GLOBAL  GOVERNANCE

 

Pengaruh Global Governance Terhadap Sejarah Senibina

 

Apakah itu “Global Governance”? Adakah ia merupakan sebuah kerajaan baru? Sebenarnya “pemerintahan global” bukannya sebuah kerajaan yang sebenar atau nyata, sebaliknya ia merupakan sesuatu system, satu konsep dan kerangka kerja yang diwujudkan untuk menangani masalah globalisasi oleh sekumpulan institusi sama ada organisasi antarabangsa atau kerajaan.

 

Pemerintahan Global adalah sangat pengting kerana di bawah konsep ini bangsa dan nusa akan dapat bekerjasama untuk membentuk sebuah dunia yang lebih baik. Ia dapat meningkatkan taraf kerjasama di antara satu sama lain dan mejadikan mereka juga akan lebih saling bergantung dalam pelbagai aspek.  Masalah baru yang timbul akan memerlukan kerjasama dan sokongan yang sepenuh untuk menanganinya. Masyarakat global kini terpaksa menghadapi arus sama ada intergrasi atau terpisah (division).Tren ini telah mencabar kerangka kerjasama antarabangsa kini.

 

 “The Commission on Global Governance” telah diwujudkan pada masa kini dan dipercayai pembangunan antarabangsa ini akan dapat  mewujudkan peluang yang unik untuk menguatkan kerjasama globaluntuk menangani masalah keamanan dan keselamatan sedunia, mencapai pembangunan yang mantap dan kesedaran demokrasi yang lumrah.

 

Di samping “The Commission on Global Governance”, satu pusat telah ditubuhkan pada tahun 1992 untuk mengkaji tentang idea “Global Governance”. Tujuan utama penubuhan pusat ini ialah untuk meningkatkan kefahaman tentang masalah globalisasi dan menggalakkan interaksi antara para pendidik dengan pengubah polisi. Sejak penubuhannya, banyak ceramah umum, bengkel kerja yang berkenaan telah diadakan.

 

Pemerintahan Global bukan sahaja mendatangkan implikasi terhadap bidang politik, ekonomi, social dan keselamatan sedunia, bahkan menimbulkan pelbagai kesan sampingan terhadap bidang seni bina sedunia. Dengan adanya pertembungan seni bina, para akitek akan dapat saling mempelajari ciri-ciri dan pelbagai teknik pembinaan yang lebih baik dan efektif antara satu sama lain. Lama-kelamaan, gaya atau ciri-ciri senibina asing akan saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam rekabentuk masing-masing.

 

Dalam keadaan percampuran keunikan ciri-ciri senibina, tentunya ada satu pihak yang menjadi dominan. Ini mungkin menghasilkan satu stail atau gaya senibina yang baru. Ia mungkin mempunyai nilai estetik yang tinggi tetapi nilai kesejarahannya yang rendah kerana ia telah kehilangan keasliannya.

 

Satu situasi lain yang mungkin timbul ialah satu ciri atau gaya yang terlampau kuat sehingga menggantikan ciri-ciri senibina tempatan yang asal. Ini disebabkan sifat menerima tanpa pertimbangan yang teliti dan mendalam sama ada ciri rekabentuk tersebut yang dibawa masuk ke dalam rekabentuk bangunan tempatan itu sesuai dengan ciri-ciri tempatan seperti iklim, budaya, latar belakang dan sebagainya. Kesan ini kian jelas kelihatan dalam rekabentuk bangunan di Malaysia.

 

Banyak bumbung rata (Fiat roof) telah diaplikasikan dalam rekabentuk bangunan tempatan. Sebenarnya bumbung jenis ini kurang sesuai dengan iklim Malaysia yang menerima banyak air hujan sepanjang tahun kerana ia melambatkan pengaliran air hujan dan mungkin menakung air dalam suatu tempoh masa yang meningkatkan kadar kebocoran bumbung. Dengan kata lain, kos pemuliharaan bangunan jenis ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan bangunan berbumbung cerun.

 

Contoh lain yang menunjukkan kelemahan akitek di Malaysia dalam penerimaan kaedah atau teknik pembinaan tanpa mempertimbangkan isu-isu persekitaran ialah penggunaan elemen kaca yang banyak di bahagian luaran bangunan. Penggunaan kaca yang banyak akan dapat mewujudkan fasad bangunan yang menarik dan imej moden terhadap bangunan tetapi ianya adalah kurang sesuai dengan cuaca dan iklim Malaysia yang menerima pancaran matahari yang terik sepanjang tahun dan suhu cuaca yang panas dan lembap. Ia akan menimbulkan kesan rumah hijau dan banyak tenaga diperlukan untuk menyejukkkan bangunan tersebut. Ini adalah amat membazirkan tenaga.

 

Atas pengaruh konsep “Global Governance”, senibina Barat dan Eropah sering diagung-agungkan oleh masyarakat tempatan. Adalah tidak hairan kita sering terdengar kata-kata seperti Australian Architecture, American Architecture dan Japanese Architecture. Tetapinya, kita tidak pernah mendengar tentang Malaysian Architecture. Ini jelas menunjukkan kita masih tidak mempunyai sebarang identity atau gaya senibina yang jelas. Rekabentuk bangunan di Malaysia kehilangan karektor yang tersendiri malah kita sering terikut-ikut dengan gaya senibina asing yang serinr dianggap berkualiti dan unggul.

 

Perubahan ini bukan sahaja mengubah kerangka struktur dunia malahan mengubah identity dan “ inner conciousness” kita semua.

1