Pembunuhan
Beramai-ramai Umat Islam Palestin Oleh Rejim Zionis
Palestine Times: Mac 1993
Senarai Pembunuhan Beramai-ramai berikut bukanlah lengkap,
tetapi sekadar membuktikan realiti sebenar penjajahan sebenar Rejim Zionis
Yahudi ke atas Palestin dan juga untuk membuktikan bahawa kekejaman dan
penindasan ini bukanlah seperti lain-lain kesan sampingan peperangan, tetapi
adalah kekejaman yang diatur rapi dengan satu tujuan mutlak, iaitu sebuah
'Negara Yahudi' yang bebas dari 'goyim' (bukan Yahudi).
YEHIDA
13 Disember 1947: beberapa orang pemuda Islam di kampung
Yehida (berhampiran Petah Tekva, penempatan Zionis yang pertama ditubuhkan)
telah berjumpa di sebuah kedai kopi apabila mereka ternampak sepasukan Peronda
Tentera British memasuki kampung tersebut. Mereka berasa agak lega kerana
pada hari sebelumnya pengganas Yahudi telah membunuh 12 orang Palestin.
Empat buah kereta ronda tersebut berhenti di hadapan kedai kopi tersebut dan
beberapa orang lelaki berpakaian seragam dan bertopi besi kelaur darinya. Namun
mereka bukanlah askar-askar British tetapi penganas-pengganas Israel yang
menyamar. Mereka melepaskan tembakan dari mesingan ke arah orang ramai
yang berada di kedai kopi tersebut. Sesetengah dari mereka pula telah
meletakkan bom-bom bersebelahan dengan rumah-rumah orang Islam manakala
sebahagian yang lain melemparkan bom-bom tangan ke arah orang awam.
Kelihatan seperti seluruh penduduk kampung tersebut akan dibunuh mereka.
Kedatangan peronda British yang sebenar bagaimanapun menghentikan rancangan
mereka. Seramai 7 orang Islam terbunuh. Pada hari yang sama, sebelum
kejadian tersebut, 6 orang Islam terbunuh manakala 23 lagi cedera apabila
bom-bom buatan sendiri dilemparkan ke arah orang-orang Islam yang berdiri
berhampiran 'Damascus Gate' di Baitul-Maqdis. Di Jaffa, sebuah bom lagi membunuh
6 orang Islam dan mencederakan 40 orang lagi.
Rejim Zionis memang kurang-ajar tetapi di manakah maruah
Ummah ini apabila hanya mengharapkan tentera kuffar untuk mempertahankannya.
Hinanya kita tanpa kekuatan hasil semangat Jihad.
KHISAS
18 Disember 1947: 2 buah kereta penuh dengan
pengganas-pengganas Haganah melalui Kampung Khisas (di sempadan Lebanon-Syria)
sambil melepaskan tembakan dari mesingan dan melontar bom-bom tangan. 10 orang
Islam dibunuh.
QAZAZA
19 Disember 1947: 5 orang kanak-kanak Islam dibunuh oleh
pengganas Yahudi yang meletupkan perumahan di perkampungan Mukhtar.
PERKAMPUNGAN AL-SHEIKH
1 Januari 1948: Pada malam tersebut kira-kira 200 orang
Yahudi berssenjatakan mesingan dan bom tangan telah menyusup masuk ke sebuah
perkampungan kecil yang dikenali sebagai al-Sheikh (5km Tenggara Haifa).
Mereka datang dari arah bukit-bukit selatan kampung tersebut (besar kemungkinan
dari penempatan Yahudi, Nisher kira-kira 5km dari kampung tersebut).
Mereka menyerang rumah-rumah pada sekitar perkampungan tersebut dengan bom-bom
tangan dan kemudiannya menyelesaikan serangan mereka dengan mesingan membunuh
kira-kira 40 orang Islam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
DEIR YASSIN
9-10 April 1948: Pembunuhan Beramai-ramai ini membuktikan
kekejaman rejim Zionis Israel dan juga sifat dusta mereka. Ketua kampung
tersebut telah berjanji dengan pihak Zionis untuk memberikan maklumat
tentang pergerakan orang-orang luar di kawasan tersebut dan juga lain-lain
maklumat strategik dengan syarat kampung mereka tidak diganggu oleh rejim
tersebut. Rejim Zionis Israel bagaimanapun tidak memegang janji mereka.
