IQRA ! BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN FAMILI DR FARID MD

JOHORKU E-MEL FREE E-MEL SABA MEDIA
CUTI MALAYSIA

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH, GUNUNG ARAFAH 9 ZULHIJAH TAHUN 10 HIJRAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di tempat ini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka ketahuilah bahwa jiwa dan harta (harga diri) setiap orang Muslim sebagai amanah suci, sampai kalian menjumpai Tuhan. Aku telah menyampaikan Amanah. Sesungguhnya segala sesuatu yang jahil dizaman jahiliyah telah kucampakkan dibawah telapak kakiku. Kembalikan harta yang diamanahkan kepadamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu pasti akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan dan perbuatan kamu. Semua bentuk Riba telah dihapuskan, tetapi modal tetap kalian miliki. Allah SWT telah Memerintahkan larangan (Haram) terhadap semua bentuk Riba. Semua sisa Riba-nya Abbas Ibn Abdul Muthalib telah dihapuskan. Semua bentuk balas dendam (pertumpahan darah) masa jahiliyah telah dibatalkan dan aku memulainya daripada dendam anak dari Rabi'ah Ibn Al-Harith Ibn Abd Muthalib (yg terbunuh oleh suku Hudhail).

Wahai manusia, Allah SWT telah menganugrakan setiap diantara kamu akan hak-haknya. Wasiat pusaka kepada ahli waris adalah tidak sah. Pelaku perzinahan haruslah di rajam. Anakmu adalah yang istrimu lahirkan. Barangsiapa mengaku sebagai anak si fulan padahal tidak benar maka kutukan Allah, para malaikat dan seluruh manusia terhadapnya (Allah tidak akan menerima taubatnya). Wahai manusia, berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan kamu dan agamamu, karena syaitan telah berputus asa untuk mengajakmu menyembahnya dan menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, dengan mengakali (menipu diri sendiri) atau menunda-nunda bulan-bulan haram sehingga dengan demikian dapat menghalakan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan adalah kesesatan yang menuju kekafiran. Perputaran waktu telah ditetapkan oleh Allah sejak Dia ciptakan langit dan bumi. Jumlah perhitungan bulan yg ditetapkan oleh Allah adalah 12 dan 4 diantaranya dinamakan bulan-bulan haram(Dzulakaidah,Dzulhijjah,Muharram dan Rajab).

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak atas kamu. Kamu punya hak bahwa mereka tidak boleh mengizinkan kedalam rumahmu orang yang kamu tidak sukai dan tidak melakukan hal2 yang tidak pantas. Sekiranya mereka menyempurnakan hak2 kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, lindungilah mereka kerana (wanita lemah utk mempertahankan diri), sesungguhnya mereka adalah teman dan penolong kamu yang setia. Para istrimu adalah amanah yang Allah percayakan kepadamu dan kamu hanya diberi izin (dihalalkan) untuk mencampurinya karena atas nama (izin) Allah.

Wahai manusia, dengarlah dan perhatikanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Aku telah menyampaikan risalah. Sembahlah Allah, dirikanlah shalat wajib, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada semua Muslim. Tidak halal bagi seorang muslim mengambil sesuatu dari muslim yang lainnya kecuali yang dia berikan secara suka rela.Karena itu janganlah menganiaya dirimu sendiri. Kamu semua adalah sama derajat, tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal saleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar langsung dariku. Janganlah kalian kembali kepada kekafiran setelah kepergianku dan tidak saling membunuh. Lalu Rasulullah SAW menengadahkan wajah dan telunjuknya ke langit dan berkata: " Saksikanlah wahai Allah, Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umat-Mu." "Ya kami menyaksikan, " jawab hadirin terdengar menggema di lembah Arafah. Wassalam

!" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al-Qur'an: Al-Baqarah:120)!

==================================================================

" Janganlah kamu sakiti sesiapapun supaya orang lain tidak menyakiti kamu pula."

" Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. "

" Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara kecil."

" Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

" Sembahlah ALlah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah pada Ramadan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu."

" Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada setiap Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya terkecuali dalam takwa dan amal soleh."

HARAKAH
MARI CUTI JIM
SUARA JOHOR STAR
DARUL NU'MAN BANK ISLAM
TUTOR MIMBAR RUSILA
LIHATLAH UNDER CONSTRUCTION
JIM DOBBS BUY ONLINE ISLAM ONLINE

 

" Bacalah dan Tuhanmu amat mulia. Yang telah mengajar dengan pena. Dia telah mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."( Surat (96) Al''Alaq ayat 3.4.5 )

M - -
1