TAMAN TASEK TAIPING

Kenangan Semasa Berada di Taman Tasek Taiping

Nama Penuh Anda:
Email Anda :

First dates, outings, walks (jogs), berjogging, cari makwe, etc, dll(All responses will be pulished on this page).

ZY.Freedback.com: Stunning, fast, FREE!
FREE feedback form powered by Freedback.com
Freedback.com

RESPONSE DARI ANDA

From : Rosnah Wahid<rosnama@hotmail.com>

Wah makin bertambah cantik pemandangan di TTT. Terima kasih kerana menyediakan gambar-gambar ni. Saya pernah bersekolah di Perak dan ianyer menjadi kenangan yang begitu indah buat saya dan family saya.. dan kini saya kembali ke tempat kelahiran saya, Terengganu.


From : Sofia<sim911@yahoo.com>

Terkenang Taman Tasik Taiping...teringatlah kenangan bersekolah di SERATAS, sekolah berasrama penuh bersebelahan Zoo Taiping tu :) Bila musim sukan, kena pulak merentas desa...pusinglah satu Taman Tasik Taiping tu...kena kat saya yang kaki bangku ni, mulalah cari jalan rentas ikut titi yang indah tersergam tu. Nasib malang, kena tahan dengan Cikgu Fizik yang terkenal garang tu. Mak oiii...taubat tak buat dah hehehe.


From : Sahaimi Khalili<shmiklm@tm.net.my>

Pada satu hari dalam tahun 1977 saya membawa isteri ,adik perempuan dan anak saudara perempuan saya ke Taman Tasik Taiping untuk berehat dan berkelah. Semasa kami berada ditepi tasek itu terdengar suara sumbang dari mat-mat lepak mengganggu kami dengan kata-kata sindiran seperti "tak kan nak makan sorang kut pas lah kat kami sama" dan bermacam-macam kata usikan.Ternyata isteri saya cukup sensitif dan terus mengajak saya balik kerumah kami di Taman Taiping Garden .Segala makanan yang kami bawa, dibawa pulang dan makan dirumah.
Bila-bila saja kami sampai ketempat itu nostalgia tersebut datang menjelma.Sekarang anak-anak saya dah besar kami akan tetap berkunjung kesana kiranya ada kesempatan.


From : Mohamad Ramlan bin Dali<reango@yahoo.com>

kalau boleh tolong hantar pada i gambar pemandangan yang menarik masuk ke email i tuuu .boleh tak....kerja sama anda di hargai. i pun orang taiping jugak.


From : Abd Razak Nordin<abdulrzk@tm.net.my>

Saya berasal dari Matang, Taiping. Bersekolah di Taiping. Terima kasih kerana memasukkan gambar Taman Tasek Taiping. Bagi saya.. tinggal kenangan.Wassalam


From : Shaba<shaba77@yahoo.com>

Saya adalah rakyat jati Taiping berasa bangga dengan apa yang terdapat di bandar warisan ini.


From : Hafiza<s_4eva@hotmail.com>

Taman Tasek Taiping nih memang best... esp utk posing-posing.. dalam gambar cam kat oversea caya aaa taiping hehehe... lagi satu kan.... taiping laa tempat berputiknya admire aku kat sorang budak tu... adusss.... angau tull aku nih taiping... kata cikgu english aku taiping is the most romantic place in malaysia...cheh... tak sangka aku... tempat aku menuntut ilmu tak sampai 10 bulan tu aku punya la sayang
rasa cam nak pegi jerr kalo la aku jadik ngan admire aku tuh heheh... ke situ lak aku nih.. ok la... bagi aku... taiping the best place in perak...


