Tamadun Islam HWT 200
Sebelum diteruskan elok rasanya diberi pengertian tentang tajuk yang akan disampaikan melalui karangan yang akan saya karangi iaitu 'Tunjukkan Dengan Jelas Bagaimanakah Keluhuran Akhlak Boleh Dilaksanakan Di Dalam Dunia Perniagaan'. Daripada tajuk dapatlah ditafsirkan bahawa tunjukkan dengan jelas ialah memberi penjelasan yang secukupnya bersama bukti-bukti yang kukuh lagi nyata, keluhuran akhlak pula boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang baik yang merupakan sifat semulajadi dalam sanubari seseorang yang melahirkan perbuatan, perkataan atau perkara-perkara lain yang mulia, indah dan terpuji yakni secara langsung meninggalkan perkara-perkara yang tercela, hina dan buruk.
Menurut ilmuan Islam, akhlak yang baik ialah satu sifat atau perbuatan yang berlaku tanpa dipaksa yakni rela seperti reda, pemurah, hormat, penyantun, cermat, malu, jujur, syukur dan sebagainya. Ilmuan Islam menyatakan, sifat yang tercela pula dihindari seperti dengki, haloba, tamak, dendam, sombong, riak, takbur dan sebagainya. Di dalam perbincangan yang saya akan saya utarakan nanti lebih dikaitkan tentang akhlak dalam dunia perniagaan.
Jika kita merenung pada zaman rasullulah dan para sahabat, didapati mereka ini amat gemar berniaga . Rasullulah sendiri adalah peniaga berjaya kerana selalu mencipta keuntungan yang besar ketika berniaga dan isteri pertama baginda juga terpikat kepada rasullulah kerana kepintaran dan kejujuran rasullulah ketika berniaga. Allah tidak melarang manusia berniaga malah mengalakkannya mengunakan cara-cara yang betul.
Tamadun Islam HWT 200
Ini kerana, berniaga juga termasuk di dalam pekerjaan atau amalan yang berfaedah dan Islam menyanjung tinggi segala perkara yang bukan sia-sia. Perkerjaan itu termasuk di dalam tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Perniagaan bermaksud satu jenis perniagaan atau cara mendapatkan rezeki.
Perniagaan adalah satu pekerjaan penting dan Al-Quran telah menyebut istilah berkaitan dengan peniagaan sebanyak 370 ayat. Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia, bukan hanya tertumpu kepada jual beli semata bahkan bekerja dengan pihak swasta dan kerajaan tergolong di dalamnya, yang berbezanya di sini ialah perkhidmatan dibayar dalam bentuk wang diterima sebagai upah. Jika dilihat dalam perspektif yang luas bolehlah dikatakan bahawa perniagaan adalah satu cara mendapatkan rezeki melalui pertukaran barang dengan wang atau pertukaran perkhidmatan dengan wang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan atau pertukaran barang dengan barang. Segala ini dirangkumi oleh istilah "Tijarah".
Di dalam dunia perniagaan, terdapat undang-undang atau kaedah yang mesti dipatuhi yang kebanyakkannya menitik beratkan tentang keluhuran akhlak. Antara kaedah yang dituntut ialah 'Persetujuan Bersama'. Ini adalah satu konsep umum dalam perniagaan. Terdapatnya rasa bersetuju antara pembeli dan penjual dan tidak harus ada paksaan dalam urusan jual beli. Menurut konsep jual beli dalam Islam, seseorang yang mendapat keuntungan tidak boleh mengakibatkan seseorang yang lain mendapat kerugian, mestilah ada timbal balas yang seimbang, saksama lagi adil. Islam
Tamadun Islam HWT 200
melarang keras sebarang cara penipuan, menyembunyi maklumat dan berbohong di dalam perniagaan seperti seruan Al-Quran surah An-Nisa' ayat 29.
"Perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu "
Keadilan amat dituntut dalam semua urusan hamba-hamba Allah. Keadilan amat diperlukan dalam kehidupan seharian bukan sahaja di dalam urusan perniagaan malah kehidupan sosial, politik dan urusan-urusan lain. Terdapat beberapa hukum yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan keadilan di dalam dunia perniagaan antaranya menunaikan janji, menimbang dan mengukur dengan jitu, benar dan jujur, kecekapan dan keupayaan, perlindungan dan adab dalam perniagaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa konsep keadilan dalam di dunia perniagaan amatlah luas. Konsep ini tidak dapat dipisahkan dengan keluhuran akhlak. Bagi dunia perniagaan hanya dengan akhlak yang luhur dapat menjamin keadilan.
