Pas Changlun
PAS
burstani.gif (9370 bytes)

 

Penyelesaian Islam Terhadap Masalah
Masyarakat Majmuk


1- Sumber-Sumber Hukum Islam

Untuk menyelesaikan.permasalahan yang dialami oleh masyarakat majmuk sebagaimana yang di atas, perlu terlebih dahulu kita mengetahui apakah sumber-sumber rujukan yang dipakai dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan itu. Jika tidak sebarang penyelesaian yang diutarakan adalah terpesong.

Oleh kerana itu sebahagian besar Ulama’ Islam yang muktabar memutuskan bahawa sumber-sumber hukum Islam ialah Al Qur’an, Al Hadith, kata sepakat Ulama’ (Ijma’) dan Qias.


2- Pandangan Islam Terhadap Manusia

Manusia itu asalnya satu keturunan sahaja. Walaupun demikian mereka telah dijadikan Allah berbangsa-bangsa dan bersuku-puak. Tujuannya untuk berbaik-baik dan berlumba-lumba mengerjakan kebajikan. Hal ini kita dapati antara lainnya dari firman Allah Taala dalarn surah Al Hujuraat ayat 13 :

Maksudnya:

" Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu darti lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalaan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."


3- Islam Agama Sejagat Dan Untuk Semua Manusia

Sesungguhnya manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku-puak. Islam mengajak mereka supaya sama-sama menyembah Allah yang Esa. Allah menerangkan bahawa Muhammad itu diutuskan untuk semua manusia dan untuk dunia seluruhnya. Hal ini terdapat antara lainnya di dalam firman Allah S.W.T. daripada Surah Al Baqarah :

Maksudnya:

" Wahai manusia sembahlah Tuhan kamu yang menjadikan kamu dan mereka yang terdahulu daripada kamu semoga kamu bertaqwa."

Allah Taala berfirman lagi di dalam ayat yang lain, antaranya ialah seperti berikut :

 Maksudnya :

" Maha berkat ( Allah ) yang menurunkan Al Qur’an ke atas hamba-Nya ( Muhammad ) untuk memberi peringatan kepada alam seluruhNya. Dia yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi tiada IA mengambil anak dan tiada IA mempunyai sekutu di dalam kerajaan-Nya ( kekuasaanNya ) dan Dia menciptakan segala sesuatu lalu dibuatkan-Nya ukuran-Nya."

Dan di dalam ayat yang lain pula, Allah rnenerangkan bahawa Nabi Muhammad itu diutuskan adalah semata-mata untuk mendatangkan rahmat kepada seluruh alam ( maksud ayat 107- Surah Al Anbiya’ ).


4- Kedatangan Islam Adalah Untuk Membetulkan Masyarakat

Kedatangan Islam adalah untuk memperbaiki keadaan masyarakat yang tidak stabil - sama ada di bidang Aqidah, Ibadah, Ekonomi, Undang undang, Pentadbiran, Politik dan sebagainya. Hal ini dipetik antara lainnya dari firman Allah Taala di dalam Al Qur’an :

 Maksudnya :

" Dia (Syu’aib) mengatakan : Hai kaumku, adakah kamu fikirkan kalau aku mempunyai keterangan keterangan yang jelas dari Tuhanku dan Dia memberikan kepadaku rezeki yang baik-baik dan aku tidak mahu mencari perselisihan denganmu tentang apa yang aku larang kamu mengerjakannya, aku semata-mata hendak memperbetulkan ( memperbaiki ) sekemampuan yang ada padaku. Dan taufiqku hanyalah dari Allah dan kepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya aku akan kembali."

Ternyata Islam datang untuk memperbaiki manusia di dalam semua bidang kehidupannya, bukan untuk mengikuti perkembangan manusia dengan ruang lingkupnya yang bermacam-macam itu. Oleh kerana itu Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda :

Maksudnya :

" Sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu untuk berbuat demikian, hendaklah ia mengubahkan dengan lidahnya dan jika ia tidak boleh berbuat demikian hendaklah ia mengubah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman."


