KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan kempennya semalam
untuk
mendapatkan sokongan rakyat sedang parti pemerintah berusaha menyekatnya
dari
menggunakan masjid dan pusat pengajian tinggi bagi tujuan itu. Beliau menemui
para wakil
kumpulan wanita sejurus selepas melancarkan bidasan terhadap kerajaan dalam
ucapannya
yang pertama sejak dipecat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad, Rabu
lalu.
Walaupun telah membatalkan lawatan ke kubu utamanya di Pulau Pinang kerana
khuatir akan
ditangkap, beliau menghabiskan masanya dengan menemui para pemimpin pembangkang
dan
penyokong dari Umno di rumahnya di Kuala Lumpur.
Dalam pertemuannya yang terakhir, para wakil kumpulan wanita melahirkan
rasa terkejut
mereka terhadap tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar, termasuk dakwaan salah
laku seks dan
khianat kepada negara. Semua tuduhan ini mendapat siaran meluas di semua
media sejak
beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan setelah
hubungannya
dengan Dr Mahathir semakin keruh. Beiau melancarkan kempen reformasinya
kelmarin dengan
berucap kepada 1,000 orang di rumahnya.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Anwar menegaskan bahawa "kita mestilah berdiri
teguh dalam
perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan kronisme".
"Ini adalah perutusan kepada semua pihak, kepada rakyat Malaysia dari semua
bangsa. Kita
harus bersedia melancarkan reformasi."
Umno, yang telah memecat Datuk Seri Anwar, bertindak balas terhadap kempen
itu dengan
memberi amaran kepada pihak universiti dan masjid agar jangan terlibat
dalam krisis politik
mengenai pemecatan tersebut.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Dr Mohamed Yusof Noor, berkata: "Setiap naib
canselor
mestilah mengambil inisiatif sendiri untuk menjelaskan isu pemecatan Anwar
bagi
mengelakkan pelajar mengambil langkah negatif." Masjid dan surau, katanya,
tidak harus
digunakan untuk menarik perhatian orang ramai tentang pemecatan itu.
"Penyalahgunaan masjid boleh mengelirukan rakyat, terutama pada masa negara
dilanda krisis
ekonomi sekaranng," kata beliau.
Sejauh ini, Dr Mahathir enggan memberikan sebab-sebab mengapa beliau memecat
Datuk Seri
Anwar selain berkata bahawa bekas timbalannya itu "tidak sesuai". -- AFP.