Jika dilihat di dalam adab-adab perniagaan di dalam Islam terdapat banyak sifat terpuji yang harus dicontohi dan diasimilasikan dalam kehidupan seharian. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan tonggak dalam menentukan cara-cara untuk memelihara kesopanan dan kesusilaan dalam berurusan sesama manusia dalam hal-hal jual beli. Antara sifat yang harus dilaksanakan ialah lembut hati, bertoleransi, berbahasa halus, memaafi, sedia meringankan beban orang lain, tolong–menolong dan sebagainya. Sekiranya seseorang peniaga melaksanakan perkara ini, nescaya pelangan-pelangannya akan merasa yakin dan senang untuk membeli barangannya dan ini akan
Tamadun Islam HWT 200
menguntungkannya atau menjadi harta penting buat si peniaga.
Islam begitu menitik beratkan keadilan dari segi timbangan, seseorang peniaga yang berakhlak mulia akan memperolehi kepercayaan pelangan sekiranya melakukan penimbangan dan pengukuran dengan jitu terhadap barang-barang yang dijualnya. Jika kita lihat di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya kebanyakkan barangan dijual mengikut timbangan, oleh itu Al-Quran telah menekankan hal penimbangan dan pengukuran yang tepat lagi jitu dalam beberapa ayat antaranya.
"Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia telah meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adiil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu" (Ar-Rahman, ayat 7-9)
"…..Maka sempurnakanlah ukuran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang ukuran dan timbangannya……" (Al-A’raf, ayat 85)
Islam adalah agama yang mulia, maka seluruh penganutnya juga dituntut berkelakuan mulia antaranya seperti bersifat benar, bersih, ikhlas dan jujur yakni mempunyai akhlak yang luhur. Dalam dunia perniagaan, segala aspek-aspek yang berkaitan dengan pendustaan atau penipuan ditolak sama sekali. Allah melarang orang-orang yang berdusta tetapi menyukai orang yang bersifat benar . Firman Allah,
"Seseorang yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada
Tamadun Islam HWT 200
ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta" (An-Nahl, ayat 105)
Seringkali kita lihat di dalam dunia perniagaan moden ketidakadilan dalam urusniaga sering berlaku antaranya amalan riba dan penipuan. Jika diselami beberapa buah kitab ekonomi terkemuka islam, malah Al-Quran dan As-Sunnah sendiri, jelas menyatakan amalan riba adalah satu amalan yang amat dikeji oleh Islam. Riba adalah suatu kezaliman dalam bidang perniagaan. Riba boleh menyebabkan sesuatu pihak yang tidak berusaha memperolehi sesuatu yang sepatutnya diperolehi oleh pihak yang telah berusaha, dengan kata lain, ketaksamaan telah berlaku. Riba adalah satu-satu dosa yang berat seperti yang ternyata dalam surah Al-Baqarah (ayat 278-279).
" Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggallah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kau tidak mengerjakan ( meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Maka jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula ) dianiaya"
Maka demi melaksanakan perintah Allah, amalan riba ini haruslah dijauhi oleh peniaga-peniaga.
Seringkali kita lihat di peti-peti televisyen dan juga di dada-dada akhbar, iklan-iklan dan penggunaan wanita di dalam iklan tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua iklan-iklan di dalam apa lagi di luar negara menggunakan wanita, tambahan pula ramai dikalangan wanita itu ‘bersahaja’ sambil mendedahkan aurat seperti dada, rambut dan
Tamadun Islam HWT 200
sebagainya. Pengeksploitasian wanita untuk melariskan barangan jualan ini jelas menunjukkan rendahnya mutu akhlak dikalangan wanita oleh media massa. Seperti yang diperjelaskan oleh rasullulah, wanita adalah golongan yang mulia. Maka tidak wajarlah menggunakan mereka dalam apa jua hal yang menyebabkan mereka dipandang seperti insan yang tidak berakhlak luhur.
Kesimpulannya, Islam adalah satu agama samawiyah yakni satu agama yang diturunkan dari langit yang mengambarkan satu cara hidup sempurna dan merupakan agama yang benar, adil lagi syumul, segala yang terkandung di dalam Islam adalah untuk kepentingan penganutnya dan telah dijamin, barang siapa yang melaksanakannya dengan sempurna akan mendapat manfaat yang baik begitu juga sebaliknya. Di dalam dunia perniagaan Islam, segala peraturan yang ditetapkan bukanlah untuk menyusahkan para pembeli dan penjual malahan untuk memudahkan sambil memelihara beberapa sifat murni yang sedia ada dalam diri manusia. Sekiranya terdapatnya akhlak yang luhur di dalam dunia perniagaan, dijamin segala urusan jual beli akan menjadi lebih mudah dan teratur malahan menjadikan perniagaan itu satu pekerjaan sihat dan disenangi oleh semua umat.
Tamadun Islam HWT 200
Bibliografi