|
TUJUAN
1.Mengenal bahagian-bahagian serta struktur mesin pembentuk.
2.Mengetahui bagaimana mesin pembentuk berfungsi serta kebaikan dan
kelemahan sistemnya.
3.Mengenalpasti langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan mesin
pembentuk.
4.Mempelajari kepelbagaian dalam menggunakan mesin tersebut.
5.Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelajuan mesin
tersebut.
ALATAN DAN PERKAKASAN
1.Mesin pembentuk ialah sebuah mesin yang mempunyai mata alat yang
membolehkannya melakukan kerja-kerja memotong secara tegak lurus.
2.Ia menggunakan mata alat jenis tunggal, sama seperti mata alat yang
digunakan
oleh mesin pelarik.
3.Namun begitu, mesin pembentuk adalah berbeza dengan mesin pelarik
dari segi
asas pergerakan kerana mesin pelarik mempunyai pergerakan putaran
manakala
mesin pembentuk beroperasi melalui asas pergerakan salingan iaitu
pergerakan
kehadapan (lejang pemotong) dan kebelakang (lejang kembali).
4.Secara amnya, mesin pembentuk ini mampu membentuk permukaan rata
iaitu
secara ufuk, tegak dan condong. Selain itu, mesin ini juga berupaya
memotong
alur kekunci, alur-alur dan lurah-lurah, serta membentuk permukaan
tidak
sekata.
5.Saiz mesin pembentuk pula bergantung kepada panjang maksimum lejang,
misalnya antara 305mm 343mm dan 406mm 914mm.
6.Bahagian-bahagian mesin pembentuk.
- Tapak
Menyokong keseluruhan mesin, dan dicipta berlubang untuk
membolehkan bendalir pemotong ditakungkan.
- Turus
Kedudukannya adalah tegak di atas tapak, menempatkan beberapa
pesawat mesin.
- Penolak
Mempunyai bentuk berbelah rotan, terletak di bahagian atas,
memegang kepala alat, penolak bergerak dalam gerakan salingan.
- Meja
Dikembarkan dengan sela dan diikat pada turus. Oleh itu, binaan ini
membolehkan meja bergerak melintang dan menegak. Selain itu juga, terdapat lurah T pada
permukaan sebelah atas dan tepi. Satu kelebihan binaan ini ialah ia boleh dinaikkan secara
manual atau automatik.
7. Struktur kepala alat
- ia dipasang pada bahagian hadapan penolak
- mata alat mesin pembentuk dipasang pada bahagian ini.
- apron dan bongkah kekesot dipasang pada plat berkilas
- mempunyai skru penghantar bawah dilengkapi dengan relang bersenggat mikrometer, untuk
melakukan pemotongan dalam bongkah kekesot diturunkan atau sebaliknya.
- apron adalah struktur yang terdiri daripada pembebas tekan, bongkah pembebas dan tiang
mata alat.
- mata alat terangkat semasa lejang kembali bagi mengelakkan hujung mata alat menggeser
permukaan benda kerja
- apron boleh dikilas kekiri dan kekanan.
8. Struktur pesawat penggerak.
- disebabkan oleh pergerakan salingan, pemotongan hanya dibuat pada lejang
hadapan iaitu lejang memotong.
- mekanisme pesawat penggerak mesin pembentuk membolehkan pergerakan
lejang kembali lebih pantas.
9.Jenis mata alat pembentuk.
- mata alat mengasar
-ia digunakan untuk membentuk permukaan rata pada
logam keluli, besi
tuang, loyang dan sebagainya.
- mata alat penyudahan
-ia mempunyai hujung mata berbentuk bulat, yang
digunakan untuk
melakukan pemotongan penyudahan. Alat mata ini mampu digunakan
untuk mengambil potongan dari mana-mana arah.
- mata alat tepi
-ia digunaan untuk memotong permukaan tegak atau
permukaan bersudut.
Alat ini dibuat mengiri dan menganan.
- mata alat melurah dan mengerat
-ia digunakan untuk memotong lurah, alur kunci atau alur-alur. Sudut
kelegaan perlulah dicanai dengan secukupnya. Ini adalah untuk
mengelakkan daripada tersepit dalam benda kerja.
KAEDAH
- Sebelum memulakan eksperimen ini, saya dikehendaki membersihkan ragum dan benda kerja
daripada tepi tajam.
- Jalur selari sebagai pelapik digunakan bagi menyesuaikan ketinggian benda kerja dan
memastikan permukaan benda kerja adalah selari.
- Panjang lejang dilaraskan dengan mencampurkan kelegaan di kedua-dua hujung mata alat.
- Kedudukan lejang dilaraskan supaya mata alat dapat memotong keseluruhan panjang benda
kerja.
- Selepas itu, kelajuan mesin dilaraskan.
- Mata alat dibawa kepada permukaan benda kerja dengan memutarkan pemutar bawah. Kemudian,
ia disentuhkan dengan permukaan benda kerja dan relang bersenggat dilaraskan kepada 0.
- Akhir sekali meja dikeluarkan dari mata alat, kemudian pemotongan dalam dilaraskan
dengan menggunakan pemutar bawah.
- Bagi membentuk permukaan tegak, penjajaran dibuat supaya ragum bersudut tepat kepada
penolak.
- Kepala alat kemudiannya dilaraskan supaya bersudut tepat kepada ragum.
- Benda kerja dipegang dengan menggunakan ragum dengan menjulurkan secukupnya permukaan
yang hendak dimesin.
- Selepas itu, apron dikilaskan supaya kedudukannya jauh daripada permukaan yang hendak
dimesin yang mana mengelakkan mata alat terkena permukaan benda kerja semasa ia terangkat
dalam lejang kembali.
- Panjang lejang dan kedudukannya dilaraskan.
- Dalam pemotongan dilaraskan dengan menggunakan penghantar melintang.
- Potongan diambil dengan memutar engkol penghantar bawah. Pada kebiasaannya ia dibuat
secara manual sahaja.
- Seterusnya, untuk membentuk permukaan bersudut, ia boleh dimesin dengan melaras benda
kerja pada sudut yang dikehendaki dengan ragum, menggunakan ragum universal, dan mengilas
kepala alat kepada sudut yang dikehendaki.
- Akhir sekali hasil kerja akhir diperolehi.
LANGKAH KESELAMATAN
- Pelindung mata digunakan bagi mengelakkan percikan tatal.
- Sebelum menghidupkan mesin, benda kerja, pemegang benda kerja, dan mata alat dipastikan
diikat dengan kukuh.
- Mata alat dan kepala alat dipastikan supaya tidak melanggar benda kerja atau turus
semasa lejang kembali.
- Berdiri di hadapan mesin dielakkan ketika pemotongan sedang dibuat dan seelok-eloknya
berdiri di sisi mesin.
- Tatal tidak boleh sekali-kali dibuang semasa pemotongan sedang dibuat.
- Pelarasan juga tidak boleh dibuat semasa pemotongan sedang dibuat.
- Persekitaran mesin dipastikan kemas dan bebas daripada minyak atau gris terutamanya di
atas lantai.
|
|