From : Mohd Bakhtiar Ghani <ya_501@hotmail.com>

Selalu lepak ngan member fitri,syed,bob g'are,mi,aspa.mizi saja petang-petang lepak ngan diorang.memang best.macam2 kitaorang buat.harap2 pekara macam tu akan berulang lagi.ngorat, main kereta control dan macam2 lagi.bestnyer.tapi itu semua tinggal kenangan bagi ku. semua budak tadi tu dah takder.semua dah ambung belajar.aku pun kini tinggal di kl.jadik hari cuti jer aku balik.aku ingin jupa budak2 king edward spm97.rindu la kat korang


From : Rohaizam Yusoff <zam52@hotmail.com>

Taman Tasik Taiping.........tempat yang paling best untuk pemancing. Tapi jangan waktu siang nanti kena tangkap, nak fishing pegi waktu malam. Syok Ooo......ikan keli, lampam, lekor, macam-macamlah dugong je takde. Aku ade gak bawak awek jalan-jalan kat sana gi Zoo, main kayuh-kayuh, seronok betul dia. Berpeluh-peluh dia punya kayuh.


From : King Londz <rmm25@hotmail.com>

Setiap tahun balik Taiping jumpa famili mertua. Bagus suasana Lake Garden ni, tenteram dan segar lagi nyaman, banyak pokok besar tumbuhan2 lain(berjaga sempurna). Cantik lagi kalu ada RC race track (Radio Control car) kan, lain kali boleh bawak balik kereta(RC) sekali, tiap kali bila balik Taiping. Boleh race.


From : Raihan <raisya_smile@yahoo.com>

Sebagai anak jati taiping, saya turut bangga dgn pandangan orang ramai mengenai keindahan taman tasik taiping.oleh itu,bersyukurlah kita dgn kurniaan yg indah ini dan peliharalah ia untuk generasi akan datang.


From : Suraya Hasan Basry <aashifa@tm.net.my>

Indah dan mendamaikan. kalau balik ke taiping mesti singgah TTP bersama keluarga tercinta. tapi sayang..orang dikasihi iaitu abah dan pakngah telah kembali kerahmatullah. Tiada seri lagi.Bila dah berkawin terasa ingin mengulangi kenangan lalu dengan mengunjungi TTP. Tetapi suami tidak pernah memahami kehilangan orang tersayang dan kenangan bersama orang tersayang!


From : Norazlina Zulkiflee <nazlynn_81770@yahoo.com>

thank's coz abadykan gambar Taman Tasik Taiping yang sememangnyer cantik dan menakjubkan...pasti memikat sesiapa yang memandangkan...pasti rasa nak datang.kan rugi sangat kalau tak pergi.. tempat nie bleh release tension...kalau nak date pun ok gak hi.hi.whateverlah terpulanglah kat korang nak buat aper kat situ..jangan cemarkan tempat best tue udah le..right. dulu aku selalu gak gie lepak situ hujung minggu ngan member...best...kalau bleh nak canang kat org ramai yang bandar Taiping memang best....chow


From : Budak Nakal<budaknakai@yahoo.co.uk>

Taiping bandar yg permai dan indah..tapi sayang penghuni bandar taiping tak tahu nak menghargai keindahan bandar taiping..aku berasal dari taiping..17thn aku hidup kat bandar taiping..ako masih ingat lagik suatu ketika dulu .waktu zaman persekolahan ako .burmesee pool,taman tasik taiping,austin(taman suria)bersih,bukit maxwell bukit jana..dgn pokok yg menghijau...seronok sgt tgk bandar taiping masa tuh...tapi bila aku balik taiping baruČ nie yarabbi terkejut besar ako..kotor..sampah merataČ dah ler tuh siap dgn pampers..sampah tersangkut kat batuČ..malu tersgt malu dgn kawan ako dari oversea...punyer ler ako promote bandar taiping kat dier..tapi bila dah jadi mcm tuh..rasa mcm nak tampal jek muka dgn kulit bewak..wei tolong ler wahai penghuni bandar taiping sekarang..pls ler..nie bandar kita..tolong ler jaga kebersihan..ingat bukan utk kita tapi utk generasi yg akan dtg...bukan nak kata ako nih skema ker aper..ako pon brutal jugak dulu..dgn braindead ler dgn lamia ler..dgn m! estomemen ler...tapi kalau korang pegi germany korang tgk budakČ punk dgn skinhead kat saner...ako respect kat diorg..kalu diorg jumper sampah kat jln diorg punggut sampah tuh masok dlm trash bin..Pls ler weii...


