Daerah Jerantut merupakan
daerah terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu
persegi.
(755,771.93 hektar). Ianya bersempadan dengan negeri Kelantan dan Terengganu di
Utara,
daerah Temerloh dan Maran di Selatan, daerah Lipis dan Raub di Barat dan daerah Kuantan di
Timur. Di daerah ini juga terdapat Taman Negara yang terkenal dengan keindahan alam
semulajadinya. Bandar
utama ialah bandar Jerantut. Ianya terletak 200 km dari Kuantan dan 300 km dari Kuala
Lumpur. Sungai
Tembeling adalah sungai utama di sini. Percantuman Sungai Tembeling dan Sungai Jelai
membentuk Sungai Pahang.
Dari segi sejarah, Jerantut terkenal dengan pahlawan
unggul, Mat Kilau.
Penduduk daerah Jerantut pada tahun 1996 berjumlah
seramai 83,699 orang terdiri daripada Melayu 66,516 orang (79.47%), Cina 10,931 orang
(13.06%), India 3,214 orang (3.84%), orang Asli 1809 dan bukan Warganegara 2,059 orang
(2.46%).
Daerah Jerantut terbahagi kepada 10 Mukim seperti
jadual sebelah.
Sebahagian besar daripada Daerah Jerantut iaitu
74.7% adalah terdiri daripada kawasan hutan yang meliputi kawasan Hutan Simpan dan Taman
Negara.
Pejabat Kesihatan Jerantut mula beroperasi pada tahun
1967. Pada masa sekarang pejabat ini beroperasi di pejabat lama Jabatan Kerja Raya
Jerantut yang disewa dari Kerajaan Negeri Pahang. Sehingga sekarang, Jabatan ini
memberikan pelbagai Perkhidmatan Kesihatan di bandar dan luar bandar.