Literature/
Bahasa Malaysia Translation

Glossary


DUABELAS LANGKAH NARCOTICS ANONYMOUS

  1. Kami mengaku bahawa kami tiada daya upaya untuk mengatasi penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh lagi diurus.
  2. Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.
  3. Kami membuat keputusan untuk menyerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya.
  4. Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.
  5. Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.
  6. Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubahkan segala sifat-sifat kami yang buruk.
  7. Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.
  8. Kami menyenaraikan siapa yang telah kami aniaya dan rela untuk membetulkan kesalahan kepada mereka semua.
  9. Kami secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu di mana kami berpeluang, kecuali bila melakukanya akan menyakiti mereka atau yang lain.
  10. Kami dengan berterusan akan menyelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.
  11. Kami memohon melalui doa dan bertafakur untuk mengeratkan kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapanya dan keupayaan melakukanya.
  12. Setelah memperolehi keinsafan rohani kesan dari langkah-langkah di atas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih lain dan mengamalkan prinsip-prinsip ini di dalam segala urusan hidup kami.

DUA BELAS TRADISI NARCOTICS ANONYMOUS

Kami perolehi apa yang kami ada hanya dengan kewaspadaan. Kebebasan untuk setiap individu hanya diperolehi daripada Duabelas langkah, jadi kebebasan untuk kumpulan kami wujudnya daripada Duabelas Tradisi kami. Selagi ikatan yang menyatukan kami bersama lebih kukuh daripada yang akan memecah-belahkan kami, semuanya akan kekal sejahtera.

  1. Kebajikan kami bersama diutamakan, kepulihan peribadi bergantung pada perpaduan Kumpulan NA.
  2. Bagi maksud kumpulan kami hanya satu kuasa pemutus - Tuhan yang mengasihi sebagaimana yang dibuktikannya di dalam kata hati kumpulan kami (Group Conscience). Pemimpin kami hanya perkhidmat yang dipercayai, mereka tidak memerintah.
  3. Cuma satu syarat untuk menjadi ahli iaitu keinginan untuk berhenti mengguna.
  4. Setiap kumpulan seharusnya otonomi kecuali di dalam perkara yang melibatkan kumpulan lain atau NA keseluruhannya.
  5. Setiap kumpulan mempunyai satu tujuan utama iaitu untuk menyampaikan pesanan kepada penagih yang masih menderita.
  6. Kumpulan NA tidak harus menyokong, memberi, menerima wang atau meminjamkan nama NA kepada sebarang institusi berkaitan atau perniagaan luar, jangan sampai masalah kewangan, harta atau martabat memesongkan kami daripada tujuan utama.
  7. Setiap kumpulan NA seharusnya mampu menampung diri sepenuhnya tanpa menerima apa apa sumbangan dari luar.
  8. Narcotics Anonymous seharusnya terus kekal tidak profesional tetapi pusat perkhidmatan kami boleh mengambil pekerja-pekerja khas.
  9. NA sepertinya, tidak seharusnya tersusun, tetapi kami mungkin boleh mewujudkan lembaga perkhidmatan atau komiti yang secara terus bertanggungjawab kepada mereka yang diberi perkhidmatan.
  10. Narcotics Anonymous tidak berpendirian dengan isu luar; nama NA tidak seharusnya dikaitkan ke dalam pertikaian umum.
  11. Dasar perhubungan awam kami adalah berasas kepada daya tarikan bukanya secara promosi, kami perlu menjaga anonimiti peribadi di peringkat surat khabar, radio dan filem.
  12. Anonimiti adalah asas program kerohanian dari segala tradisi kami sentiasa memperingatkan kami untuk meletakkan prinsip-prinsip mendahului keperibadian.

