MAKLUMAT MENGENAI
VIRUS COXSACKIE
APA ANDA PERLU TAHU, APA ANDA BOLEH LAKUKAN
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda jangkitan Coxsackie, bawa mereka ke klinik/hospital dengan segera untuk rawatan.
KANDUNGAN
APAKAH VIRUS COXSACKIE ?
BAGAIMANA VIRUS INI MEREPAK ?
TANDA DAN GEJALA
BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN COXSACKIE ?
KOMPLIKASI
APAKAH VIRUS COXSACKIE
?
Virus Coxsackie adalah sejenis virus yang boleh menjangkit sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun. Virus ini mudah tersebar di dalam keadaan panas dan kering. Virus ini stabil untuk tempoh masa yang panjang dalam bahan organik yang lembab dan air yang tercemar.Jangkitan virus ini berlaku di kerongkong,anak tekak(tonsil),tangan,kaki dan kawasan lampin bentuk ruam dengan lepuh (blister).
BALIK KE KANDUNGAN
TANDA DAN GEJALA
Penyakit ini menyerupai selsema dengan ruam. Tanda-tanda jangkitan ini ialah :
DEMAM
SAKIT KERONGKONG
SAKIT KEPALA
HILANG SELERA MAKAN
ULSER DI TEKAK DAN MULUT
RUAM DENGAN LEPUH(BLISTER) DI TAPAK TANGAN,KAKI DAN LAMPIN
BALIK KE KANDUNGAN
KOMPLIKASI
Seseorang yang dijangkiti virus Coxsackie akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari setelah terdedah kepada kuman ini.Kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit mnejadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adakah komplikasi.
Jangkitan ini mungkin menyebabkan komplikasi seperti sakit otot(miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung(myocarditis) yang boleh menyebebkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.
BALIK KE KANDUNGAN
BAGAIMANA VIRUS INI MEREPAK ?
Cara utama penyebaran virus ini ialah melalui pengambilan makanan dan minuman yang dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh terjadi melalui sentuhan tangan, lalat, lipas atau tikus yang memindahkan virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara/lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabila mereka batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus ini boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuhan pada lepuh kulit pesakit.
BALIK KE KANDUNGAN
BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN COXSACKIE ?
Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu, pencegahan adalah amat penting.
Jangkitan ini boleh dicegah dengan cara berikut :
Selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas,sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan selepas mencuci najis kanak- kanak.
Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
Mencuci alat mainan kanak-kanak dan permukaan (surface) meja/kerusi/lantai dan sebagainya yang telah dicemari air liur.
Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan ini harus ditegah dari menghadiri tadika,tabika,sekolah, dan rumah pengasuh dan perlu dibawa ke hospital/klinik dengan segera.
Ibu bapa dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli- belah,pawagam,kolam renang,pasar,stesyen bas dan sebagainya
.
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mandi dan menukarkan pakaian sebaik saja balik dari luar/kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak-anak mereka.
Bawa anak-anak ke hospital/klinik berhampiran dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan virus Coxsackie.
Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan virus melalui lalat,lipas dan tikus.
BALIK KE KANDUNGAN
TINDAKAN ANDA
BOLEH MEMBANTU
MENGAWAL JANGKITAN
VIRUS COXSACKIE
Maklumat-maklumat di atas diambil dari sumber Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumat lain..
HAZE,HAZE,HAZE....
TERIMA KASIH ! ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE-
MULAI 17 APRIL 1998
TULIS KEPADA
SAYA