Jenis Penyamanan Udara ini adalah yang paling popular serta paling banyak digunakan pada masa kini. Jenis Penyamanan Udara ini biasanya boleh didapat dalam lingkungan 3/ 4 H.P hingga 7.5 H.P (Kuasa Kuda) atau dalam lingkungan 7000 Btu hingga 675000 Btu.
Secara amnya Penyamanan Udara Jenis Pisah ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Unit Dalam dan Unit Luar. Unit Dalam yang mengandungi Penyejat dan kipas empar serta 'Micro-controller'. Unit Luar pula mengandungi Pemampat, Pemeluwap termasuk kipas dan Peranti Pemeteran.
Jadual dibawah menunjukan jenis rekaan serta kuasa kuda yang boleh didapat dalam pasaran.
JENIS |
KESAN PENYEJUKAN (COOLING CAPACITY) |
DINDING |
7000 - 25000 |
SILING/LANTAI |
10000 - 60000 |
SILINGKASET (CEILING CASSETTE) |
18000 - 50000 |
Langkah-langkah Menyervis
ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KERJA BAIK PULIR DENGAN SENDIRI.