HANYA UNTUK HARI INI

Pemikiran saya akan tertumpu di dalam perhubungan yang baru, mereka yang tidak mengguna serta menemui satu hidup cara baru. Selagi saya mengikuti cara ini, saya tidak perlu takut. Apabila kami mengikuti program Narcotics Anonymous, kami membuat keputusan untuk menyerahkan penghidupan kami kepada penjagaan (Tuhan). Penyerahan ini melepaskan beban masa lalu dan ketakutan di masa hadapan. Kurniaan yang ada pada hari ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Ketika ini kami menerima dan menikmati kehidupan sebenarnya. Apabila kami tidak mahu menerima kenyataan hidup sebenarnya, kami menafikan keyakinan terhadap Tuhan. Ini akan hanya menambahkan penderitaan.

Kami pelajari bahawa hari ini adalah satu kurniaan tanpa jaminan. Dengan berfikiran begini masa lalu dan masa depan tiada ertinya, yang penting ialah tindakan kita hari ini menjadi jelas bagi kita. Ini memudahkan penghidupan kami.

Apabila kami menumpukan pemikiran untuk hari ini, pemikiran yang dihantui oleh dadah akan hilang dan diterangi, oleh kenyataan yang baru. Kami dapati bahawa apabila di dalam kesusahan kita boleh meluahkan perasaan kami kepada seorang penagih yang kian pulih. Apabila berkongsi pengalaman masa lalu dengan penagih yang lain, kami dapati kami bukanlah unik, serta kami berkongsi ikatan yang sama. Berbual dengan ahli NA, sama ada untuk berkongsi penderitaan dan kesengsaraan yang sama kami alami sekarang ini serta mendengar mereka berkongsi, ialah satu cara Tuhan membantu kami.

Kami tidak perlu bimbang jika hari ini kita kekal bersih, hampir kepada Tuhan dan kawan-kawan NA. Tuhan telah memaafkan kita bagi kesilapan masa lalu dan esok belum tentu lagi. Bertafakur dan menyelidik diri sendiri akan membantu kami untuk memperolehi ketenangan dan pertunjuk bagi keseluruhan hari tersebut. Kami memberi sedikit masa dari penghidupan harian, untuk bersyukur kepada Tuhan sebagai mana yang kami fahami, kerana memberi kami keupayaan dalam menempuh hari ini.

“Hanya untuk hari ini” meliputi keseluruhan penghidupan kami, bukan sekadar mengambil dadah. Kenyataan perlu dihadapi setiap hari. Ramai daripada kita merasakan bahawa Tuhan tidak mengharapkan kita melakukan sesuatu di luar kemampuan kita, untuk hari ini.

Melaksanakan program Dua Belas Langkah NA, telah memberi kita satu pandangan yang baru terhadap kehidupan kita. Hari ini kita tidak perlu lagi membuat alasan siapa kami sebenarnya. Hubungan harian kami dengan Tuhan telah memenuhi kekosongan di dalam diri yang tidak pernah diisi sebelum ini. Kami memperolehi kepuasan untuk hidup hari ini. Dengan bimbingan dari Tuhan, kami hilang keinginan untuk mengguna. Kesempurnaan bukan lagi satu matlamat hari ini, kami boleh memperolehi sekadarnya.

Adalah penting untuk beringat bahawa mana-mana penagih yang boleh terus bersih untuk sehari ialah satu keajaiban. Menghadiri perjumpaan, melaksanakan langkah-langkah, bertafakur setiap hari, bercerita dengan mereka yang mengikuti program adalah perkara yang kami lakukan untuk mengekalkan jiwa yang bersih. Kehidupan bertanggungjawab boleh dilakukan.

Kita boleh menggantikan kesunyian dan kerisauan dengan kasih sayang persahabatan serta kesejahteraan dengan satu cara hidup baru. Kami tidak perlu bersendirian lagi. Dipersaudaraan, kami telah memperolehi lebih ramai kawan yang sebenarnya daripada apa yang dijangkakan. Perasaan sakit dan kasihan diri akan diganti dengan perasaan bertolak-ansur dan keyakinan. Kami telah memperolehi kebebasan, ketenangan dan kegembiraan yang amat diingini.

Banyak perkara yang terjadi dalam satu hari, positif dan negatif. Jika kita tidak menggunakan masa untuk menghargainya, kita akan kehilangan sesuatu yang akan membantu kita untuk maju. Prinsip-prinsip untuk hidup akan membimbing kami di dalam pemulihan apabila melakukanya. Kami dapati adalah perlu untuk berterusan melakukanya pada setiap hari.


MENGKEKALKAN BERSIH DILUAR

Kebanyakkan dari kita mula sekali mendengar pesanan pemulihan Narcotic Anonymous ketika di hospital, penjara atau institusi yang berkaitan. Perubahan daripada tempat tersebut ke dunia luar bukalanlah mudah di dalam apa jua keadaan. Ini amatlah benar apabila kita tercabar dengan perubahan yang diperolehi dari pemulihan. Bagi kebanyakkan kita, di awal pemulihan memang payah menghadapi kemungkinan hidup tanpa dadah, ia boleh menjadi amat menakutkan. Tetapi bagi kita yang telah dapat menempuh di awal pemulihan mendapati penghidupan yang lebih bermakna. Risalah ini ditawarkan sebagai satu pesanan harapan kepada mereka yang berada di hospital, penjara atau institusi, abda juga boleh pulih dan hidup bebas. Ramai dari kami pernah berada di mana anda berada sekarang. Kami telah mencuba berbagai cara lain untuk pulih. Kami telah menulis risalah ini untuk berkongsi dengan anda apa yang telah kami dapati berkesan.

Sekiranya anda mampu untuk menghadiri perjumpaan ketika di hospital, penjara atau institusi, anda boleh mula membina tabiat yang baik sekarang. Datang awal dan duduk lama di perjumpaan. Mulakan secepat mungkin untuk mewujudkan perhubungan dengan penagih yang kain pulih. Sekiranya terdapat ahli N.A. daripada Kumpulan lain menghadiri perjumpaan anda, minta nombor talipon mereka dan hubungi mereka. Menghubungi nombor talipon ini akan terasa tidak biasa pada mulanya - malahan terasa bodoh. Tetapi, mengetahui bahawa pengasingan ialah teras penyakit penagihan, panggilan talipon yang mula itu adalah satu langkah besar kehadapan. Ianya tidak perlu menunggu sehingga timbul satu masaalah besar sebelum memanggil sesaorang di dalam N.A. Kebanyakkan ahli adalah lebih dari sudi untuk membantu di dalam apa jua cara yang termampu. Ini juga satu masa yang baik untuk mengatur dengan ahli N.A. supaya menemui anda ketika dibebaskan. Jika anda telah mengenali sebahagian mereka yang ditemui di perjumpaan apabila anda dibebaskan, ia akan membantu anda merasai sebagai sebahagian dari persaudaraan N.A. Kita tidak mampu untuk jadi atau merasai terasing.

Mengekalkan bersih di luar bermaksud mengambil tindakan. Apabila anda keluar, pergi ke perjumpaan di hari pertama ada di bebaskan. Ini adalah mustahak untuk mewujudkan satu tabiat kehadiran yang berterusan. Kekeliruan dan keghairahan yang "hanya untuk bebas" telah melalaikan setengah dari kita dengan berfikiran mengambil satu kerehatan dari tanggung jawab kita sebelum benar benar melakukan penghidupan harian. Berfikiran beginilah yang telah mendorong ramai dari kita kembali mengguna. Penagihan adalah satu penyakit yang sentasa berkembang. Sekiranya ia tidak dikawal, ia hanya akan menjadi lebih teruk. Apa yang kita lakukan untuk pemulihan hari ini tidak memastikan pemulihan kita esok. adalah satu kesilapan untuk beranggapan bahawa niat yang baik untuk berada di N.A. bagi beberapa ketika akan mencukupi. Kita perlu mengukuhkan niat baik kita dengan tindakkan, lebih awal lebih baik.

Jika anda akan tinggal di bandar yang lain setelah dibebaskan, minta dari ahli N.A. satu senarai perjumpaan dan nombor talian bantuan N.A. di kawasan baru anda. Mereka akan dapat membantu anda berjumpa dengan ahli dan kumpulan N.A. di mana anda tinggal. Anda juga boleh memperolehi maklumat mengenai perjumpaan di seluruh dunia dengan menulis kepada:

Group Services Office, P.O.Box 9999
Van Nuys, CA 91409.

Penajaan adalah satu bahagian yang penting di program pemulihan N.A. Ia adalah salah satu cara utama yang mana saudara baru boleh mengambil faedah dari pengalaman ahli N.A. yang menjalani program. Penaja boleh mengambil berat tentang kesejahteraan kita dan berkongsi pengalaman penagihan serta mempunyai pengetahuan pemulihan N.A. yang mantap. Kami dapati ianya lebih baik untuk mencari seorang penaja yang sama jantina. Pilih seorang penaja, walaupun untuk sementara dengan secepat mungkin. Seorang penaja membantu anda melaksanakan Dua Belas Langkah dan Dua Belas Tradisi N.A. Seorang penaja juga boleh memperkenalkan anda kepada ahli N.A. yang lain, membawa anda ke perjumpaan dan membantu anda untuk merasa lebih selesa di dalam pemulihan. Risalah penajaan (sponsorship) kami mengandungi maklumat tambahan di dalam perkara ini.

Jika kita ingin memperolehi faedah dari program N.A., kita mesti melaksanakan Dua Belas Langkah. Di samping menghadiri perjumpaan dengan berterusan, Langkah langkah ini adalah asas kepada program pemulihan penagihan. Kami dapati bahawa melaksanakan langkah langkah ini dengan teratur dan berterusan melaksanakannya semula, memelihara kita daripada berulang kepada penagihan dan penderitaannya. Terdapat berbagai risalah pemulihan N.A. "The Little White Booklet" dan Basic Text" kami, "Narcotics Anonymous", Mengandungi prinsip prinsip pemulihan di dalam persaudaraan kami. Biasakan diri anda dengan program ini melalui risalah kami. Membaca tentang pemulihan adalah satu bahagian yang penting di dalam program kami, terutama apabila tiada perjumpaan atau ahli N.A. yang lain mungkin tidak dihubungi. Ramai dari kami dapati bahawa membaca risalah N.A. pada setiap hari telah membantu kami memelihara satu sikap yang positif serta tumpuan kami yang tetap terhadap pemulihan.

Apabila anda pergi ke perjumpaan, libatkan diri dengan kumpulan yang anda hadiri. Mengosongkan tempat habuk rokok, membantu persediaan, membuat kopi, mengemas selepas perjumpaan - esmua tugas ini perlu dilakukan untuk Kumpulan ini berfungsi. Beritahu orang lain bahawa anda rela untuk membantu dan menjadi sebahagian dari Kumpulan ini. Mengambil bahagian di dalam tanggung jawab tersebut adalah sebahagian yang diperlukan di dalam pemulihan dan membantu menentangi perasaan terasing yang boleh melanda kita. Komitmen tersebut, walaupun dilihat kecil, mungkin membantu memastikan kehadiran di perjumpaan apabila keinginan untuk hadir luntur di sebalik keperluan untuk hadir.

Ianya tidak terlalu awal untuk mengujudkan program harian peribadi. Mengambil tindakkan harian ialah cara kita mengambil tanggung jawab untuk pemulihan kita. Di sebalik keinginan untuk mengambil dadah yang mula mula, kita lakukan yang berikut;

Kita telah membincangkan sebahagian daripada perkara untuk dilaksanakan supaya kekal bersih; Kita juga harus berbincang mengenai perkara yang perlu dielak. Di perjumpaan N.A. kita selalu dengar bahawa kita mesti mengubah cara penghidupan lama kita. Ini bermaksud kita jangan menggunakan dadah walau apa jua pun! Kami juga dapati bahawa kita tidak mampu untuk selalu be bar dan kelab hiburan atau bergaul dengan mereka yang masih menggunakan dadah. Apabila kita membenarkan diri untuk menagih semula. Di dalam penyakit penagihan, kita tidak berupaya. Tempat tersebut dan mereka itu tidak pernah membantu kita kekal bersih sebelum ini. Adalah bodoh untuk berfikir bahawa ia adalah berbeza sekarang.

Bagi seorang penagih, tidak ada ganti dalam persaudaraan yang giat melaksanakan pemulihan. Ianya penting untuk memberi diri anda peluang dan memberi pemulihan kita satu kesempatan. Terdapat ramai kawan baru yang menanti.

Sebahagian dari kita perlu membetulkan pengharapan terhadap satu kehidupan yang berlainan apabila kita dibebaskan. Nacotics Anonymous tidak mempunyai keajaiban merubah dunia di sekeliling kita. Ia dapat menawarkan kita kehidupan yang berlainan di dunia dengan mengubah diri sendiri. Kita mungkin dapati setengah keadaan yang tidak berbeza dengan dahulu tetapi, melalui program Nacotics Anonymous kita boleh mengubah cara bertindak terhadapnya. Mengubah diri sendiri akan merubahkan kehidupan kita.

Kami ingin ada tahu bahawa anda dialu alukan di Nacotics Anonymous. N.A. telah membantu beratus ribu penagih untuk hidup bersih, untuk menerima hidup dalam ertikata yang benar dan untuk membina satu penghidupan yang benar benar bermakna.


DOA KETENANGAN

Tuhan Kurniakanlah Aku Ketenangan Untuk Menerima Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Aku Ubah, Kekuatan Untuk Mengubah Perkara-Perkara Yang Aku Boleh, Serta Kebijaksaan Untuk Membezakannya.


UNTUK SAHABAT BARU

N.A. ialah satu persahabatan yang tidak berasaskan keuntungan masyarakat lelaki dan perempuan yang mana dadah telah menjadi masalah utama. Kami adalah penagih yang kian pulih dan kerap bertemu untuk membantu antara satu sama lain kekal bersih. Tiada bayaran atau yuran yang dikenakan. Cuma satu syarat untuk menjadi ahli iaitu keinginan untuk berhenti mengguna.

Anda tidak perlu bersih apabila menghadiri perjumpaan, tetapi setelah perjumpaan yang pertama, kami mencadangkan supaya anda terus datang dan datang bersih. Anda tidak perlu tunggu sehingga "overdose" atau dihukum penjara untuk mendapat pertolongan dari N.A., atau pun penagihan atu keadaan yang tidak mempunyai harapan untuk pulih. Keinginan untuk menggunakan dadah mungkin dapat diatasi dengan pertolongan program Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous dan persahabatan dengan penagih yang kian pulih.

Penagihan ialah satu penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa saja. Setengah daripada kami mengguna dadah untuk menikmatinya, sementara yang lain untuk menghilangkan perasaan yang sedia ada. Manakala yang lain menderita daripada fizikal atau penyakit mental dan menjadi penagih kepada penglinatan yang diberi semasa sakit. Sebahagian dari kita mengikut mereka yang menggunakan dadah beberapa kali hanya untuk diterima dan kemudiannya mendapati bahawa kita tidak boleh berhenti. Ramai daripada kita cuba untuk mengatasi penagihan dan kadangkala boleh diringankan buat sementara wakyu, tetapi ia selalunya diikuti dengan penglibatan yang lebih teruk daripada sebelumnya.

Apa jua keadaannya, ia langsung tidak dikira. Penagihan ialah penyakit yang bertambah teruk seperti kencing manis. Kita alah kepada dadah. Penghujungnya selalunya sama: penjara, pusat atau maut. Jika penghidupan telah menjadi tidak terurus dan anda inginkan hidup tanpa menggunakan dadah. Kami telah menemui caranya. Ini ialah Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous yang kami gunakan pada setiap hari untuk membantu mengatasi penyakit kami.

  1. Kami mengaku, bahawa kami tiada daya upaya untuk mengatasi penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh diurus.
  2. Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.
  3. Kami membuat keputusan untuk menyerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaiman kami memahamiNya.
  4. Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.
  5. Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.
  6. Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubahkan segala sifat sifat kami yang buruk.
  7. Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.
  8. Kami menyenaraikan sesiapa yang telah kami aniaya, dan rela untuk membetulkan kesalahan kepada mereka semua.
  9. Kami dengan secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu dimana kami berpeluang, kecuali bila melakukannya akan menyakiti mereka atau yang lain.
  10. Kami dengan berterusan akan menyelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.
  11. Kami memohon melalui doa dan bertafakur untuk mengeratkan kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapannya dan keupayaan melakukannya.
  12. Setelah memperolehi keinsafan rohani, kesan dari langkah langkah diatas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih penagih lain dan mengamalkan prinsip prinsip ini didalam segala urusan hidup kami.

Pemulihan bukan berhenti dan bersih. Apabila kita meninggalkan semua dadah (bermakna arak dan ganja juga) kita akan menghadapi perasaan yang tidak pernah dapat diatasi dengan jayanya. Kita juga akan mengalami perasaan yang tidak dapat dirasai pada masa lalu. Kita mesti bersedia untuk menghadapi perasaan yang lama serta baru yang mendatang.

Kami belajar mengalami perasaan dan menyedari bahawa perasaan ini tidak boleh melukakan kecuali kami bertindak terhadapnya. Daripada bertindak terhadapanya, kami menghubungi ahli N.A. jika mempunyai perasaan yang kami tidak boleh hadapi. Dengan berkongsi kami belajar untuk mengatasinya. Kemungkinan mereka mempunyai pengalaman yang sama dan dapat berkongsi apa yang berkesan untuk mereka. Ingat, seorang penagih yang keseorangan berada dalam kumpulan yang tidak baik.

Semua perasaan perasaan ini dapat kami hadapi dengan bantuan Dua Belas Langkah, kawan kawan baru dan penaja (sponsor). Dalam N.A., kegembiraan kami akan bertambah dan kedukaan kami akan berkurangan bila ianya dikongsi. Buat pertama kali didalam penghidupan kami, kami tidak perlu menghadapinya bersendirian. Kini dengan kumpulan ini, kami boleh memgujudkan hubungan dengan Tuhan sebagaimana kami memahaminya yang berada bersama kami.

Kami mencadangkan anda mencari seorang penaja (sponsor) secepat mungkin, setelah berkenalan dengan ahli ahli dikawasan anda. Untuk menjadi seorang penaja (sponsor) kepada sahabat baru adalah satu kelebihan, jadi jangan teragak agak untuk meminta. Penajaan (sponsorship) adalah satu pengalaman yang berfeadah bagi kedua duanya. Kami disini untuk membantu dan dibantu. Kami yang sedang dalam pemulihan mesti berkongsi apa yang kami telah pelajari supaya dapat memilihara perkembangan didalam program N.A. dan berkemampuan untuk berfungsi tanpa dadah.

Program ini menawarkan harapan. Apa yang ada perlukan ialah keinginan untuk berhenti mengguna dan kemahuan untuk mencuba penghidupan baru ini. Hadiri perjumpaan, dengar dengan pemikiran terbuka, bertanya, mengambil nombor talipon serta menggunakannya. Kekal bersih untuk hari ini.

Kami juga meningatkan anda bahawa program ini adalah ananymous dan anonminiti anda berada dalam kerashiaan. "Kami tidak berminat tentang apa atau berapa banyak yang telah anda gunakan atau siapa hubungan anda, apa yang telah anda lakukan dimasa yang lalu, berapa banyak atau kurang anda miliki, tetapi apa yang anda harus lakukan tentang masalah anda dan bagaimana kami dapat membantu."


Siapa, Apa, Mengapa & Bagaimana
Siapa Seorang Penagih?

Kebanyakan daripada kami tidak perlu berfikir dua kali tentang persoalan ini. KAMI PASTI TAHU. Keseluruhan kehidupan dan gaya pemikiran kami dikuasai oleh dadah dalam satu bentuk atau lain, berbagai cara dan usaha digunakan untuk mendapat, menggunakan dan mencari jalan supaya memperolehinya dengan lebih. Kami hidup untuk mengguna dan guna untuk hidup. Dengan ringkasnya, seorang penagih adalah lelaki atau perempuan di mana kehidupanya telah dikuasai oleh dadah. Kami adalah manusia di dalam cengkaman sejenis penyakit yang berterusan dan progresif di mana kesudahanya adalah sama; penjara, institusi dan maut. Apakah Program "Narcotics Anonymous"?

NA adalah satu persahabatan tanpa keuntungan atau masyarakat lelaki dan perempuan, di mana dadah telah menjadi masalah yang utama. Kami adalah penagih yang kian pulih dan kerap bertemu untuk membantu antara satu sama lain, kekal bersih. Ini adalah satu program keseluruhan untuk menjauhkan diri daripada sebarang jenis dadah. Cuma satu syarat untuk menjadi ahli, iaitu keinginan untuk berhenti mengguna. Kami mencadangkan supaya anda berfikiran terbuka dan memberi diri anda peluang. Program kami merupakan prinsip-prinsip yang mudah dan telah direka supaya kita boleh mengamalkanya di dalam kehidupan harian. Perkara yang paling mustahak mengenainya ialah ia berkesan.

NA tiada pertalian dengan sebarang pertubuhan, tiada bayaran atau yuran yang dikenakan, tiada ikrar yang perlu ditanda tangani atau perjanjian pada sesiapa pun. Kami tidak terikat dengan apa-apa unsur politik, agama atau undang-undang dan tidak tertakluk kepada pengawasan pada setiap masa. Sesiapa saja boleh menyertai kami tanpa mengira umur, bangsa, jantina, kecenderungan sek, kepercayaan, beragama atau tidak mengamalkan agama.

Kami tidak berminat tentang apa atau berapa banyak yang telah anda gunakan atau siapa hubungan anda, apa yang telah anda lakukan di masa yang lalu, berapa banyak atau kurang anda miliki tetapi apa yang anda harus lakukan tentang masalah anda dan bagaimana kami dapat membantunya. Saudara baru adalah orang terpenting di dalam setiap perjumpaan kerana kami dapat mengekalkan apa yang ada pada kami dengan cara menyampaikan pada orang lain. Kami telah pelajari dari pengalaman kumpulan ini, iaitu sesiapa yang selalu menghadiri perjumpaan kami sentiasa bersih.

Mengapa Kami Disini?
Sebelum menghadiri persaudaraan NA kehidupan kami tidak terurus. Kami tidak boleh hidup dan menikmati kehidupan sebagaimana orang lain. Kami memerlukan sesuatu yang berlainan dan menyangka telah menjumpainya dalam dadah. Kami mengutamakan penggunaan dadah daripada kebajikan keluarga, isteri, suami dan juga anak kami. Kami terpaksa memerlukan dadah walau apa jua pun. Kami telah banyak menyakiti orang lain tetapi akhirnya kami menyakiti diri sendiri. Melalui ketidak keupayaan untuk menerima tanggungjawab diri kami sebenarnya telah mencipta masalah sendiri. Kami tidak mampu menghadapi penghidupan dalam erti kata hidup. Kebanyakan daripada kami sedar bahawa di dalam penagihan, kami membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan, tetapi penagihan adalah satu musuh yang pintar dan belit di dalam kehidupan sehinggakan kami hilang upaya untuk melakukan apa-apa. Ramai di antara kami berkesudahan di penjara atau mencari pertolongan melalui ubat-ubatan, agama dan pakar sakit jiwa. Kesemua cara-cara ini tidak mencukupi untuk kami. Penyakit kami selalu berulang semula atau berterusan sehingga dengan nekad kami mencari pertolongan antara satu sama lain di dalam "Narcotics Anonymous" Setelah menghadiri NA kami sedar bahawa sebenarnya kami adalah orang yang sakit. Kami menderita dari satu penyakit di mana diketahui bahawa tiada yang boleh menyembuhkannya. Walau bagaimana pun ianya boleh dibendung pada satu masa dan kepulihan boleh berlaku.

