Mesin dan Peralatan
Jenis-jenis Mesin Gerudi
Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga
digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang sengat, membenang
dalam dan meratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi, seperti:
- Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.
- Mesin gerudi tiang
- Mesin gerudi jejarian
- Mesin gerudi mudah alih
- Mesin gerudi kerja khas
- Mesin Gerudi Tekan ( Jenis meja dan lantai )
Mesin ini dinamakan mesin gerudi
sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul
ditentukan dengan merasa gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini
terdiri daripada 2 jenisiaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang
pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan
dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil
kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi
yang mempunyai saiz sehingga 13mm sahaja.
- Mesin Gerudi Tiang
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika
dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan
untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukannya stabil. Bentuk mesin ini hampir
sama dengan bentuk mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah dan
hantaran berkuasa aautomatik, dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan keljuan
spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.
- Mesin Gerudi Jejari
Mesin gerudi jejari sesuai digunakan untuk menggerudi lubang
pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti
spindalnya boleh bergerak ke luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini
dipasang diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi
ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan benda kerja. Dengan itu kerja tidak
perlu diset berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala
universal yang boleh dikilas pada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak
pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini
ialah:
a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.
b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
c) pemilihan kelajuan lebih luas
d) tegap dan tidak bergegar
- Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin ini mudah dibawa ke sana kemari. Gunanya ialah
untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua
jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu:
a) Jenis Pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah tangan. Ia sesuai digunakan untuk
kerja-kerja ringan.
b) Jenis Kerja Berat
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah tangan. Ia
digunakan untuk kerja-kerja berat.
- Mesin Gerudi Khas
Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk pelbagai
kegunaan, bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jeni-jenis mesin gerudi khas ialah:
- Mesin Gerudi berbilang Spindal
- Mesin Gerudi Regu
- Mesin Gerudi Turret
- Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.
Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi Tiang
Tapak
Tapak diperbuat daripada besi tuang. Oleh sebab tapak tersebut berat, kedudukan mesin
mesti stabil. Terdapat lurah-lurah T yang berfungsi untuk memegang benda kerja yang
besar.
Turus
Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang pada tapak. Di bahagian hujung
sebelah atas dipasang motor. Alatan lain yang dipasang pada turus ialah meja.
Meja
Meja diperbuat daripada besi tuang, berbentuk segiempat bujur dan bulat. Lurah T yang
terdapat pada meja berfungsi untuk mengikat ragum mesin atau benda kerja. Meja boleh
digerakkan turun naik atau dikilas pada sebarang sudut. Ia juga boleh ditempatkan di
mana-mana kedudukan yang sesuai disepanjang turus
Pengawal Kelajuan Motor
Alat ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Fungsi utamanya ialah memutarkan spindal
dengan perantaraan takal dan tali sawat. Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang
biasanya mempunyai empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang dipasangkan
gear belakang bagi menambahkan lagi pilihan kelajuan.
Spindal
Spindal diperbuat daripada keluli. Lurah-lurah gelugur diperbuat bagi membolehkan ia
berputar. Spindal juga boleh digerakkan turun naik dengan pertolongan rak dan gear pinaan.
Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse No. 2 untuk disesuaikan dengan tirusan batang
gerudi, cuk gerudi, adptor, soket dan liang sendi.
Pengawal Hantaran
Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan. Bahagian hujung tuil penghantar dipasang
dengan gear pinan dan rak dipasang pada soindal. Dengan ini spindal boleh bergerak turun
dan naik apabila tuil penghantar diputarkan. Spring lingkar pula dipasang bagi
mengembalikan tuil penghantar kepada kedudukan asal.
Tolok Pengawal Dalam
Kebanyakkan mesin dilengkapi dengan alat ini bagi memudahkan menggerudi mengikut dalam
lubang yang dikehendaki.
Gerudi
Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses
menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesi gerudi atau mesin pelarik.
Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.
Jenis-jenis Gerudi
Gerudi terdapat dalam pelbagai jenis iaitu:
- Gerudi Pintal
- Gerudi Lurah Lurus
- Gerudi Rata
- Gerudi Benam
- Gerudi Pusat
- Gerudi Melubang Senggat
- Gerudi Pintal
Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai
dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya
berbentuk kon dan di canai supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan dan sudut kelegaan.
Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu:
- Gerudi Pintal Tiga Lurah atau empat Lurah
Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang
sedia ada seperti lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh memotong
dengan lebih banyak, boleh menyokong gerudi dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan
permukaan lubang dengan lebih licin dan tepat.
