BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan
pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang
dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA
ISLAM.
Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya,
maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah
dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah
Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar
dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh
ketika itu, Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau
banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas
mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.
SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman
Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu
institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai
oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985
seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon
untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.
Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik
Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah
sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya
menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung
tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di
fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga
yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah
Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik
menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui
agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara
di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab
yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran
saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia
lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini
tidak
sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa
manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian
seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun.
Di
sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia
iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan
perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya
berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang
kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya
berkata,
"Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di
negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang
mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka
sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata,
"Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka
kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya
katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya
menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri
mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi
bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak
ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul
yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas,
kamu
telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi,
kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab,
"Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?
Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
(Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu
Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke
dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun
dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia
mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah
dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan
padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik,
apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya
terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.
Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu
dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka
mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi
dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak
mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor
perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak
boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak
yakin
lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian
beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah
permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh
melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya
pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya
semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau
akan
diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi
di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa.
Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu
Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan
sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.
Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai
bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water
ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang
pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia
ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati
dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh
Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh
tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh
tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus
(sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang
sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai
rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan
lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah
klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi
kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan
kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan
datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi
yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya
agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama
Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang
pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama
Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia
dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa
(Injil) tidak ada disebut Kristian.
Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai
Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang
sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas
oleh
seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di
gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan
kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi
ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada
saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya
membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya.
Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika
itu
semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu
dan
menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan
hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke
dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti
untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada
Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya
dan
sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya,
menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan
kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.
Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada
hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal.
Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik
kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak
pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan
menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau
mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari
mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka
meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan
di
almari) sebagai ganti kitab yang hilang.
Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa
gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak
beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas
al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja
St Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara
Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan
(Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam
hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap
hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya
meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya
Tuhanku.
Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku
baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai
kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam,
Kristian,
Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini
tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang
benar
bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya
mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain
macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.
[Muhamad Ali Daud]