Pas Changlun
PAS
burstani.gif (9370 bytes)

 

Siasah Syariah Satu Muqadimah
Terbitan : Pustaka Darussalam
Pengarang : Hasan Ibnu Rifi


Ke arah mengenali Politik Islam

Politik Islam tidak di ajar di Universiti tetapi telah lahir daripada penghayatan seseorang tentang ketatanegaraan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Politik sekular lahir daripada kajian dan pengalaman manusia berpolitik dan bersifat pragmatik. Dalam Islam pemerintah yang menyeleweng wajib ditentang. Golongan yang mempertahankan sekularisme ialah:

  • mereka yang jahil tentang Islam

  • kerana tiada negara Islam yang boleh dicontohi

  • kerana kebaikan dalam politik Islam disembunyikan

Dalam politik Islam, Jabatan Islam ialah jabatan yang tertinggi tapi diganti dengan Jabatan Perdana Menteri dalam sekularisme. Sekularisme adalah satu kemungkaran kerana mementingkan majoriti dari hukum Islam dalam hal politik, ekonomi dan sosial.

Kedudukan Politik dalam Aqidah dan Syariah

Aqidah dan Syariah menetapkan dasar politik dan kedudukannya dalam agama. Berpolitik cara Islam adalah wajib bagi setiap muslim dan pragmatisma adalah haram. Nasionalisme yang disebut sebagai 'Asabiyatul Jahiliyah di dalam Al-Quran berasal dari golongan Bani Israel dan boleh merosakkan Aqidah.

Konsep Syura

Syarat-syaratnya: panduannya ialah hukum Allah s.w.t yang wajib diterima.

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan ahli mesyuarat lain mestilah dari kalangan Ahlul Hilli Wal Aqdi (seperti yang diterangkan dalam Kitab Feqah). Namun kelonggaran diberikan diperingkat bukan pemerintah di sesebuah negara, negeri atau daerah. Wakil rakyat yang tidak terlibat dengan masalah negara seperti untuk mejaga kebudayaan dan adab resam diberi kelonggaran.

Cukup Korum hanyalah pelengkap dan tidak wajib asalkan wakil-wakil yang hadir boleh membuat keputusan secara syarii.

Pengerusi mestilah Islam yang boleh membuat keputusan bila tiada keputusan muktamad dicapai.

Cara Mengamalkan Politik Islam Dalam Negara Demokrasi

Proses demokrasi membenarkan proses Islamisasi berdasarkan hak kebebasan beragama dan mengamalkannya. Wakil rakyat Muslim wajib memastikan kawasan mereka terus dipegang oleh orang Islam. Suasana keIslaman mesti diwujudkan walaupun ada kaum bukan Islam dan ini perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dalam Islam, para Umara' tidak boleh membelakangkan teguran atau nasihat para ulama'.

Politik Kepartian Tidak Bersifat Mutlak

Dalam Demokrasi rakyat boleh menubuhkan parti politik dengan dasar masing-masing, selagi tidak bercanggah dengan perlembagaaan negara. Politik kepartian tidak sesuai kerana bersifat perkauman. (Surah Ar-Rum : 32). Namun diharuskan jika pemerintahan Islam tidak tertegak. Ajaran Politik Islam, "Nizam Siasah Syariah" menganggap politik hanyalah wadah perjuangan yang berubahubah mengikut masa dan tempat.

 Image1.gif (2345 bytes)

"Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)." Ar Rum:32

Antara wadah-wadahnya:

Badan-badan Dakwah - Rasulullah saw telah menggunakannya pada zaman Makki dan Madani

Parti Politik - lahir pada kurun ke 19, tidak begitu bebas

Angkatan bersenjata - perlu diasaskan dasar tarbiyyah Islamiyah. Wasilah perjuangan Islam tertua dan tidak boleh dimonopoli oleh badan-badan tertentu.

Pilihanraya tidak bergantung penuh dengan kewujudan parti politik semata-mata dan umat Islam boleh berijtihad mengikut masa.

Pemerintahan Satu Parti

Boleh diwujudkan berpandukan cara-cara berikut:

Kerajaan pemerintah membenarkan satu parti politik sahaja yang wujud dalam satu masa

Kerajaan membenarkan wujud pelbagai parti politik tetapi kesemuanya disatukan ke arah perjuangan dengan mewujudkan satu ikatan politik yang kukuh.

Ini dapat membendung pertentangan ideologi dan isu-isu yang diperjuangkan lebih bersifat lokal mengikut keperluan kawasan masing-masing. Anggota perwakilan boleh juga menjadi pembangkang dalam membahas sesuatu usul dan pengundian akan dijalankan.

