Kewajipan
Mengundi Mengikut Hukum Syara'
الحمد لله رب
العالمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء
والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين, وبعد
Menegakkan Pemerintahan Islam
Pemerintahan Islam
itu berbentuk khilafah (خلافة) atau Imaratul Mukminin (إمارة
المؤمنين) ataupun al Imamah al Uzma (الإمامة العظمى). Ia
merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada
perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al
Mawardi, Abu Yula, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan:
خلافة عن
النبوة في حراسة الدين وسياسة الدنيا به
mengalang ganti
kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya.
Pengertian ini dibuat
berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq t sesudah wafatnya Rasulullah r :
إن محمد قد مات
فلا بد لهذا الدين ممن يقوم به
Maksudnya:
Muhammad sudah
wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya
Kata-kata ini terus
mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri
perhimpunan saqifah Bani Saadah (سقيفة بني سعادة) yang berakhir dengan
pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah mengantikan Rasulullah r.
Hukum Menegakkan Pemerintahan
Islam
Ramai di kalangan
alim ulama yang bercakap tentang perkara ini yang biasa didengari ialah
seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yula, Ibnu Khaldun, (Faqih Siasi), Imam Al
Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtimaie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf)
dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Maruf
Ibnu Hazam Al Andalusi:
Para ulama
daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam
mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat
berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum
hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa olah
junjungan besar nabi Muhammad r.
Namun begitu terdapat
satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat (النجدات) mengatakan
bahawa tidak wajibnya menegakkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah
tidak wujud lagi dewasa ini. Pendapat mereka ditolak oleh ijma mereka yang telah
disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al Quran dan Al Sunnah turut
menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
الفصل في الملل
والأهواء والنخل ( ج 4 ص : 87 )
Wajibnya menegakkan Pemerintahan
Islam itu berdasarkan Syara dan berdasarkan Aqal.
Kita telah
menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan
syara atau berdasarkan aqal atau kedua-duanya sekali ?
Al Mawardi, Abu
Yula, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara dan aqal sama-sama
mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al Quran, Al Sunnah, Al
Ijma, dan aqal (logik). Antara lain Firman Allah Taala:
يا أيها الذين
آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولو الأمر
منكم
Ayat ini menfardhukan
kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita.
Rasulullah r antara
lainnya ada bersabda:
سيليكم بعدي
ولاة، فيليكم الفاجر بفجوره فاسمعوا وأطيعوا في كل
ما وافق الحق فإن أحسنوا فلكم ولهم وإن أساؤا فلكم
وعليهم (الحديث رواه هشام ابن عروة عن أبي صالح عن
أبي هريرة رضي الله عنهم ) الأحكام السلطانية.
Selain dari Al Quran dan
Al sunnah, para sahabat dan tabiin telah sebulat suara mengatakan wajibnya
menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).
Dari segi logiknya pula,
manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim
perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah
pemerintah. Rasulullah r bersabda:
إذا خرج ثلاثة
في سفر فليؤمروا أحدكم
Maksudnya:
jika tiga orang
berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.
Hadis ini menunjukkan
bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi
kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan
Islam
Sebelum itu, kita
telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan
dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan
melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa,
perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan
pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Baiah Ammah.
Hal ini dipetik dari
peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonklan dan disahkan
pencalonannya di dalam perhimpunan saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan baiah
ammah di masjid Al Nabawi. Baiah ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara
ramai (استفتاء عام), kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah (الشهادة)
iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu
adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan Ummah di dalam
Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan
kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama Baiah Ammah
atau Al Syahadah maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah
menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah r:
من مات وليس في
عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (مسلم)
Maksudnya:
Sesiapa yang mati
dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan
jahiliyyah.
Antara lafaz baiah
itu ialah:
أبايعك على أن
تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه r
Maksudnya:
Aku memberi baiah
kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya
r.
Adapun atas nama Al
Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepda antara lainya Firman Allah Taala:
واشهدوا ذوي
عدل منكم ( الطلاق:2)
Maksudnya:
Dan hendaklah
kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu.
Firman Allah lagi:
وأقيموا
الشهادة لله (الطلاق:2)
Maksudnya:
Dan hendaklah
menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah
Firman Allah Taala
lagi:
ولا تكتموا
الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه (البقرة: 283)
Maksudnya:
Dan janganlah
kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya
berdosalah hatinya.
Oleh kerana itu para
pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat
adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan
peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana dikatakan:
أبايعك على أن
تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه r
Maksudnya:
Aku memberi baiah
kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya
r.
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan
bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara
majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan Negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan
rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan
tersebut. Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah
mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi
kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi. Mereka tidak akan layak mengundi
(mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih.
Oleh kerana itu dan
berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah
fiqh:
ما لا يتم
الواجب إلا به فهو الواجب
Maksudnya:
Sesuatu tidak
sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib
Maka dengan itu
mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib
mengikut hukum syara.
Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui
bahawa melaksanakan hukum syara itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan
kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia
hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui
pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu
tidak mengundi di dalam pilihnraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar
sebagai pemilih secara sah. Maksebagai pemilih adalah wajib.
ما لا يتم
الواجب إلا به فهو الواجب
Maksudnya:
Sesuatu tidak
sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib
الراجي
إلى عفو ربه
هارون طيب يوسف
|