From : Khatijah <mahsuree@hotmail.com>

Taiping memang cantik..... setiap kali balik aku mesti pi melawat TTT.... aku mesti singgah sekejap di gerbang Daulat Tuanku SERATAS...tu sekolah aku dulu tu....cantiknya....terasa nostalgia lama berulang kembali....

untuk cikgu-cikgu seratas yang sama-sama menjadi perintis SERATAS dulu aku ucap kan selamat maju jaya.... Salam buat kawan-kawan lama .. Ida, Mizah, Dora, hazel, leni, haz, aspa, eni. adik alias ( alias kalau baca ni contact Kak Ct yer) ... dan semua yang kenal aku....


From : Ahmad bin Mokhtar<madjar_acu@hotmail.com>

Anak saya bersekolah diSERATAS. Sekarang ini dia tingkatan 2 (2002) lelaki.Dua minggu sekali kami kesana & ke TTT. Sekian


From : Anuar<bohjan@eminem.com>

Saye cume nak cakap taiping mmg best. nak comment skett kat si Budak Nakal (budaknakai@yahoo.co.uk) ala mamat.. kalau lu tu brutal sgt, respect sgt kat lahanat german tu.. lu sendiri aa kutip sampah tu.. pampers la.. sampah kat batu la.. lu kutip aa,baru org lain respect kat lu.. baru org lain ikut cakap lu.. chiow


From : Abd. Aziz b. Jaafar<abdaziz1507@hotmail.com>

Saya anak jati daerah Larut Matang tetap berbangga dgn keindahan TTT tidak lengkap apabila pulang ke kpg. sekiranya tidak mengunjungi TTT.Saya kini berada di Pantai Timur.


From : Che Rusli Ibrahim<Zaily17@tm.net.my>

Aku masih ingat lagi bila aku mula-mula datang bekerja diTaiping,(KEMTA) so hari-hari minggu apa lagi aku lepaklah kat TTT sambil jamu mata tengok mak we,Maklumlah mak we aku tak tinggal disini.Tapi oleh kerana diTTT ini sungguh nyaman so aku ajak mak we aku date katTTT ni setiap kali cuti,tempat yang paling kami gemor lepak apa lagi kat Buaya batu tulah,tapi paling aku tak gemor bila hujan semedang aje,apa taknya kami date datang dengan motor,basah kuyuplah jawapnya.


From : khairul Nizam<nizam@microcorp.com.my>

aku nie taiping boy..aku memang cinta habis dengan town nie. Nanti kalau aku dah berjaya di rantauan, banyak duit,kaya raya..aku nak balik lepak taiping, buat rumah besaq-besaq utuk mak aku dan family aku. I LOVE TAIPING VERY MUCH.......banyak kenangan pahit,manis aku kat taiping nie dulu, sebab tu menjadikan aku lebih tabah dan matang menghadapi cabaran kat rantauan. Thank you taiping....


From : ahmad fuad<fuad_19@hotmail.com>

wah,dah lain ek ttt ni. dulu aku ingat lagi beli askrem ngan kacang puteh lepas tu pi zoo kat sebelah.2 cite lame tahun 1983...skarang bkt. maxwell best lagi ke?


From : hashimotosan<sukhoi44@yahoo.com>

Menyimpan suatu yang penuh noltagia dan misteri buat teman-teman 'kakimoto' suzuki X7 1981.


 


This page hosted bye
Geocities

Malaysia HyperBanner Network

Kembali Ke Taiping Love Website

1