keputusan atau sesuatu perkara yang dibuat oleh mana-mana Mesyuarat Agung atau mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Kelab. Segala bantahan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kelab dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan diambil tindakan. Keputusan Jawatankuasa adalah Muktamad. Tanda Tangan Tanda Tangan Nama: Nama: Jawatan: Jawatan: