Jalan balak

 
Jalan balak merupakan jalan alternatif ke kampung-kampung di Hulu Tembeling. Jalan ini wujud kerana pesatnya aktiviti pembalakan di kawasan ini.

Terdapat 2 jalan balak utama ke Hulu tembeling. Satu jalan melalui Sungai Retang dan Kuala Tahan. Jalan ke dua ialah melalui Lepar Utara.

Perjalanan menggunakan jalan balak ini mengambil masa antara 4-5 jam (cuma jimat 1-2 jam sahaja daripada perjalanan menggunakan bot). Jika cuaca baik dan jalan kering, semua jenis kenderaan boleh melalui jalan ini, tetapi ketahanan atau jangkahayat sesebuah kenderaan yang bukan pacuan empat roda (4WD) sudah pasti semakin pendek. 4WD yang sesuai mestilah mempunyai tayar yang berbunga kasar.

Jalan balak ini bengkang-bengkok, berbukit bukau dan di musim kering, sangat berdebu. Perjalanan ini juga bahaya kerana kehadiran lori-lori balak yang tidak pernah putus.

Di sini, tiada traffic light dan tiada undang-undang. Apabila bergerak ke pedalaman, gunakan jalan sebelah gaung dan apabila ke luar (bandar), gunakan jalan sebelah bukit; bukan "left or right hand drive". Ikut "undang-undang" ini, dan kita akan selamat, insyaAllah.

 

Home ] Up ]

Sign My Guestbook Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR View My Guestbook  
Due to some problem, all my previous Guestbook entries are gone!!

Jerantut Health Department, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Tel: 6 09 2661905, Fax: 6 09 2665430. All that have been mentioned are based on my personal experience in Jerantut. Should you have any comment or suggestion, please email me at drj@pd.jaring.my or visit me at www.mohtrg.gov.my (Terengganu State Health Department Homepage).
Last updated: Monday, 18 September 2000

1