Peralatan Kerja
a) Shearing machine -untuk memotong logam
yang nipis
b) Goggle -untuk melindungi mata
c) Spark lighter -untuk menyalakan
api
d) Logam -sebagai bahan kerja
e) Welding rod -sebagai bahan kerja
f) Tee screw -untuk membuka gas
g) Acetylene cylinder/Oxygen
cylinder;
i - regulator -untuk mengagihkan gas
ii - tank pressure gage -untuk
menunjukkan bacaan tekanan pada balang
iii - line pressure gage -untuk
menunjukkan bacaan tekanan yang
akan digunakan
iv - welding torch -untuk mengimpal
v - cutting torch -untuk memotong
vi - torch tip -sebagai muncung untuk
mengimpal atau memotong
vii - hose -untuk menyambungkan
regulator kepada torch
viii - cylinder cap -untuk
mengeluarkan gas oksigen dan acetylene
g) Troli -untuk meletakkan balang ooksigen dan
acetylene
h) Rantai -untuk mengikat balang agar tidak jatuh
i) Pembaris -untuk mengukur
j) Sesiku L -untuk membuat garisan lurus
bersudut 900
k) Penanda -untuk menandakan garisan
l) Perengguh(playar) -untuk mengepit besi
panas
Aktiviti-aktiviti yang di jalankan
- Memotong besi
1) Bagi memulakan aktiviti mengimpal, logam kerja
perlu disediakan.
2) Kepingan logam diukur pada saiz 100mm x 100mm
3) Dengan menggunakan shearing
machine, kepingan di potong
4) Antara peralatan yang digunakan semasa
aktiviti ini ialah sesiku L, penanda, dan pembaris.
II) Asas kimpalan gas oxyacetylene tanpa rod
besi
1) Ambil kepingan logam yang telah dipotong tadi
dan pastikan ia bebas daripada kotoran, minyak, gris dan sebagainya.
2) Dengan menggunakan penanda dan pembaris,
beberapa garisan di tandakan di atas kepingan logam tadi
3) Dalam aktiviti ini kami perlu memastikan
bahawa welding torch berada pada sudut 450 daripada permukaan logam
4) Proses pengimpalan perlu di lakukan dengan
mengggunakan api neutral
5) Cara untuk mengimpal ialah dengan memanaskan
kepingan logam tadi sehingga merah dan kelihatan cecair pada permukaan logam
6) Tolakkan cecair itu tadi ke kanan atau ke kiri
di sepanjang logam mengikut pegangan anda pada welding torch, sama ada
menggunakan tangan kanan atau kiri.
7) Lakukan sehingga ke hujung permukaan logam.
8) Setelah habis, acetylene di tutup dahulu dan
di ikuti oleh oksigen
9) Sebagai tambahan air sabun perlu di gunakan
untuk menguji semua sambungan. Jika terdapat sebarang kebocoran, ketatkan dengan
menggunakan spanar
III) Asas kimpalan gas oxyacetylene dengan
menggunakan rod besi /batang pengisi
1) Ulangi langkah 1-5
2) Celupkan batang besi tadi kedalam cecair putih
tadi dan gerakkan torch kehadapan sesudah mencelupkan logam tadi
3) Biasanya batang pengisi yang digunakan adalah
dari jenis yang sama dengan kepingan logam yang telah digunakan. Ini adalah kerana takat
lebur antara satu bahan dengan bahan yang lain adalah berbeza
4) Ulangi langkah 2 sehingga selesai
5) Ulangi langkah 8-9
IV) Mengendalikan stesen kimpalan gas
oxyacetylene
a) Cara memasang alat-alat kimpalan gas
1) Balang-balang oksigen dan acetylene diletakkan
diatas troli, dan perlu diikat dengan kemas dengan menggunakan rantai besi
2) Sedikit gas dikeluarkan bagi membersihkan
injap. Injap di buka dan di tutup dengan menggunakan Spidle key
3) Gunakan kunci spidle untuk membuka
gas dan laraskan Tee screw sehingga gas keluar. Tee Screw di
longgarkan bagi menutup gas. Dengan ini injap regulator dapat di bersihkan
4) Ulangi langkah 2 dan 3 bagi balang acetylene
5) Getah oksigen mempunyai kod warna biru atau
hitam dan getah acetylene berwarna merah
6) Pasangkan kedua-dua getah pada alator
masing-masing
7) Sedikit gas dikeluarkan bagi membersihkan
kekotoran yang terdapat didalam getah
8) Ambil blow pipe dan pasang getah
oksigen pada bahagian berbenang kanan (right hand thread) dan getah acetylene pada
bebenang kiri (left hand thread). Dengan cara ini kemalangan dapat di elakkan kerana
apabila oksigen dan acetylene berpadu dan di tambah dengan kehadiran api, maka letupan
akan berlaku.