Bagaimana Ianya Berkesan.
Sekiranya anda ingin apa yang kami tawarkan dan rela untuk berusaha demi mendapatkanya maka anda bersedia untuk mengambil beberapa langkah tertentu. Ini merupakan prinsip-prinsip yang membolehkan kepulihan kita berlaku.

  1. Kami mengaku bahawa kami tiada daya upaya di atas penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh lagi diurus.
  2. Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.
  3. Kami membuat keputusan untuk menyerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya.
  4. Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.
  5. Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.
  6. Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubahkan segala sifat-sifat kami yang buruk.
  7. Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.
  8. Kami menyenaraikan siapa yang telah kami aniaya dan rela untuk membetulkan kesalahan kepada mereka semua.
  9. Kami secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu di mana kami berpeluang, kecuali bila melakukanya akan menyakiti mereka atau yang lain.
  10. Kami dengan berterusan akan menyelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.
  11. Kami memohon melalui doa dan bertafakur untuk membaiki kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapanya dan keupayaan melakukanya.
  12. Setelah memperolehi keinsafan rohani kesan dari langkah-langkah di atas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih lain dan mengamalkan prinsip-prinsip ini di dalam segala urusan hidup kami.

Ini berbunyi seperti satu perintah berat dan kami tidak boleh melakukanya dalam satu masa. Kami tidak menjadi penagih dalam masa satu hari jadi beringat; buat apa yang mudah.

Terdapat satu perkara yang melebihi segalanya yang akan menggagalkan kami di dalam pemulihan kami, iaitu satu sikap tidak ambil peduli atau tidak boleh bertolak-ansur terhadap prinsip-prinsip kerohanian. Tiga perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah kejujuran, berfikiran terbuka dan kerelaan hati. Dengan semua ini kami akan selamat dalam perjalanan hidup kami.

Kami merasakan bahawa pendekatan terhadap penyakit penagihan adalah benar-benar munasabah. Bagi nilai terapeutik seorang penagih membantu antara satu sama lain adalah tanpa bandingan. Kami rasa bahawa cara kami adalah praktikal kerana seseorang penagih lebih memahami dan dapat membantu seorang penagih yang lain. Kami percaya lebih cepat kami menghadapi masalah di dalam masyarakat, dalam penghidupan harian, maka adalah lebih cepat kami diterima, bertanggungjawab dan menjadi ahli yang produktif di dalam masyarakat.

Cuma satu cara untuk mengelakan daripada berulang kembali menagih, iaitu supaya jangan sesekali mengguna dadah yang mula-mula. Jikalau anda seperti kami, anda mengetahui bahawa "satu itu terlalu banyak dan seribu itu tidak pernah mencukupi". Kami memberi penekanan yang penting tentang perkara ini kerana kami tahu apabila kami menggunakan dadah dalam apa jua bentuk atau gantian yang lain, kami melepaskan penagihan berulang kembali.

Memikirkan bahawa arak sebagai berlainan dari dadah telah menyebabkan ramai penagih menagih semula. Sebelum kami menghadiri NA, kebanyakan dari kami memandang arak berlainan tetapi kami tidak mampu terkeliru mengenai ini. Arak adalah satu jenis dadah, kami adalah orang yang berpenyakit ketagihan, di mana kami mesti menjauhi daripada segala jenis dadah supaya kepulihan boleh dicapai.


1