LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP
(Oleh : Asy-Syaheed Sayyid Qutb)
· Pengabdian diri kepada Allah adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di
dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LA ILAHA ILLALLAH).
· Manakala menerima pengajaran dan Rasulullah SAW mengenal cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah
merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah
(MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar
yang disebutkan di atas tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas keimanan dan
rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi; kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah,
kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal dan
haram, kemudian hukum hudud dan ta'zir, serta peraturan-peraturan mengenai muamalah, perundangan dan arahan-arahan
keislaman semuanya itu adalah tegak di atas dasar pengabdian diri kepada Allah. Begitu juga sumber-sumber itu semuanya
adalah ajaran~ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya.
Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan
dengannya di dalam kenyataan hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan penjelmaan kaedah-kaedah ini tidak
boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.
Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan
Allah (MUHAMMADU RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi tapak kepada
kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan
terlebih dahulu; seperti juga kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan sebenarnya sekiranya
ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah
yang lain atau pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.
Firman Allah.
Maksudnya.: Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahala, Ia perintah supaya kamu langan
sembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus (Yusof: 40)
Firman Allah:
Maksudnya: Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia telah taat dan patuhkan Allah [An Nisaa: 80].
Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa
persoalan pokok mengenai hakikat agama ini dan mengenal gerakannya di dalam kenyataan.
Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah mengenai:
Pertama :Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.
Kedua :Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam.
Ketiga :Program Islam dalam menghadapi masyarakat-masyarakat jahiliyah.
Keempat :Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya yang seruannya ini merupakan
masalah pokok dalam program gerakan Islam, dulu dan sekarang.
Sesungguhnya ciri pertama yang menentukan bentuk dan tabiat 'Masyarakat Islam" itu ialah bahawasanya masyarakat itu
berdiri dan tegak di atas asas mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam semua urusannya. Mengabdikan diri yang
dijelma dan dibentuk oleh pengakuan dan ikrar bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan
Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH).
Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk keparcayaan seperti juga di dalam semua syiar-syiar dan
simbol-simbol peribadatan, seperti mana juga ianya menjelma di dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. Sebab
bukanlah menjadi hamba Allah seseorang yang tidak menyakini kessaan dan ketunggalan Allah.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesunggunnya Tuhan itu Esa, dan kepadaKulah
hendaknya kamu takut. Dan bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan tetap, apakah kepada
yang selain dari Allah kamu mahu berbakti? [An NahI: 51-52].
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang mempersembahkan atau pun melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada
yang lain daripada Allah, same ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersama-sama
dengan Allah.
Firman Allah swt:
Maksudnya: Katakanlan: "sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, adalah kerana Allah Tuhan seru
sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya, dan begitulan aku diperintah, dan adalah aku orang Islam yang pertama [Al An
'am: 162-163].
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang menerima peraturan dan undan~undang dan yang lain daripada Allah SWT.
Melainkan melalui jalan yang Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW.
Firman Allah:
Maksudnya:Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tidak
izinkan? [Asysyura: 21].
dan firman Allah SWT laqi:
Maksudnya: Dan apa-ana yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka
jauhilah [Al Hasyr: 7]
Inilah dia masyarakat Islam, masyarakat yang menjelma di dalamnya pengabdian diri kepada Allah SWT di dalam
kepercayaan anggota-anggota-nya dan juga di dalam konsep dan gambaran fikiran mereka, seperti juga ia menjelma di dalam
lambang-lambang hidup dan peribadatan mereka dan malah ia menjelma di dalam sistem dan peraturan kemasyarakatan
mereka, dan peraturan serta undang-undang mereka. Bila mana sahaja sesuatu faktor dan faktor-faktor yang disebutkan di
atas tadi menyimpang dan tidak menjelma dalam kenyataan, maka dengan itu bererti bahawa Islam itu sendiri pun sudah
menyimpang dan tidak menjelma lagi, kerana menyimpang dan tidak menjelmanya rukun Islam yang pertama, iailu pengakuan
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR RASULULLAH)
Dan telah pun kita katakan: bahawa pengabdian diri kepada Allah itu menjelma di dalam konsep dan gambaran kepercayaan,
make eloklah kita perkatakan apakan dia konsep dan gambaran kepercayaan cara Islam itu. Ianya adalah gambaran yang
terjadi di dalam pemikiran manusia sebagai hasil dan penerimaannya akan akidah itu dan sumbernya yang sejati, iaitu sunber
ILAHI; dan yang dengannya manusia itu dapat mengerti dan memahami apakah dia hakikat Tuhannya, dan hakikat alam yang
dia hidup di dalamnya, baik yang nampak dilihat atau pun yang tak nampak dan hakikat dirinya dan hakikat zat manusia itu
sendiri, yang ia rasakan itu, baik yang nampak atau yang tak nampak; dan di samping segala sesuatu ialah hakikat dirinya
sendiri, iaitu hakikat manusia itu sendiri, kemudian ia sesuaikan semuanya di atas itu dengan perhubungannya dengan hakikat
ini; perhubungannya dengan Tuhannya yang menjelmakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT dan perhubunganya dengan
alam semesta dan peraturan seluruh benda yang hidup di dunia ini, serta setiap peribadi umat manusia, perhubungan yang
mengambil sumber (atau yang bersumber) dari agama Allah, seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Dengan
demikian dia melaksana-an pengabdian diri kepada Allah SWT dalam bentuk yang meliputi seluruh sendi kehidupannya.