9) Gunakan tip yang sesuai untuk di
pasang pada blow pipe
b) Jenis-jenis api dan cara melaraskannya
i) Api neutral
a) Semasa keadaan ini gas-gas bercampur dengan
kadar yang sama.
b) Digunakan untuk menyambung berbagai-bagai
jenis logam.
c) Mula-mula acetylene dibuka sedikit dan
pasangkan api dengan menggunakan spark lighter. Setelah api menyala, oksigen
di buka dan campurkan ia pada kadar yang sama sehingga 2 kon terbentuk.
ii) Api oksidising
a) Digunakan untuk memotong logam dan mengimpal
sebahagian besar logam
b) Kadar oksigen adalah lebih berbanding
acetylene
c) Cara untuk menghidupkan api adalah sama
seperti api neutral, cuma apa yang perlu di lakukan ialah meniggikan kadar acetylene, dan
kemudian melaraskan oksigen sehingga kelihatan 2 kon terbentuk dengan kon di dalam adalah
lebih tajam.
d) Api oksidising biasanya berwarna biru.
iii) Api carburising
a) Digunakan untuk memanaskan logam.
b) Kadar acetylene adalah lebih berbanding
oksigen.
c) Cara membukanya adalah sama, dan kemudian
acetylene di berasap. Oksigen pula di buka dan dilaraskan sehingga kelihatan 3 jenis kon.
d) Api amat mudah di kenali kerana 3 konnya.
- Dalam melakukan aktiviti ini kita dapat mempelajari mempelajari
teknik-teknik yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin kimpalan di bengkel.
- Pendedahan meluas oleh instrutor berpengalaman seperti En.Aziz
adalah sangat terperinci memudahkan bagi kami melakukan aktiviti ini sendiri dengan mudah.
- Walaubagaimanapun, kekurangan peralatan menyebabkan pelajar
terpaksa bergilir-gilir mengunakan alat kimpalan, menyebabkan tidak banyak aktiviti dapat
dijalankan.
- Pendedahan yang di berikan dapat membantu pelajar dalam memahami
mata pelajaran ini.
- Aktiviti ini boleh dimajukan lagi dengan menyediakan modul atau
buku khas sebagai panduan kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti yang dijalankan kerana
bagi kimpalan gas ia adalah sangat banyak peralatan yang perlu diketahui, ini menyebabkan
kami susah untuk mengingati apa yang hendak disampaikan oleh instruktor.
- Dengan itu maka pelajar akan lebih serius dan bersedia untuk
melakukan aktiviti yang dijalankan.
Kimpalan adalah salah satu cara untuk
menyambungkan 2 keping logam dan biasanya melalui proses pemanasan.
Manufactures menggunakan kaedah ini untuk membuat berbagai-bagai jenis bahan
antaranya kereta, peralatan rumah, dan perabot. Sektor pembinaan pula menggunakannya dalam
membuat bangunan, menyambungkan komponen-komponen, jambatan dan sebagainya. Walaupun
terdapat lebih daripada 60 welding proses, namun welding boleh di
bahagikan kepada 3 bahagian iaitu;
- fusion weldingcontohnya arc welding,
resistance welding dan gas welding.
- solid-state bonding contohnya deformation
bonding dan diffusion bonding.
- brazing and soldering digunakan dalam industri elektronik.
Gas weld menggunakan tenaga
haba yang tinggi daripada gas torch untuk menyambungkan dua logam. Gas
weld yang sering di gunakan ialah acetylene dicampurkan dengan oksigen.Acetylene
adalah gas yang tak berwarna yang di gunakan dalam proses welding dan untuk
membuat bahan kimia yang lain. Formula kiminya adalah C2H2. Acetylene
akan menyebabkan letupan apabila bercampur dengan udara. Jadi oleh sebab itu bebenang yang
mengikat oksogen dan bebenang yang mengikat acetylene adalah berbeza. Ini adalah sebagai
salah satu dari langkah kselamatan dan dalam hal ini kita tidak akan tersilap dalam
memasang getah pada alator. Disamping itu oksigen dan juga acetylene mempunyai kod warna
yang berlainan di mana kod warna bagi oksigen ialah hitam dan biru dan acetylene pula
ialah warna merah ataupun meronAcetylene yang bercampur dengan oksigen akan menghasilkan
api di mana suhunya boleh mencapai 33160C. api yang terhasil di kenali sebagai
oxyacetylene dan ia di gunakan untuk mengimpal dan memotong logam. Di dalam
memotong nisbah yang di perlukan bagi acetylene berbanding oksigen ialah 1:4, manakala
dalam mengimpal pula ialah 1:2.Acetylene di simpan di dalam silinder di bawah tekanan yang
tinggi. Jika tidak di simpan dengan baik ia akan menyebabkan acetylene meletup. Acetylene
tidak akan dapat di simpan dengan selamat pada tekanan 15 psi (0.1 MPa). Oleh itu
acetylene akan dicairkan dengan acetone dalam silinder khas. Silinder ini
mengandungi 300 ft3 (9 m3) gas pada tekanan 250 psi (1.7 MPa). |