Klinik Kesihatan Damak

Klinik Kesihatan Damak

wpe1B.jpg (11811 bytes)Klinik ini pada asasnya terdiri dari 2 bangunan iaitu satu bangunan untuk Klinik Pesakit Luar dan satu lagi untuk Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Terdapat 4 buah Klinik Desa yang berada di bawah penjagaannya iaitu KD sungai Lekok, KD Kg. Baru, KD Ulu Cheka dan KD Batu Balai.

wpe1D.jpg (15448 bytes)Klinik ini terletak kira-kira 26 km atau setengah jam menggunakan kereta dari Bandar Jerantut. Kedudukannya adalah di antara balai Penghulu Mukim Ulu Cheka dan Pondok Polis Damak. Keluasan kawasan operasi klinik ini adalah kira-kira 296 batu persegi (766 km persegi) bermula dari Sg. Lekok hinggalah ke Kg.Sempadan.

Seperti klinik-klinik kesihatan yang lain, Klinik Kesihatan Damak memberikan perkhidmatan kesihatan asas seperti Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Pesakit Luar, Klinik Perancang Keluarga, pemeriksaan darah dan air kencing, Kesihatan Alam Sekitar dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

ABC atau Pusat Bersalin Risiko Rendah adalah antara perkhidmatan yang ada di Klinik Kesihatan Damak. Pusat ini telah siap dibina pada awal 1996 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997. Pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyambut kelahiran yang tidak bermasalah semasa hamil. Ia juga dapat memberi kemudahan kepada ibu yang tidak mampu pergi kehospital, tinggal jauh dipendalaman, keadaan rumah yang tidak sesuai untuk menyambut kelahiran.

wpe1E.jpg (7766 bytes)Selain daripada masyarakat Melayu, Cina dan India, perkhidmatan kesihatan juga diberi kepada masyarakat Orang Asli. Satu pasukan khas telah ditubuh untuk mempastikan masyarakat pribumi ini juga mendapat perkhidmatan kesihatan yang sempurna. Pasukan ini terdiri daripada seorang Pembantu Perubatan, seorang Jururawat Terlatih, seorang atendan dan pemandu.

Pasukan ini akan bergerak ke kawasan perkampungan orang asli samada di pinggiran atau pedalaman. Perkhidmatan yang diberi meliputi Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Pesakit Luar dan Pencegahan atau Kawalan Penyakit Berjangkit seperti kawalan malaria dan filaria. Perkhidmatan pergigian juga diadakan sekali setiap bulan oleh Klinik Pergigian Jerantut.

Home ] Up ] Klinik Kesihatan Kuala Tembeling ] [ Klinik Kesihatan Damak ]

Home ] Up ]

Sign My Guestbook Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR View My Guestbook  
Due to some problem, all my previous Guestbook entries are gone!!

Jerantut Health Department, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Tel: 6 09 2661905, Fax: 6 09 2665430. All that have been mentioned are based on my personal experience in Jerantut. Should you have any comment or suggestion, please email me at drj@pd.jaring.my or visit me at www.mohtrg.gov.my (Terengganu State Health Department Homepage).
Last updated: Monday, 18 September 2000

1