SEPERTI YANG TELAH DI E-MAILKAN KEPADA SAYA OLEH SEORANG RAKAN.

BERITA TERKINI : 1 pagi, Rabu 9 September 98
********************************************
Majlis Peguam (Bar council) malam tadi mengeluarkan kenyataan akhbar
mengenai pendirian tegasnya TIDAK merestui dan perihatin tentang
perkembangan tidak sihat badan kehakiman negara termasuk peguam negara
dan polis , serta media tempatan yang disifatkan telah diperalatkan
oleh kerajaan sekarang.

Faks tersebut dibacakan sendiri oleh Sdr. Anwar Ibrahim lbh kurang
pukul 10 malam tadi(Selasa, 8 Sept). Ribuan orang hadir untuk mendengar
ucapan beliau. Majlis dipengerusikan oleh Dato' Dr.Hassan Ali dan Ustaz
Ruslan Kassim.

Puluhan perwakilan UMNO juga turut sama. Mereka berkumpul di Kuala
Lumpur kerana menghadiri taklimat Cik Det di PWTC mengenai sebab Sdr.
Anwar di pecat. Dikhabarkan lebih 85% perwakilan yang hadir TIDAK
percaya dengan alasan PM semasa perjumpaan tersebut, dan mereka
kemudiannya hadir ke rumah Sdr. anwar malam ini untuk mendengar dari
beliau sendiri. Konspirasi jahat itu terus dijalankan dengan majlis
makan malam di hotel yang dianjurkan UMNO untuk para perwakilan
Bahagian agar secara tidak langsung dihalang dari menghadiri ceramah
sdr. Anwar di kediamannya di Bkt. Damansara.

Berbalik kepada kenyatan Majlis Peguam yang dikeluarkan malam tadi,
Sdr. Anwar mengingatkan bahawa ada kemungkinan kenyataan Bar Council
itu tidak disiarkan di media tempatan , seperti Affidavit penafian oleh
Dato' Nala yang baru dibuat Isnin, 7 Sept.

Helikopter polis turut mengawasi perhimpunan dengan menyuluh lampu dari
atas. Wartawan dari pelbagi media asing yang sedang membuat liputan
KL'98 turut hadir dan diumumkan oleh sdr. anwar. Jurukamera RTM juga
turut sama, di 'BOOOO' tetapi kemudiannya, sama-sama berteriak '
REFORMASI brudder !'.

Sdr. Anwar juga mengumumkan lebih 50 orang peguam memberikan 'ikrar
taat setianya' hari ini sahaja dan menjadikan jumlah keseluruhan 70
orang. Sdr. Anwar meminta sesiapa sahaja meminta bantuan guaman dari
peguam-peguam ini sekiranya di halang/diugut atau sebagainya  berkaitan
isu pemecatan beliau dari jawatn TPM dan Men. Kewangan.(boleh dihubungi
melalui e-mail di Anwar Online).

Esok, Sdr Anwar akan terus membuat ceramah perdananya di 'kediaman
reformasi' beliau di Bukit Damansara, dan beliau secara peribadi
menyampaikan JEMPUTAN untuk semua menghadirinya. Beliau menangguhkan
roadshowsnya ke Penang memandangkan liputan media yang meluas oleh
wartawan luar negeri yang teramat banyak sempena KL'98 di KL. Perlu
diingatkan media tempatan tidak langsung (blackout) memberi liputan
adil kepada Sdr. anwar.
Pembesar suara di pasang dan ceramah bermula selepas Isyak (jam 9
Malam).

Antara yang berucap adalah Sdr. Chandra Muzaffar yang mana di dalam
ucapannya, menyamakan kes pemecatan Anwar sama modus operandi-nya
dengan isu pemecatan  Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun
1988 dahulu oleh Cik Det.

Di tepi-tepi jalanraya menuju ke rumah Sdr. Anwar, kelihatan barisan
kereta (termasuk beberapa golongan sympathiser/ penyokong kelas atasan
ber-Mercedes, BMW, Estima etc dan konvoi motor-motor mewah eg. Kawasaki
voyager group)yang AMAT panjang dan pelbagai lapisan masyarakat
menghadirinya. Polis Trafik cuma mengawal lalulintas dan tidak tegas
mengeluarkan saman.

Majlis diselang-seli dengan takbir "Allahuakbar" dan selawat, dibawa
oleh Ust. Ruslan Kassim dan Dr. Hassan Ali.

Di luar, kalangan yang hadir mula mengedar salinan berita dari akhbar
luar negeri terkini. Para peniaga pula ada yang menjual pelekat
"REFORMASI", "MANA KEADILAN?" yang ditampal di kereta-kereta. Sdr.
Anwar sendiri meminta supaya diwar-warkan Gerakan REFORMASI melalui
pelekat kereta atau ditulis tangan sahaja.

Anda perlu datang sendiri untuk mendapat gambaran dan kagum dengan
sokongan rakyat pelbagai golongan dan kaum kepada Sdr. Anwar. Suara
keramat Takbir dan selawat berkumandang / dilaung penuh semangat di
antara ucapan 'berapi' beliau.

BERSAMA KITA TEGAKKAN YANG HAQ, DAN HANCURKAN KEBATHILAN. ALLAHU AKBAR
!!!!!!!

KE ARAH REFORMASI ISLAM SEBENAR.........
KLIK UNTUK LIHAT PERNYATAAN AKHBAR... 1