Maka kalaulah telah menjadi ketetapan bahawa inilah dia "Masyarakat Islam" itu, maka bagaimanakah pula masyarakat itu
boleh tumbuh dan bagaimanakah pula program pertumbuhannya?
Sesungguhnya masyarakat itu tidak akan dapat tegak kecuali bila timbul satu perkumpulan (jamaah) manusia yang mengakui
pengabdian diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT, dan bahawa mereka tidak tunduk dan merendahkan diri mereka ke
peringkat yang sejajar dengan pengabdian itu kepada sesuatu apa pun yang lain daripada Allah SWT di dalam perkara
iktikad, gambaran hidup dan lambang-lambang keagamaan, tidak tunduk dan merendahkan diri kepada yang lain daripada
Allah di dalam urusan peraturan hidup dan perundangan kemudian mereka bertindak untuk menyusun hidup mereka dengan
dasar dan asas pengabdian diri dan ketundukan yang sejati, dengan cara membersihkan hati dan nadi mereka dari sebarang
keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan yang lain daripada Allah SWT, baik bersama-sama dengan Allah sebagai rakan
sekutunya mahupun bersendirian sebagai lawan Allah; di samping membersihkan segala lambangnya daripada bertumpu
kepada yang lain daripada Allah serta membersih dan membebaskan peraturan dan undang-undang hidup mereka daripada
sebarang sumber pengambilan yang lain daripada Allah.
Di ketika itulah, ya, di ketika itulah sahaja, perkumpulan atau jamaah itu menjadi perkumpulan Islam dan masyarakat yang
mereka bentuk itu baru sah menjadi masyarakat Islam (Muslim). Ada pun sebelum satu kelompok manusia mengaku akan
kebersihan dan keikhlasan pengabdian diri mereka kepada Allah semata-mata, mengikut cara yang telah disebutkan tadi,
maka ketika itu mereka masih belum lagi menjadi orang-orang Islam, dan sebelum mereka mengatur perkumpulan mereka di
atas dasar itu maka perkumpulan mereka pun bukanlah suatu perkumpulan Islam. Ini ialah kerana kaedah dan dasar pertama
yang menjadi landasan Islam itu ialah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan
Allah (LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH) dan kedua-dua seginya.
Dengan demikian, maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem masyarakat Islam, dan sebelum daripada
mewujudkan masyarakat Islam di atas landasan sistem itu perlu dan sayugialah dititik beratkan dahulu kepada kebersihan
setiap hati nurani Si Muslim itu dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, dalam sebarang bentuk dan rupa yang
telah kita kemukakan tadi, dan hendaklah individu yang hati nuraninya itu bersih dan dan suci dan sebarang pengabdian diri
kepada yang lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu Jamaah lslamiyah dan Jemaah yang hati nurani
anggota-anggotanya suci bersih dan pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah di segi iktikad, ibadat dan perundangan,
dan merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam, dan akan disertai oleh setiap orang yang mahu hidup di dalam
masyarakat itu dengan akidahnya sendiri ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam bentuk pengabdian diri
dan ketundukan kepada Allah SWT semata-mata atau dengan perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan:
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah (LA
ILAHA ILLALLAH MUHAMMADU~RASULULLAH).
