" Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang
ibu
bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnya
sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah
dewasa dan umurnya sampai EMPAT PULUH TAHUN ia berdoa:
' Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah
Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat
berbuat
amal yang saleh yang Engkau redhai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan
memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada
Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.'"
(Surah Al Ahqaaf:15)
(Doa ini ditunjukkan oleh seorang akhawat kepada ana melalui Tafsir
Al Azhar
semasa memberi ceramah untuk mereka di Pulau Pinang baru-baru ini.
Semoga
Allah menyinari lagi cahaya di dadanya dan menjadi pelita untuknya
dan
ahlinya).
Peringatan dari Allah ini ditujukan kepada kita agar berkewajiban
menghormati, menjaga dan melayan kedua ibu bapa kita apabila tiba masanya
mereka pula memerlukan penjagaan dari kita.
Umur 40an inilah kita menghadapi tuntutan tarik tali dari dua pihak
yang
wajib kita layaninya. Satu dari keluarga sendiri (belaian dari isteri
dan
anak-anak) dan satu lagi dari ibu dan bapa yang telah tua. Kita lelaki
berkewajipan menjaga ibu bapa kita sedangkan zaujah kita apabila telah
berkahwin dengan kita, ketaatan dia hanya kepada kita. Walau bagaimanapun
jika isteri kita ini tiada abang atau adik lelaki yang dapat menjaga
ibu dan
bapanya, maka kitalah bersama-sama dengannya memikul tanggungjawab
ini.
Rungutan dari isteri yang mengatakan "Isy dia asyik ikut cakap emaknya
aje"
boleh kita hindarkan (if any) dengan menerangkan kewajipan kita dan
penuhilah keperluan keluarga sendiri, kemudian keperluan emak dan ayah,
kemudian kehendak keluarga sendiri dan kemudian kehendak amak dan ayah.
Contoh yang dimaksudkan keperluan ialah anak isteri hendak makan sebab
lapar
tetapi kehendak mereka pada pagi itu ialah roti canai, nasi lemak
Keperluan tidak boleh kompromi tetapi kehendak boleh dibawa berbincang
agar
sesuai mengikut selera, masa dan keupayaan.
Maka bergitulah juga kita menjaga kedua ibu bapa dan keluarga sendiri.
Penuhilah keperluan mereka dahulu dan ajak berbincanglah mengenai kehendak
kedua institusi ini agar kita boleh memberikan ruang secukupnya untuk
kerja-kerja dakwah yang juga kewajipan kita. Gunakanlah strategi ini
untuk
mengimbangi titian kita yang pemberatnya ada di kedua-dua penghujung
titi
40an ini.
Jika kita dapat imbangi dengan baik, pastinya kita terpelihara dari
peringatan Allah dalam mencintai kedua institusi ini yang terdapat
di dalam
Surah At Taubah;
"Katakanlah 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,
kaum
keluarga kamu,............... adalah lebih kamu cintai daripada Allah
dan
RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang fasik '". (At Taubah: 24)
Allah akan menimpa "midlife crisis" dan tidak diberinya petunjuk untuk
menghadapi krisis ini jika kita tidak mengimbangi cinta di antara jihad,
keluarga sendiri dan orang tua kita.
Oleh itu JIM perlulah juga menerima keuzuran ahlinya yang sedang menjaga
kedua ibu bapa atau mertua dan mengiktiraf mereka untuk dikecualikan
terlibat dalam beberapa aktiviti. Tetapi jangan sampai terlajak melanggari
peringatan Allah seperti ayat di atas tadi. Jawapan yang terbaik sekali
ialah sebagaimana ditunjukkan oleh Pak Abu dengan membawa ayahnya terlibat
menjadi ahli JIM dan bersama-sama berkempen malah mengail bersama-sama
sambil mengimbau kembali peristewa silam bersamanya. Allahu Akbar!.
wassalam
Pak Utih