Kenapa Pasang surut?

Grapik di bawah menunjukan tarikan graviti pada bumi dari bulan dan matahari, yang membuat air lautan pasang dan surut.

tides.gif

Air laut di bumi sentiasa begerak.  Paras air di laut turun naik seharian mengikut keadaan tarikan graviti matahari dan bulan pada bumi.  Sementara bulan mengelilingi bumi (28 hari) and seterusnya kedua dua ini mengelilingi matahari (365 hari) satu tarikan graviti menekan paras air lautan di bumi untuk naik dan turun.  Ini dinamakan pasang dan surut.

Bayangkan bumi ini di penuhi dengan air.  Sementara bumi berpusing mengikut paksinya, air lautan akan merata seimbang di semua bahagian bumi, kerana kuasa tarikan centifugal.  Tarikan graviti bulan pula menguasai lapisan air lautan sementara mengilingi bumi (28 hari).  Ini membuat lapisan air lautan mengembung pada bulan.Kerana bumi juga berputar air lautan juga mengembung di sebelah berlawanan.

Ketika bumi berputar mengikut paksinya, setiap lokasi di bumi akan menerima kedua mengembung air  lautan ini.  Lokasi yang menerima pengembungan yang tinggi akan mengalami air pasang, dan sebaliknya lokasi yang menerima kenipisan akan mengalami air surut.

Oleh kerana bumi dan bulan mengelingi matahari, ada lagi satu tarikan yang yang pasti.  Ketika kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam satu barisan lurus, satu kuasa tarikan graviti yang sangat kuat terjadi.  Di mana satu pengembungan air yang sangat tinggi berlaku. Ini dinamakan "Pasang Perbani" (Spring Tide).  Di mana pula ketika bulan dan matahari berada di tepian, kesemua tarikan akan jadi lemah dan ini membuat "Pasang Anak" (Neap tide).

Masa air pasang dan surut berbedza seharian di mengikut lokasi.  Ketika bumi berpusing mengikut paksinya, dan bulan bergerak mengilingi bumi, dan seterusnya kedua dua kejadian ini akan membuat perbedzaan tarikan graviti di antara satu sama lain kepada bumi.  Ini akan mengadakan pasang surut pada masa yang bedza di mana mana tempat di bumi.  Lokasi geograpi tempat akan menentukan masa ketinggian pasang surut.
 

Kenapa pasang surut untuk pemancing.

Kata orang tua masa yang sesuai untuk memancing adalah ketika air baru hendak naik pasang atau baru hendak turun surut.Memang terbukti halnya sedemikian.Akan tetapi menentukan masa yang tepat untuk menentukan bila agaknya keadaan itu agak susah hendak di ramal.Kerana masanya tak menentu seharian. 

Kenapa harus ikan makan semasa baru pergerakan air ini?Adalah di ketahui bahawa bahan makanan akan mula begerak, dan inilah masanya ikan makan dengan lahapnya.  Setelah arus begerak dengan pantas, ikan ikan telah kenyang dan akan berehat.Masa ikan makan hanya beberapa minit sahaja.Mengikut penyelidikan mereka hanya makan dalam masa 10 – 20 minit sahaja.Ini berlaku 2 atau 4 kali sehari di antara hari bulan ke 2 hingga 13 dan 16 hingga 26.Satu hari bulan adalah hari anak bulan terbit.

Ikan juga sibuk makan ketika air pasang yang paling tinggi.Ini berlaku pada hari ke 27 hingga 28 dan 14 hingga 15 hari bulan.Pada masa ini air pasang perbani berlaku.Mengikut kajian pada ketika ini ketam, kerang dan batu batu karang akan mengeluarkan telur.Entah alam semulajadi telah membuat binatang binatang ini, dapat tahu hal sedemikian, danmengeluar kan telur supaya benih benih mereka dapat disebar ke kawasan yang luas.Ketika ini juga ikan ikan kecil akan berpesta memakan telur telur ini.Seterusnya ikan ikan besar akan memakan ikan kecil.Pemancing mengambil kesempatan.

Saya telah mengumpul data data mengenai masa bulan terbit, bulan di atas kepala, bulan terbenam dan bulan di bawah kaki.Ini adalah mengikut kodinat Jeti Miri.Mengikut kajian saya yang telah di kumpul selama tiga tahun, saya telah dapat membuat kesimpulan bahawa:

1.Ikan mula makan setengah jam sebelum bulan terbit.  Selepas bulan terbit ikan-ikan tidak akan makan, kecuali bangsa pemansa.

2.Jadual kedua adalah setengah jam sebelum bulan berada di tengah tengah atas kepala ini adalah 6 jam 10 minit selepas bulan terbit.  Berlaku selama satu hingga dua jam pada pasang perbani.

3.Jadual ketiga bermula apabila bulan terbenam dan ini berlarutan setegah jam.

4.Jadual ketiga adalah enam jam 10 minit selepas bulan terbenam.  Ini berlaku setengah jam sebelum bulan di bawah kaki dan dalam jangka satu jam.

Di antara lainnya adalah setengan jam sebelum matahari naik, dan ketika matahari terbenam.Entah ikan ikan dengan secara semulajadi mengikut pergerakan bumi dan matahari.

Waktu tepat untuk menentukan masa tersebut di atas telah di kira mengikuti pengira bulan seperti jam tangan Casio FT-100W dan WX-tide programs.Data data yang saya telah sediakan adalah kombinasi dari alat dan program tersebut mengikut kordinat Miri.Boleh digunakan lingkongan kuala Baram, Baronia, Tukau dan Siwa.

webmaster: Musa Musbah

 
 

for information, suggestions or inquiries contact
Musa Musbah

last updated 2 Nov 2000

1