Begitulah tumbuhnya Jemaah lslamiyah yang ulung dahulu dan telah dapat mempangunkan masyarakat Islam yang pertama dan
demikian pulalah kaedahnya pertumbuhan setiap Jemaah lslamiyah di setiap ketika dan tempat dan demikian pulalah
tumbuhnya setiap masyarakat muslim bila mana dan di mana sahaja pun.
Sesungguhnya masyarakat Islam itu tumbuh daripada berpindahnya beberapa individu dan perkumpulan manusia dan
mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, baik bersama-sama dengan Allah atau pun tanpa Allah, kepada
mengabdikan diri kepada Allah semata-mata tanpa sebarang kongsi dan sekutu bagi-Nya; kemudian daripada pengakuan dan
penegasan perkumpulan ini hendak menegakkan sistem hidupnya sendiri di atas asas pengabdian itu ya, ketika itulah baru
sempurna lahirnya sesuatu yang baru untuk masyarakat yang baru, sebagal pecahan daripada masyarakat jahiliyah yang telah
sedia ada, yang berhadapan dengannya dengan memakai akidah yang baru, sistem hidup yang baru, berdasarkan akidah ini,
yang menjelma di dalamnya dasar Islam yang pertama dengan dua rangkaiannya iaitu pangakuan bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Ada kemungkinan masyarakat jahiliyah itu seluruhnya akan menyertai masyarakat Islam dan boleh jadi juga tidak, seperti juga
masyarakat jahiliyah itu boleh berkompromi dengannya seperti mana ia pun boleh memusuhinya, walaupun telah menjadi
kebiasaan bahawa masyarakat jahiliyah selalu memerangi masyarakat Islam. Kebiasaan itu berlaku di peringkat
pertumbuhannya (iaitu terhadap individu pada pendakwahnya dan juga terhadap perkumpulan dan organisasinya mahu pun
terhadap masyarakat itu seluruhnya sesudah masyarakat itu tumbuh). Inilah yang telah berlaku di sepanjang dakwah Islamiyah
sejak dan zaman Nab Nuh hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW tanpa kecualinya.
Memanglah masyarakat Islam itu tidak akan tumbuh dan tak akan lancar pertumbuhannya kecuali apabila ianya mempunyai
kekuatan yang boleh menghadapi dan melawan cabaran dari tekanan dari masyarakat jahiliyah baik kekuatan itu berupa
kekuatan akidah dan keyakinan, kekuatan peribadi dan pertahanan jiwa, kekuatan daya mengatur dan membina masyarakat,
dan segala jenis kekuatan yang mampu menghadapi tekanan masyarakat jahiliyyah atau mengalahkannya, atau pun
sekurang-kurangnya dapat mengimbanginya.
Tapi apakah dia 'masyarakat jahiliyah" itu dan bagaimanakah pula jalan program Islam menghadapinya?
Sesungguhnya "masyarakat jahiliyah" itu ialah setiap masyarakat yang bukan masyarakat Islam! Dan kalau kita hendak
membuat definisi atau takrifnya yang tepat maka kita katakan: "bahawa masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang tidak
tulen pengabdiannya kepada Allah SWT pengabdian yang menjelma di dalam kepercayaan dan keyakinan di dalam syiar dan
lambang peribadatan, juga di dalam peraturan dan undang-undang."
Dengan definisi dan takrif yang terang dan tepat ini maka termasuklah di dalam golongan "Masyarakat jahiliyah" itu semua
bentuk masyarakat yang ada sekarang di permukaan bumi ini.
Termasukdi dalamnya masyarakat KOMUNIS.
Pertama:
Kerana Ilhad dan engkarnya akan zat Allah S~IT dan kerana ia tidak percaya dan mengakui wujudnya zat Allah SWT sama
sekali, juga kerana ia berpandukan "benda' dan "alam". Pun kerana ia merujuk dan meletakkan wujudnya alam ini kepada
"benda" dan "alam semesta". Juga kerana ia merujukkan aktiviti kehidupan manusia dan sejarahnya kepada ekonomi dan alat
produksi semata-mata.