- Gerudi Pintal Lubang Minyak
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir pemotong boleh
turun sampai ke tepi pemotong, Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan dilincirkan, tatal
keluar dengan lebih cepat dan sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan
kerja-kerja pengeluaran.
- Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu mudah
untuk memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk menggerudi lubang yang
dalam. Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.
- Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut Helixs Tinggi
Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil
ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 300.
Keistimewaan gerudi pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi logam
tempawan dan logam liat. Selain itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi
pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian,
asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.
- Gerudi Lurah Lurus
Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi
bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminum dan juga logam nipis kerana ia
tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi
lurah lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.
- Gerudi Rata
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang
sesuai. Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut kelegaan pulaantara 50 hingga 120
bergantug pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa
ini kerana banyak terdapat kekurangan. Antaranya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa
bulat, saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.
- Gerudi Benam
Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada
hujungnya dan berbentuk kon. Sudut matanya ialah 900 hingga 1200. Gerudi benam digunakan
khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau lubang rivet boleh dipasang.
Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.
- Gerudi Pusat
Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat
biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar
600 dan 1200 di kedua-dua hujungnya. Ia boleh didapati dalam
pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja
pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.
- Gerudi Melubang Senggat
Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru
Allen serta untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat kedudukan nat,
kepala pasak atau kengkangnya.
Bahagian-bahagian Gerudi Pintal:
Badan
Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada:
- Hujung mata
Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai
dengan sudut kandung 1180, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini, dengan
masing-masing membentuk sudut 590 dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada
garis pusat gerudi.
- Pusat mata
Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada
pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan
gerudi masuk ke dalam permukaan logam.
- Bibir Pemotong
Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia
terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
pemotong ini dibuat sama panjang.
- Lurah
Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah:
i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon
ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar
iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.
iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
e) Lengkang Lurah
Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang
belakang gerudi dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.
f) Jidar
Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk
memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran
ini bpleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh
menyebabkan gerudi tersepit.
Batang
Bahagian gerudi yang masuk ke dalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi
dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
- Batang Lurus
Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang.
Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.
- Batang tirus
Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mampunyai saiz lebih daripada 13 mm.
Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh dipasang pada spindal
mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan lubang
spindalmesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan Morse.
Putting
Putting berbentuk nipis, terletak dibahagian pangkal gerudi. Putting terdapat pada
bahagian batang tirus sahaja. Putting berfungsi untuk memudahkan gerudi diputar kerana
putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket
atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan mudah dengan menggunakan
alat perenggang.
Sudut Pemotong dan Sudut Kelegaan Bibir Pemotong
Terdapat tiga jenis sudut yang perlu diberi perhatian apabila mencanai mata gerudi:
- Sudut Pemotongan
Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 590 dari paksi iaitu
membahagi dua sudut kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul dengan
sendirinya bibir pemoong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang dihasilkan akan
menjadi lebih besar, Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi.
- Sudut Kelegaan Bibir Pemotong
Sudut kelegaan bibir terbentuk dengan mencanaikan
permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ialah supaya
permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja.
- Sudut Heliks
Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah
sedi dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam.
Coolants
Ia digunakan untuk mengawal suhu komponen kerja dan peralatan. Selain daripada
itu ia juga digunakan untuk:
a) mencuci bahan yang diproses dan mengawal habuk
b) mengurangkan kuasa yang diperlukan untuk menggerudi
c) mengelakkan pengaratan keatas alatan dan bahan yang diproses.
Coolant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, mineral coolant dan latte oil coolants.
Coolants yang biasa digunakan ialah mineral coolants kerana kosnya lebih murah.
Mesin Mencanai
Mencanai adalah merupakan salah satu proses yang amat penting di dalam menghasilkan
permukaan yang licin dan menajamkan peralatan. Mesin canai boleh dibahagikan kepada dua
jenis, mesin canai bench dan mesin mencanai bertiang.
- Mesin mencanai meja
Mesin mencanai jenis ini adalah bersifat universal. Ia
berkeupayaan melakukan pelbagai kerja-kerja menggerudi. Mesin ini dilengkapi dengan 2 roda
canai yang berukuran 200x30mmx20mm bore. Mesin ini juga dilengkapi dengan pelindung roda
canai, pelindung mata ketika mencanai dan takung coolants. Mesin ini menggunakan motor
electric yang beroperasi pada kadar 1/2kw dan disertai dengan butang starter.
- Mesin Canai Bertiang
Mesin canai ini juga bersifat universal dan dilengkapi dengan dua roda mencanai yang
bersaiz 200 x 30 mm x 20 mm bore. Mesin ini juga dilengkapi dengan pelindung roda canai
dan pelindung mata. Motor electric yang digunakan juga adalh sama seperti mesin canai
meja, iaitu berkuasa 12kw. Perbezaan kedua-dua mesin ini adalah mesin canai ini bertiang
manakala mesin canai meja tidak bertiang.
