Kewajipan Berada di dalam Jemaah Islamiah
Menjadi kewajiban terhadap seseorang individu muslim beramal dan
berusaha hanya untuk Islam, demi untuk merealisasikan segala tuntutan Islam. Ia memastikan
setiap anggotanya berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Oleh itu amal jamai
yang dijalankan oleh sesebuah Jamaah Islamiyyah mestilah tersusun, rapi dan utuh. Adalah
suatu perkara yang mustahil untuk merealisasikan tujuan yang besar ini dengan cara
perseorangan tanpa usaha amal jamai yang tersusun rapi.
Oleh kerana itu untuk merealisasikan
tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas semua
ummat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal
Islami, maka dengan sebab itulah amal jamai menjadi satu kewajiban.
Kewajiban berada di dalam satu
Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Quran, sebagaimana
firman Allah Taala :
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang
tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
Di dalam hadis, Rasulullah
S.A.W. telah bersabda :
Maksudnya:
" Wajiblah kamu bersama-sama
dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."
Di dalam hadis yang lain pula,
baginda bersabda :
Maksudnya:
" Sesungguhnya syaitan itu
serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh
dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan
mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."
Kaedah fiqh ada menerangkan tentang
wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah :
Maksudnya :
" Sesuatu yang tidak
sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."
Daulah Islamiyyah hanya dapat
ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiyyah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara
individu. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islamiyyah menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam
dan menyertainya Juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.
Jamaah
Islamiah yang diwajibkan supaya kita menyertainya
Jamaah Islamiyyah yang diwajibkan
kita bersama-sama dengannya itu mempunyai dua matlamat yang besar iaitu :
1 - Matlamat kursus
2 - Matlamat umum
Matlamat Yang Khusus
1. Melahirkan individu muslim dan
mengembalikan keperibadian Islam yang tulin kepadanya.
2. Membina keluarga Islam yang
benar-benar memberi saham di dalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam.
3. Membina masyarakat Islam yang
mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam.
4. Mendirikan negara Islam.
5. Menyatukan semula ummat Islam yang
berpecah belah sebagaimana yang ada pada hari ini.
Matlamat Yang Umum
1. Mengabdikan manusia kepada
Allah yang Esa. Sebagaimana Al Quran menerangkan di dalam Surah Az Zaariyaat ayat 56
:
Maksudnya :
" Dan ingatlah, Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada
Aku."
2. Mempelopori kerja-kerja amal
maarof dan nahi mungkar. Firman Allah Taala :
Maksudnya :
"Kamu (Wahai ummat
Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi faedah ummat manusia (kerana) kamu
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah
(buruk dan keji serta kamu berirnan kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah
ahli kitab itu beriman, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara
mereka ada yang beriman dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang fasiq."
3.
Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya, sebagaimana firman Allah Taala :
Maksudnya :
" Dan demikian (pula) kami
telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi
atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
Dan Kami tidaklah menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kamu
mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan
sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah
diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."
4. Menghapuskan fitnah dan
kekufuran dan berkuasa di bumi ini, sebagaimana firman Allah Taala :
Maksudnya:
"Dan perangilah mereka
sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah
semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya
mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Amat Melihat akan apa yang mereka
kerjakan."
|