Kedua:
Kerana ia mendirikan suatu sistem pengabdian diri kepada parti, dengan menganggap bahawa pimpinan kolektif itu adalah
suatu hakikat sebenarnya yang menguasai parti komunis, dan bahawa pimpinan dan pengabdian itu bukanlah sama sekali
kepunyaan ALLAH. Kemudian segala aspek dan segi yang berkaitan dengan konsep sistem tadi, yang sebenarnya
merupakan penghinaan kepada murtabat dan kehormatan "manusia" dengan menganggap bahawa "keperluan asasi" bagi
manusia itu same sahaja dengan keperluan asasi bagi haiwan, iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan
perhubungan jenis (sex) sahaja! dengan tidak membenarkannya mendapatkan keperluan-keperluan rohani yang
membezakannya dan haiwan. Keperluan rohani itu pertamanya ialah iktikad akan kebesaran Tuhan dan kebebasan memilih
keparcayaan hidup, juga kebebasan bersuara yang merupakan aspek penting dan sifat "kemanusia-n', yang tergambar di
dalam bentuk kebebasan hak milik individu, kebebasan dalam lapangan seni, dan hal-hal mengena soal individu, dan
seterusnya semata-mata menjadi "alat" kerana sebenarnya di dalam konsep kepercayaan sistem komunis adalah menurunkan
tarat dan darjat manusia menjadi lebih rendah dan haiwan, malah tidak lebih daripada menjadi alat sahaja!
Termasuk juga dalam kategori masyarakat jahiliyah ini ialah masyarakat penyembah berhala yang masih banyak kedapatan di
India, Jepun, Filipina dan juga di Afrika kerana:
Pertama:
Konsep dan iktikadnya yang mempertuhankan benda-benda yang lain daripada ALLAH SWT, baik sebagai sekutu Allah
atau berdiri sendiri dalam bentuk persembahan lambang-lambang dan syiar-syiar persembahan kepada dewa-dewa,
tukang-tukang tilik dan mahaguru-mahaguru dan apa jua selain daripada Allah yang dianggap mempunyai sifat ketuhanan juga
termasuk di dalamnya sistem-sistem peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-undang Allah,
sama ada peraturan dan undang-undang itu diambil dan kuil-kuil, pendeta-pendeta, sami-sami, bomoh-bomoh, tukang-tukang
tilik dan mahaguru-mahaguru, atau diambil daripada lembaga-lembaga dan badan-badan perundangan sekular yang
mempunyai kuasa perundangan tanpa berpandu kepada syariat Allah dengan pengertian bahawa lembaga-lembaga dan
badan-badan itu mempunyai kuasa parundangan tertinggi atas nama rakyat atau atas nama parti atau apa jua nama pun yang
demikian justeru kerana kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan dan hak milik mutlak Allah SWT yang tidak akan
boleh didapati melainkan melalui panduan dan jalan yang telah digariskan oleh rasul-rasul-Nya.
Termasuk dalam kategori masyarakat jahiliyah juga ialah masyarakat Yahudi dan Kristian di seluruh muka bumi ini kerana:
Pertama:
Konsep dan kepercayaan hidupnya yang menyeleweng dan terpesong, yang tidak mentauhidkan Allah swr dengan sifat-sifat
ketuhananNya, malah dijadikan bagi-Nya kongsi-kongsi dan sekutu-sekutu di dalam beragam bentuk kesyirikan, baik yang
berbentuk putera Suci (Tuhan) atau dalam bentuk tiga-tuhan (trinity) atau menggambarkan Allah SWT bukan dengan
gambaran yang sebenar, dan menggambarkan hubungan sifat-sifat Allah berlainan daripada yang sebenarnya.
Firman Allah:
Maksudnya: Dan berkatalah orang Yahudi: "Uzair itu anak Allah" dan berkatalah orang-orang Nasrani: "Isa [Al Masih] itu
anak Allah." Yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut-mulut mereka, menyerupai perkataan-perkataan orang
kafir yang dahulu; mudah-mudahan Allah binasakan mereka Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan [Attaubah: 30]
Maksudnya: Sesungguhnya telah kafirlah oran~orang yang berkata: bahawa Allah itu ialah yang ketiga daripada tiga [Tuhan]
pada hal tidak ada tuhan, melainkan Tuhan Yang Tunggal dan jika mereka tidak berhenti dan apa yang mereka katakan,
nescaya akan mengenai orang-orang kafir dan mereka itu azab yang pedih [Al Ma 'idah: 73]
Juga firman Allah:
Maksudnya: Dan orangorang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu," pada hal tangan-tangan merekalah yang
terbelenggu, dan dilaknatlah mereka dengan [sebab] apa yang telah mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah itu
terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana yang Ia suka [Al Maidah: 64)
serta firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani: "Kami hi anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.