5- Pembentukan Pemerintahan Dan Negara Islam

Membetulkan umat manusia di dalam semua bidang penghidupan mereka memerlukan kepada pemerintahan dan negara Islam.Untuk itu Allah berfirman :

Maksudnya :

" Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( Wahai ummah Muhammad ) bahawa Ia akan menjadikan mereka Khalifah-Khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini, sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka, dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah disukati oleh Allah, dan akan menukarkan mereka sesudah ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka menyembah kepadaKu dan mereka tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu apa pun. Barangsiapa yang engkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang fasiq."

Di dalam ayat yang lain pula Allah telah berfirman :

Maksudnya :

" Diizinkan berperang bagi orang-orang ( Islam ) yang diperangi oleh golongan penceroboh, kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka ( mencapai kemenangan ), iaitu mereka yang diusir dari negara mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar ( mereka diusir ) semata-mata mereka berkata, ‘Tuhan kami ialah Allah’. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat pertapaan serta gereja-gereja ( kaum Nasrani ) dan tempat sembahyang [ kaum Yahudi ) dan juga masjid-masjid ( orang Islam ) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya, dan sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa. Iaitu mereka ( umat Islam ) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang darti melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan ( ingatlah ) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

Oleh yang demikian Nabi S.A.W. mendirikan negara dan kerajaan Islam di Madinah. Kerajaan Baginda itulah yang menyelesaikan masalah masyarakat yang berbilang suku puak dan agama itu.

Tindakan baginda itu dituruti oleh para sahabat ( Khulafa-ur-Rasyidin ) dan lainnya. Mereka benar-benar sedar bahawa menyanggahi Sunnah Nabi adalah salah kerana Nabi antara lainnya bersabda :

 Maksudnya:

" Wajiblah kamu mengikut sunnah aku dan sunnah Khulafa-ur-Rasyidin."

Justeru itu tidak ada alasan lagi bagi mereka yang mengatakan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan negara Islam.


6- Sikap Terbuka Dan Penyatuan Ummah

Islam mengajak manusia bersatu dan hidup bersaudara di atas dasar Tauhid sepertimana kita terangkan di atas. Selain dari itu Allah telah berfirman :

Maksudnya :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."

Walaupun demikian Islam tidak memaksa seseorang supaya menganutinya. Allah berfirman di dalam Al Qur’an yang bermaksud " Bahawa tiada paksaan di dalam agama". Sekalipun tiada paksaan di dalam agama namun demikian Islam sentiasa membuka pintu yang luas kepada sesiapa yang ingin berpadu di dalamnya. Allah telah berfirman antara lainnya ialah :

Maksudnya :

"Katakanlah ( Wahai Muhammad ) wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutu dengannya sesuatu jua pun. Dan janganlah pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka ( ahli kitab itu ) berpaling tadah, maka katakanlah kepada mereka, saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."

Dari pembentangan itu ternyatalah bahawa negara Islam itu boleh didiami oleh manusia yang berbagai agama dan bersuku-puak yang tersimpul seperti berikut :

  1. Orang-orang yang beragama Islam.

  2. Orang-orang yang tidak beragama Islam yang tunduk dan patuh kepada undang-undang Am Negara Islam dan ingin terus menjadi warganegara. Mereka dibenarkan mengamalkan undang-undang agama mereka di bidang ibadah dan kekeluargaan.

  3. Orang-orang yang tidak beragama Islam yang memasuki Negara Islam dengan kebenaran pemerintah atas tujuan-tujuan perniagaan , perlancungan dan sebagainya dengan tidak bertujuan untuk menjadi warganegara. Mereka ini dibenarkan berbuat demikian dengan peraturan-peraturan yang tertentu.

Oleh itu apabila terdirinya sebuah pemerintahan dan Negara Islam, selesai-lah masalah yang sedang dihadapi itu. Untuk ke arah itu, para pendukung Islam mestilah bekerja keras menghilangkan keraguan di kalangan setengah-setengah orang terhadap penubuhan negara Islam. Dan marilah kita bersama-sama mendokong usaha-usaha ke arah tersebut sehingga keadilan Islam dapat dinikmati oleh semua manusla. Keadilan merupakan perjuangan sejagat dan keadilan hanyalah terdapat di dalam Islam.

Bagaimana keadilan Islam dapat memenuhi kehendak seluruh manusla?. Dalam bab yang seterusnya kita akan diterangkan tentang keadilan Islam dan hubungan dengan perjuangan sejagat.

Home


 
1