greenbar3.gif (22951 bytes)

SEJARAH PENUBUHAN KELAB Al-QURAN

qmakkah.gif (26866 bytes)

    Kelab ini ditubuhkan pada bulan Ramadhan 1419 H yang lalu
melalui satu Mesyuarat Penubuhan Kelab hasil kesedaran
dan iniasitif gabungan pensyarah, pelajar IPTA / IPTS,
ahli akademik, pekerja kilang dan pekerja profesional.

    Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang mulia,
bulan turunnya Al-Quran, maka tertubuhlah
Kelab ini dengan rasminya pada hari Ahad 22 Ramadhan 1419H
bersamaan dengan 10 hb. Januari 1999.

   Majlis perasmian Kelab ini telah dilancarkan dengan jayanya
dalam satu majlis berbuka puasa dihadiri masyarakat umum.

    Seterusnya Kelab ini telah diterima sebagai
ahli Kelab Sahabat Masjid UKM, Bandar Baru Bangi pada penghujung tahun 2001. Seterusnya pada
28 hb November 2002, Kelab-Al Quran Al Karim telah dengan rasminya
berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS - Registrar of Society)
dengan no. pendaftaran 1711.
Namun begitu, konsep dan pendekatan asal kelab ini
tetap dikekalkan iaitu menawarkan kelas pengajian
al-Quran berasaskan dakwah dan suasana kekeluargaan.
Aktiviti kelab juga telah mendapat sokongan dan
kerjasama daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
terutamanya daripada Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Daerah Hulu Langat.



Kembali ke Laman Utama

1