'Tanyakanlah mereka: "Kalau begitu mengapakah Allah itu menyeksa kami dengan sebab dosa-dosa kamu? Bahkan kamu itu
manusia dan makhluk yang Ia jadikan.[Al Maidah 18]
Masyarakat Yahudi dan Kristian masuk di dalam kategori masyarakat jahiliyah dengan sebab bentuk, syiar dan juga
lambang-lambang keagamaan mereka yang berbentuk peribadatan, istiadat-istiadat dan upacara-upacara rasminya yang
tercetus daripada konsep dan kepercayaan yang menyeleweng dan sesat serta menyesatkan. Kemudian lagi masyarakat itu
menjadi masyarakat jahiliyah kerana sistem hidup, peraturan dan undang-undangnya yang tidak berdasar kepada pengabdian
diri kepada Allah SWT mengakui hak memerintah dan berkuasa hanya kepada Allah SWT dan tidak mengambil kekuasaan
daripada syariat dan panduan Ilahi; malah mereka dirikan badan-badan dan lembaga yang terdiri daripada manusia yang
diberi hak kekuasaan tertinggi, sedang hak kekuasaan tertinggi itu adalah kepunyaan mutlak Allah SWT dan sejak dahulu lagi.
Allah SWT telah cap mereka kutur dan syirik kerana mereka telah memberikan hak itu kepada para padri, pendeta dan rahib
agama mereka untuk membuat peraturan dan undang-undang dan pihak diri mereka (padri pendeta dan rahib) itu sendiri,
peraturan dan undang-undang yang mesti diterima dan dipatuhi oleh para penganut dan pengikut agama itu.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Mereka itu telah menjadikan padri-padri, pendeta-pendeta dan rahi~rahib agama mereka sebagal Tuhan-tuhan
selain daripada Allah dan juga mereka menjadikan Al Masih putera Maryam itu sebagai Tuhan sedangkan mereka tidak
diperintah melainkan supaya mereka menyembah Tuhan Yang Satu. Tuhan Yang tiada lagi Tuhan selaln daripada-Nya. Maha
sucilah Ia dan apa yang mereka sekutukan itu. [Baraah: 31]
Sedangkan orang Yahudi dan Nasrani tidak beriktikad dan menganggap para pendeta dan rahib agama mereka itu sebagai
Tuhan yang mereka sembah, juga mereka tidak melakukan ibadat kepada para pendeta dan rahib itu, mereka hanya sekadar
mengakui bahawa pendeta-pendeta dan rahib-rahib itu mempunyai hak dan kuasa dalam soal pemerintahan dan kekuasaan
negara, dan mereka patuh sahaja menerima apa yang diputuskan oleh para pendeta dan rahib itu, walaupun dalam perkara
yang tidak diizinkan oleh Allah sama sekali. Oleh sebab itulah mereka itu layak disifatkan sebaga syirik dan kufur.
Dan akhir sekali termasuklah juga di dalam kategori masyarakat jahiliyah itu masyarakat-masyarakat yang menganggap
bahawa mereka kononnya "Masyarakat Islam."
Masyarakat-masyarakat ini masuk ke dalam lingkungan ini tidak kerana ia percaya dan beriktikad seorang yang lain daripada
Allah sebagai mempunyai sifat ketuhanan; bukan pula kerana ia melakukan sebarang jenis ibadat kepada yang lain daripada
Allah; tapi ia termasuk di dalam kategori masyarakat jahiliyah kerana ia tidak menumpu dan membulatkan pengabdian dirinya
kepada Allah swt di dalam sistem hidupnya; dan ia -walaupun tidak beriktikad ketuhanan sesuatu apa pun yang lain daripada
Allah - tetapi ia telah memberikan salah satu sifat paling istimewa kepunyaan Allah swt kepada yang lain daripadanya-Nya,
lalu ia rela tunduk dan patuh kepada keputusan dan hukuman serta pemerintahan yang lain daripada Allah; dan ia menerima
segala peraturan dan undang-undangnya, nilai-nilai dan pertimbangannya, adat resam dan kebudayaannya dalam hampir
seluruh asas dan dasar kehidupannya.
