Pmm Logo

Pmm Logo

Pmm Logo

Our Company, My Company Logo


SEJARAH


Ramai penduduk dari rumpun Melayu di sekitar daerah ini telah berhijrah ke bandar Miri setelah penemuan Minyak pada tahun 1910. Sejak itu perasaan semulajadi orang-orang Melayu telah mendorong mereka untuk bermuafakat menubuhkan satu persatuan yang boleh menjamin perpaduan dan masa depan orang Melayu yang lebih cerah.

Berbagai pertubuhan telah ditubuhkan. Di antara nya PERSATUAN PERSEKUTUAN MELAYU MIRI yang ditubuhkan pada tahun 1930, PERSATUAN MUSLIMIN MIRI pada tahun 1937, SAHABAT PENA MIRI" dan PERSATUAN PEMUDA MELAYU SARAWAK MIRI" pada tahun 1946. Namun demikian semuanya telah terkubur tanpa nisan.

Dengan semangat yang tidak kenal dengan perkataan GAGAL yang terdiri dari sekumpulan hamba Allah telah menubuhkan "PERSATUAN MELAYU MIRI" pada 31hb. Mac 1959. Persatuan ini masih unggul dan masih tegak meneruskan kegiatan-kegiatan agama, kebajikan, sukan, dan sebagainya.

Diantara aktiviti-aktiviti awal PMM ialah dalam bidang kebajikan masyarakat, sukan, pelajaran, dan kebudayaan. Untuk mendapatkan sumber kewangan, PMM tekun bergiat mengadakan pertunjukan-pertunjukan pentas. Disinilah semua bakat pemuzik, penyanyi, pelakon, pelawak dan pengarah orang Melayu dicambah. Tidak ketinggalan juga dari segi pelajaran dan agama.

Bangunan pertama PMM telah didirikan pada tahun 1964 dan bangunan kedua pada 1973.


Kembali ke Persatuan Melayu Home page.

1