Langkah Keselamatan Ketika menggunakan Mesin-mesin Gerudi dan Canai
· Paastikan anda memakai pakaian yang sesuai ketika
mengendalikan mesin-mesin ini.
· Elakkan daripada memakai jam tangan dan barangan kemas.
Ini kerana barangan seperti ini boleh menarik perhatian mesin.
· Jangan bermain dan menggangu dengan rakan ada kerana
peralatan mesin-mesin ini amat merbahaya.
· Berikan tumpuan yang sepenuhnya ketika menjalankan
aktiviti.
· Ikut prosedur yang betul ketika menjalankan mesin
· Elakkan kerja berseorangan.
Langkah-Langkah Kerja
Procedure Menjalankan Kerja-Kerja Mengerudi dan Menggunakan Mesin Gerudi
Seperti mana yang kita sedia maklumkan, apabila hendak menjalankan
atau melakukan sesuatu aktiviti, kita hendaklah mengikut prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan. Tanpa prosedur yang betul sudah tentu kita tidak dapat menjalankan aktiviti
tersebut dengan betul. Begitulah juga dengan menjalankan aktiviti mengerudi ini. Disini
ada disenaraikan beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh para pelajar ketika menjalankan
aktiviti ini.
1. Sebelum menjalankan aktiviti menggerudi kita hendaklah memastikan apakah jenis bahan
yang hendak digerudi, ketebalan bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.
2. Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita hendaklah
menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus menggerudi bahan tersebut. Ini
adalah untuk memastikan penggerudian yang kemas dan lebih selamat.
3. Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil perlu ditebuk ke
bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan supaya bahan tersebut tidak lari ketika
penggerudian dijalankan. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan center punch.
4. Kemudian kita perlu menentukan pula jenis mata gerudi yang bersesuain dengan bahan
yang hendak digerudi itu. Contohnya saiz diameter mata gerudi tersebut dan sudut kandung
yang bersesuaian. Saiz mata gerudi yang saya gunakan ialah saiz 9, saiz 7, saiz 4, dan
saiz 2.
5. Apabila bahan-bahan ini sudah tersedia, pasangkan mata gerudi ke spindle dengan
kukuh supaya ianya tidak tercabut ketika penggerudian dijalankan. Kemudian laraskan meja
operasi untuk memudahkan lagi menggerudi.
6. Kelajuan mesin perlu dilaraskan sebelum mesin dijalankan atau selepas mesin
dijalankan. Ini adalah mengikut jenis mesin yang digunakan. Kelajuan mesin perlu lah
dilaraskan mengikut ketebalan bahan yang digerudi. Untuk bahan yang agak tebal, kelajuan
mesin perlulah perlahan, contohnya 800 rpm. Bagi bahan yang nipis kelajuannya boleh
mencapai tahap 2500 rpm.
7. Semasa aktiviti gerudi dijalankan, coolants perlu digunakan untuk meneutralkan suhu
mata gerudi. Coolants amat penting untuk mengekalkan lagi ketahanan mata gerudi dan
menggelakkan ia haus.
8. Apabila penggerudian selesai, alihkan bahan yang digerudi dengan cermat. Kemudian
bersihkan mata gerudi dantempatkannya semula ditempat yang sesuai.
Prosedur dan Langkah Kerja Mencanai dan Menggunakan mesin Canai
Seperti menggerudi aktiviti mencanai juga mempunyai prosedurnya yang
tersendiri. Diantaranya ialah:
i) Sebelum menggunakan mesin canai pastikan kedua-dua roda canai tersebut adalah sama
besar dan seimbang. Ini adalah untuk mengekalkan ketahanan mesin dan mengelakkan mesin
daripada rosak.
ii) Setelah kedua-dua mesin seimbang, pastikan juga kedua-dua mata canai tersebut tidak
haus ataupun masih lagi di dalam keadaan yang baik. Jika kurang memuaskan honning perlu
dijalankan ke atas roda-roda canai tersebut.
iii) Disamping itu jarak diantara penahan dengan roda canai juga mestilah dipastikan
supaya ianya tidak terlalu rapat atau terlalu jauh. Ukuran yang sesuai ialah 1m.
iv) Ketika mencanai kerapkan penggunaan coolant, supaya suhu diantara bahan dan roda
canai tidak terlalu tinggi dan dapat mengekalkan ketahanan alat dan bahan. Saya telah
diarahkan oleh instructor saya supaya menamatkan hasil kerja saya seperti di dalam
diagram.
|