Sedangkan Allah SWT telah pun berfirman mengenai sifat-sifat orang yang memerintah seperti itu:
Maksudnya: kerana barang siapa sahaja yang tidak menghukum dan memerintah dengan hukum [apa] yang diturunkan oleh
Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang kafir [Al Maidah: 44]
Juga Allah swt telah berfirman, mengenai sifat oran~orang yang diperintah (rakyat jelata).
Maksudnya: Tidakkah engkau fikirkan [kesesatan] orang-orang yang mendakwa bahawasanya mereka beriman kepada
~Al-Quran] yang diturunkan kepadamu dan kepada kitab yang diturunkan sebelummu, pada hal mereka suka hendak
berhakim kepada taghut [syaitan]? sedangkan mereka telah diperintahkan supaya kufur [engkar] kepadanya, tetapi syaitan
ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Dan apabila katakan kepada mereka: "Marilah [berhakim] kepada
hukum Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dan kepada [hukum] Rasul "Allah" engkau dapat lihat orang-orang munafiq itu
berpaling darimu dengan sungguh-sungguh. Tetapi bagaimana halnya apabila satu bahaya mengenai mereka dengan sebab apa
yang diperbuat oleh tangan-tangan mereka, kemudian mereka datang kepadamu bersumpah dengan nama Allah: "Kami tidak
maksudkan melainkan kebaikan dan perdamaian." Mereka itu ialah orang yang Allah telah tahu apa yang ada di dalam hati
mereka. Lantaran itu hendaklah engkau berpaling dan mereka tetapi nasihatilah mereka dan katakan kepada mereka
perkataan yang memberi kesan pada mengubah apa ada di hati-hati mereka. Dan Kami tidak utus seorang pun Rasul
melainkan untuk ditaati dengan izin Allah; dan jika mereka, sesudah menganiayai diri mereka sendiri, datang kepadamu, lalu
mereka minta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah itu Penerima
taubat, Penyayang. Tetapi tidak! Demi Tuhanmu mereka tidak disifat beriman ningga mereka jadikanmu sebagai hakim dalam
apa-apa yang mereka berselisihan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan di hati-hati mereka
tentang apa yang engkau telah putuskan serta mereka menerima keputusan dengan sepenuh penuhnya. [An Nisa' -65]
Maka sebagaimana Allah swt telah menyifatkan orang-orang Yahudi dan Nasrani tadi dengan sifat syirik dan kufur, serta
terpesong juga tersasul dan pengabdian diri kepada Allah, kerana mereka menjadikan padri-padri, pendeta-pendeta dan rahib
rahib mereka, sebagai tuhan-tuhan selain daripada ALLAH maka demikian jugalah halnya dengan orang-orang yang
menamakan diri mereka sebagai ORANG-ORANG ISLAM kepada pengikut-pengikut mereka. Dan Allah anggap orang
Nasrani itu syirik kerana menganggap Isa putera Maryam sebagai Tuhan yang mereka sembah dan mereka puja; itu sudah
bererti keluar dan sifat pengabdian kepada Allah dan juga dan pengakuan bahawa: tiada Tuhan melainkan Allah. Dan ini
(orang Islam) sama sahaja dengan mereka (Yahudi dan Nasrani), iaitu mengeluarkan diri daripada pengabdian kepada Allah
sahaja dan dengan demikian keluar daripada agama ini (Islam dan keluar daripada pengakuan: tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu utusan Allah (LA I LAHA I LLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Dan masyarakat itu, setengahnya ada pula yang mengaku berterus terang tentang sifat sekularnya dan menganggap bahawa
perkara-perkara duniawi itu di atas landasan "sains" semata-mata, dengan anggapan bahawa sains (benda) itu bertentangan
dengan benda-benda ghaib, sedangkan sangkaan itu adalah satu sangkaan karut yang hanya ada pada orang yang jahil sahaja.
