Perkataan jihad mengikut bahasa bermakna: Mencurahkan kesungguhan, mengerahkan kekuatan secara maksimal. Sedangkan mengikut terminalogi (istilah), perkataan jihad mempunyai makna: Mengorbankan jiwa, dan harta dalam membela dien Allah dan melawan musuh - musuhNya.
Dalam istilah Muslim disebut:
"Berjihadlah kamu sekalian dengan harta, lidah dan jiwa kalian."
Jihad fie sabilillah melalui empat peringkat dalam proses pengsyari'atannya:
1. Diharamkan di Mekkah
"Tidakkah kamu perhatikan orang - orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu dari berperang dan dirikanlah solat." (An Nisa' : 77)
2. Diizinkan ketika Nabi saw. dan para sahabat berhijrah
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang -orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar - benar Maha Kuasa menolong mereka itu." (Al Hajj : 39)
3. Menjadi wajib ketika musuh terlebih dahulu memerangi mereka
"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al Baqarah: 190)
4. Kemudian memerangi kaum musyrikin secara keseluruhan di permukaan bumi
"Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya dien itu semata - mata bagi Allah." (Al Anfal : 39)
Sampai ketika turun ayat pedang dalam surah At Taubah. Ayat pedang ialah:
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) dien (agama) yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang - orang yang bertakwa." (At Taubah: 36)
"Apabila telah berlalu bulan - bulan haram itu maka bunuhlah orang - orang musyrikin itu dimana sahaja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah mereka di tempat pengintaian." (At Taubah: 5)
Setelah turunnya surah At Taubah, manusia di muka bumi terbagi kepada tiga golongan:
1. Muslim muqatil (Muslim yang memerangi kafir)
2. Kafir yang terikat perjanjian, membayar jizyah (cukai)
3. Musyrik yang diperangi
Tiadalah di permukaan bumi ini, menurut surah At Taubah, selain ketiga golongan di atas. Kalau bukan seorang muslim, maka dia adalah kafir Zimmi (yang dilindungi keamanannya, membayar jizyah dengan patuh sedang dia dalam keadaan rendah) atau seorang musyrik yang mesti diperangi.
Tidak diterima salah seorang pun di muka bumi, melainkan dia mesti bergabung ke dalam tiga golongan ini; Bernaung di bawah peperintahan Daulah Islam dan dia tetap memeluk diennya namun membayar jizyah, atau masuk dalam pertempuran melawan kaum muslimin atau masuk dien Islam. Dan tetaplah hukum itu, tidak berubah - ubah sampai hari kiamat. Hukum ini tetap, muhkam, kerana pensyari'atan qital (perintah) perang belum dimansukh dan tidak akan dimansukhkan.
"Dan orang - orang yang beriman berkata "Mengapa tidak diturunkan satu surat?" Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan didalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang - orang yang ada penyakit dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati dan kecelakaanlah bagi mereka." (Muhammad: 20)
Ihkam bermakna sesuatu yang tidak menerima pemansukhan. Para Fuqaha atau para pakar Usul Feqah mendefinasikan kata "Muhkam" dengan takrif: "Ianya adalah sesuatu yang tidak memerlukan pentakwilan, pengkhususan ataupun pembatalan dan tidak akan berubah." kerana itu kaedah syar'i (ini adalah bahagian dari aqidah ahli sunnah wal jama'ah) menyatakan: "Bahawa jihad itu akan tetap berlaku sampai hari kiamat. Tidak boleh dihentikan oleh keadilan orang yang adil atau oleh penyimpangan orang yang zalim." Dalam hadith sahih disebutkan:
"Pernah satu ketika ada seseorang datang kepada Rasulullah saw, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, manusia telah meremehkan kebaikan, mereka mengatakan: " Tak ada lagi perang, kerana peperangan telah usai. "Beliau berkata: "Mereka dusta, sekarang datang peperangan itu. Dan akan sentiase ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran sampai datang keputusan Allah, sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian itu" (Sahih al Jami'As Saghir no 7295)
Bahagian dari aqidah ahlusunnah wal jama'ah itu (boleh anda baca dalam buku aqidah bukan buku feqah). Bahagian dari aqidah tersebut ialah: Jihad itu terus berlanjutan sampai hari kiamat. Ini merupakan aqidah kita dan aqidah ahlusunnah wal jama'ah Dalam sebuah hadith disebutkan:
"Wajib bagi kamu semua berjihad, samaada dengan pemimpin yang baik mahupun dengan pemimpin yang fajir (yang berbuat maksiat)." (Riwayat Abu Dawud "Ma'a kulli birrin wa Fajirin")
Meskipun dalam hadith ini ada maqal (pembicaraan), kerana Ma-khul tidak mendengar dari sahabat, akan tetapi ada hadith sahih lain yang menyebutkan:
"Kuda itu tertambat pada ubun - ubunnya kebaikan sampai hari kiamat, iaitu pahala dan ghanimah." (Sahih Al jami'As Saghir no 3353)
Iaitu, pahala/kebaikan itu tertambat pada ubun - ubun kuda, dengan sebab jihad. Yang dengan jihad tersebut Allah mengurniakan buahnya berupa pahala dan ghanimah. Berkata Ibnu Taimiyah, rahimahullah: "Hadith ini adalah sebagai dalil bahawa jihad itu akan tetap sentiasa berlaku sampai hari kiamat dan tidak akan berhenti." tertambat pada ubun - ubunnya kebaikan sampai hari kiamat. Sedangkan kebaikan itu adalah pahala dan ghanimah.