Bentuk Mujahadah Dalam Masyarakat Setempat di Malaysia

PAS telah memilih siasah (medan Politik) sebagai wasilah berdasarkan suasana di Malaysia tanpa menolak konsep tarbiyah yang mengharapkan kepada pembentukan individu Muslim. Ini kerana PAS berpendapat tarbiyah semata-mata tidak dapat membawa kepada pembentukan Daulah Islamiyah di dalam sekularisme.

3 cara untuk memerintah sesuatu tempat secara sah:

  • Bai'ah dari orang ramai yang beragama lslam

  • lstikhlaf (pemimpin mengundur diri dan memberi kuasa kepada orang yang layak)

  • Isti'la' (penaklukan ke atas 'Darul Harbi'dan menjadikan 'Darul lslam')

Orang Islam dalam negara sekular 'wajib berjuang' untuk menegakkan negara Islam atau berhijrah ke negara Islam. Golongan sekular akan menyekat sebarang kemajuan dalam tarbiyyah Islamiyyah, dengan itu kuasa politik adalah penting.

Kedudukan politik dalam pandangan Agama Islam

Ajaran Islam telah melahirkan politik. Oleh itu keputusan politik akan terbatal jika bertentangan dengan Islam. Meletakkan seseorang lebih dari Islam adalah syirik (An-Nisa': 48 ). Inilah yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Nasrani.

Image2.gif (2711 bytes)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."

An Nisa' : 48

Sabda Nabi saw:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah dari kalangan mereka"

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t. terbahagi kepada kafir, zalim dan fasiq (Al-Ma'idah: 44, 45, 47, 48, 50). Apabila menurut susun tertil ayat, ayat 47 dan 48 termansuh kerana adanya ayat 50 sahaja. Nas syari'e menegah kita dari menghukumkan kafir terhadap orang yang mengaku lslam. Namun orang fasiq juga amat besar dosanya (Al-lmran : 110 dan Al-Baiyinah : 6)

Kewajipan menubuhkan parti mengundi dan menyertai pilihan raya

Penubuhan parti politik lslam tidak wajib pada awalnya menjadi bagi umat lslam dalam negara demokrasi. Oleh itu, merebut kerusi juga wajib. 'Sesuatu yang wajib itu ialah sesuatu perkara yang tidak sempurna sesuatu pekerjaan yang lain tanpa kewujudannya, maka lanya adalah wajib" (Qawaidul Fiqhiyah). Menyukung parti sekular hukumnya maksiat (Al-Ma'idah : 3)

Image3.gif (7436 bytes)

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al Maidah : 3

Malaysia negara sekular

Seorang hakim pernah berkata yang malaysia ialah negara sekular dan kerajaan menggunakan 'penerapan nilai islam dalam proses islamisasi' sebagai muslihat politik. Negara Islam bermaksud negara yang dalamnya terlaksana hukum Islam secara menyeluruh bukannya majoriti penduduknya Islam. Perlembagaan hanya menyatakan "Islam Agama Persekutuan".

Kewajipan Menubuhkan Negara Islam dan Menjalankan Hukum Islam

Menyeru agar kerajaan Malaysia menjadi kerajaan Islam adalah wajib Syarie'. Selari dengan konsep amar maaruf dan nahi mungkar yang berjalan seiring (Al-Imran :104). Negara Islam juga memberi peluang kepada orang bukan Islam untuk menggunakan hukum agama mereka dengan lebih meluas. Asas kepada perpaduan dalam Islam didasarkan kepada Aqidah Tauhid.

Adab-adab Dalam Politik

Dalam menentang musuh, Islam mewajibkan ahli politik mengikut panduan yang ditetapkan oleh syara' bukannya dengan melulu. Politikus Islam tidak boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur politik yang boleh membelakangkan agama (Al-Nahl: 125). Mujahid mesti berjiwa besar, tidak suka berdendam dan memberi maaf kepada musuh setelah dikalahkan.

Setiap ahli wajib menjalankan hukum Allah s.w.t. (An-Nisa' : 105) untuk mengelakkan timbulnya perasaan dendam. Mengubal undang-undang mengikut pemikiran sendiri adalah syirik (Yunus : 35, Al-Baqarah : 61) Amar maaruf dan nahi mungkar adalah falsafah politik Islam.

Pemikiran Politik Islam

Politik Islam difikirkan secara serius setelah kewafatan Nabi Muhamad s.a.w. Daripada Muktamar "Saqifah" didapati bahawa menghantar wakil ke mana-mana muktamar adalah penting. Umat Islam perlu berada di bawah satu pimpinan sahaja untuk mengelakkan perpecahan. Tindakan Saidina Abu Bakar mempertahankan bangsa Quraisy (Muhajirin) dari bangsa Ansar dalam pemilihan khalifah adalah sama seperti mempertahankan bangsa Melayu semata-mata kerana agama Islam. (Muktamar Saqifah - dimulakan oleh orang Ansar untuk memilih ketua selepas kewafatan Nabi)

Home


 
1