Manakala sebahagian lagi masyarakat itu ada yang mengakui dan mematuhi pemerintahan praktikal yang lain daripada Allah
yang dapat membuat undang-undang mengikut kehendakrya sendiri, dan dirinya sendiri lalu mendakwa bahawa "inilah dia
pemerintahan Tuhan" sedangkan itu semua adalah sama-sama tidak berdiri di atas pengabdian diri kepada Allah SWT.
Jikalau ini telah ternyata, maka sikap Islam mengenal masyarakat-masyarakat jahiliyah itu semuanya adalah dapat ditegaskan
melalui ungkapan kata yang satu sahaja iaitu: "Bahawa Islam menolak dan tidak mengakui "keislaman" masyarakat itu
sepenuhnya;" dan menolak sahnya masyarakat itu mengikut nilai Islam.
Sesungguhnya Islam itu tidak memandang kepada simbol dan kepada judul yang ditonjolkan oleh masyarakat itu; kerana
semuanya itu berpadu di dalam suatu hakikat sahaja, iaitu: bahawa kehidupan di dalam masyarakat itu tidak tegak di atas
dasar pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan semuanya itu bertemu di dalam suatu hakikat yang menyatukannya,
semuanya, iaitu hakikat: Jahiliyah.
Dan ini membawa kita kepada persoalan yang penghabisan, iaitu jalan program Islam dalam menghadapi realiti umat manusia
seluruhnya hari ini, besok dan seterusnya hingga ke akhir zaman dan di sinilah amat berguna sekali huraian dan penjelasan kita
mengena 'bentuk masyarakat Islam" yang kita huraikan tadi tentang tabiat masyarakat lslam itu yang dibangunkan di atas asas
pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah swt di dalam semua urusan.
Sesungguhnya penegasan tabiat dan sifat ini akan dapat memberikan jawapan yang tepat mengenal pertanyaan berikut:
Apakah asal usul yang menjadi sandaran kepada hidup manusia? Adakah asal dan di atas apa hidup manusia itu ditegakkan?
Adakah asal agama Allah dan programnya untuk dihayati? Atau adakah asal itu bersandar kepada realiti hidup manusia 'itu
sendiri dalam bentuk yang bagaimanapun?
Sebenarnya Islam telah pun memberikan jawapan yang tegas dan nyata kepada pertanyaan-pertanyaan di atas itu, tanpa
keraguan dan dalih sesaat jua pun, iaitu bahawa asal usul segala sesuatu yang wajib dirujukkan segala sesuatu dan wajib
dipercayai ialah: agama Allah dan programnya untuk dihayati, iaitu pengakuan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH (LA ILLAHA ILLALLAH MUHAM-MADUR-RASULULLAH), itulah
rukun utama dalam Islam, yang tidak dapat ditegak dan ditunaikan semua rukun-rukun lain kecuali di atas usul ini dan
bahawasanya pengabdian diri kepada Allah serta kepatuhan menerimanya dalam bentuk dan cara mengambilnya daripada
Rasulullah SAW yang juga tidak akan sah kecuali apabila benar-benar diakui asal usul ini, disertai dengan kepatuhan
sungguh-sungguh dan tegas, tanpa dalih apa pun.
Firman Allan:
Maksudnya: Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah dengan sepenuhnya, dan apa-apa yang Ia
larang kamu, maka jauhilah seluruhnya [Al Has yr: 7].
Kemudian Islam menanyakan pula:
Maksudnya:Adakah kamu yang lebih mengetahui. Ataukah Allah yang lebib mengetahui?
dan Ia menjawab pula:
Maksudnya:Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.
dan:
Maksudnya: Dan kamu tidak dibenkan ilmu pengetahuan itu melainkan sedikit sahaja.
Allah Yang Maha Mengetahui, juga Yang Menjadikan segala sesuatu dan member rezeki mereka, ialah Tuhan Yang
Memerintah dan Menentukan dan agama-Nya yang menjadi panduan untuk dihayati adalah asal usul yang menjadi tempat
kembalinya segala sesuatu mengenal kehidupan. Adapun situasi kehidupan manusia, teori-teori dan mazhab-mazhab pemikiran
mereka boleh jadi menyeleweng dan rosak kerana ia tegak semata-mata di atas dasar ilmu pengetahuan manusia yang dangkal
dan cetek seperti yang disifatkan oleh Al-Quran sebagai dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit sahaja.
Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat
tegas dengan rangkaian yang kedua MUHAMMADUR-RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah terlingkung
di dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan nas (text)nya di dalam perkara-perkara pokok dan dasar.
Sekiranya di sana terdapat nas maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk ijtihad; tetapi
kalau di sana tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad, menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di
dalam panduan Allah SWT sendiri bukan menurut kecenderunqan hawa nafsu dan kemahuan manusia.
Firman Allah:
Maksudnya: Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan
Rasul [An Nisa': 59]
Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan distinbat juga telah digariskan dengan terang dan nyata dan
malah dikenal serta diketahui umum, bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak mengatakan
bahawa sesuatu yang dia putuskan itu "ini ketetapan Allah," yang dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu
sesuai dan secocok dengan apa yang digaris oleh Allah, dan bahawa sumber kekuasaan dan keputusan itu ialah Allah SWT,
bukan RAKYAT dan juga bukan PARTI, pun juga bukan sebarang manusia, segala apa jua pun hendaklah dirujukkan
kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah SWT; dan ini tidak akan
didapati oleh setiap orang pun yang ingin mendakwa dirinya mempunyai sebarang kuasa dengan menggunakan nama Allah,
seperti yang terkenal di Eronah pada suatu ketika yang lampau dengan nama TEOKRASI atau PEMERINTAHAN SUCI
dan hal-hal seperti ini tidak ada sedikitpun di dalam Islam, dan tiada seorang pun yang berhak atas nama Allah melainkan
Rasul-Nya SAW dan hanya di sana ada nas-nas tertentu yang menentukan apa yang diperintah oleh Allah SWT.
Sesungguhnya perkataan "agama untuk realiti" telah disalahgunakan dan disalahertikan. Memang benarlah bahawa agama itu
untuk realiti, tetapi realiti yang bagaimanakah?
Yang sebenarnya realiti yang boleh diterima itu ialah realiti yang telah ditumbuhkan oleh agama itu sendiri, mengikut panduan
dan jalannya, selaras dengan fitrah manusia yang semula jadi, yang melaksanakan keperluan-keperluan "'manusia" yang
sebenarnya. Keperluan-keperluan yang telah diputuskan oleh Allah yang menciptakannya kerana Allah Maha Mengetahui
tentang apa yang dijadikannya.
Firman Allah:
Maksudnya: Tidakkah [Tuhan] yang menjadikan itu tahu, sedangkan Ialah yang Halus, Yang Dasar! [Al Mulk 14]
Dan agama itu tidak menghadapi apa jua realiti untuk menerimanya begitu sahaja dan mencari sandaran daripada
hukum-hukumnya sendiri, dan untuk mencari sandaran daepada hukum syarak untuk dijadikan sebagai ungkapan kata yang
dipinjam! Tetapi agama itu menghadapi realiti untuk membuat pertimbangan sesuai dengan neracanya. Ia menerima apa yang
diterimanya dan memansukh apa yang dimansukhkannya; dan ia akan mengadakan suatu realiti yang lain kalau didapatinya
realiti yang sedang wujud itu tidak sesuai. Realiti yang dibikin oleh agama itulah realiti yang sebenarnya. lnilah pengertian yang
sebenarnya bahawa Islam itu agama untuk realiti; atau itulah yang sepetutnya dimengerti benar-benar.
Mungkin di sini timbul satu soalan pula: "Bukankan muslihat dan kepentingan umat manusia itu yang mesti membentuk realiti
untuk mereka?"
Dalam hal ini perlu kita kembali kepada pokok pangkal persoalan dan perlu kita kembali kepada pertanyaan yang dibuat dan
dijawab sendiri oleh Islam:
(adakan kamu yang lebih mengerti, ataukah Allah yang Lebih Mengetahui?)
dan: (Dan AllahIah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu).
Sesungguhnya muslihat dan kepentingan umat manusia itu sudah pun tercakup di dalam agama dan peraturan Allah, seperti
yang diturunkan Allah, dan seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya ternampak oleh manusia pada suatu
ketika bahawa muslihat mereka berlainan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, maka jelaskan bahawa manusia itu sesat
dan tersasul kerana beranggapan seperti itu.
Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang dinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal
sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dan Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat apa-apa
yang Ia mahu? Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia. [An Najm: 23-25].
Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Allah swt,
dan orang seperti itu tidak kekal di dalam Islam walau sesaat pun.