Di dalam operasi yang dikenali sebagai 'Operation Unity', pengganas-pengganas
Haganah, Irgun dan Stern telah bekerjasama. Pada jam 4:30 pagi, hari
Jumaat, 9 April 1948, mereka telah mengepung kampung tersebut yang berhampiran
dengan 2 penempatan Yahudi, Givat Shaul dan Montefiore. Selama 2 hari,
pengganas-pengganas Yahudi ini membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak,
merogol para wanita dan menyamun barang-barang kemas mereka.
Seorang doktor dari Pertubuhan Palang Merah yang tiba di
kampung tersebut pada hari kedua telah menceritakan apa yang dilihatnnya sendiri
- sapu bersih - seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengganas tersebut.
Menurut beliau 'sapu bersih' ini dilakukan dengan mesingan, kemudian bom tangan
dan disudahi dengan pisau.
Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih
di tangan-tangan ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Kira-kira 250 orang dibunuh sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang
ditikam perut mereka dengan 'bayonet' ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak
dikudungkan di hadapan ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala
mereka di kerat putus. Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British
mengetahui tentang peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa
tindakan diambil untuk menghentikanya.
Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada mereka yang ingin
bekerjasama dan berbaik-baik dengan puak Yahudi ini.
NASER AL-DIN
13-14 April 1948: Sebuah kontigen pengganas Lehi dan Irgun
telah memasuki kampung ini (berhampiran dengan Tiberias) pada malam 13 April
berpakaian seperti pejuang Arab. Apabila mereka tiba, para penduduk kampung
telah keluar untuk menyambut mereka. Pengganas-pengganas tersebut telah
membalas dengan tembakan, membunuh keseluruhan penduduk kampung tersebut kecuali
40 orang. Semua rumah di kampung itu diranapkan.
BEIT DARAS
21 Mei 1948: Setelah beberapa kali gagal menduduki kampung
ini, rejim Zionis telah menggerakkan sebuah kontigen yang besar dan mengepung
kampung ini. Para penduduk Beit Daras mengambil keputusan bahawa kaum
wanita dan kanak-kanak lebih baik meninggalkan kampung itu. Ketika mereka
ini bergerak meninggalkan kampung tersebut, tentera Zionis telah membunuh
kesemua mereka walaupun menyedari bahawa mereka adalah kaum wanita dan
kanak-kanak yang tidak ikut ber'perang'.
MASJID DAHMASH
11 Julai 1948: Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang
diketuai oleh Moshe Dayan menduduki Lydda, pihak Israel telah mengumumkan kepada
orang-orang Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah
masjid, mereka akan selamat. Sebagai membalas dendam atas satu serangan
bom tangan yang membunuh beberapa orang askar Israel, 80-100 orang Islam telah
dibunuh di dalam masjid tersebut. Tubuh mereka ditinggalkan bergelimpangan
dan reput selama 10 hari. Masjid tersebut masjid berdiri tetapi
ditinggalkan sehingga kini.
Pembunuhan ini menyebabkan penduduk di Lydda dan Ramle
ketajutan dan panik. Mereka kemudian dihalau keluar dari bandar-bandar ini
setelah segala barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier
Komander ketika itu, Yitzhak Rabin berkata," Tiada cara lain kecuali dengan
kekerasan dan tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat
mereka bertemu tentera." Kebanyakan dari 60,000 penduduk Lydda dan Ramle
melarikan diri ke kem pelarian berhampiran Ramallah. Kira-kira 350 orang mati
dalam berjalanan akibat kekeringan dan strok kepanasan. Ramai yang
terselamat dengan meminum air kencing mereka sendiri. Keadaan di kem
pelarian itu menyebabkan banyak kematian lagi.
DAWAYMA
29 Oktober 1948: Berikut adalah pengakuan seorang tentera
Yahudi yang menyertai pendudukan perkampungan Dawayma (di daerah Haifa):
"...Mereka membunuh di antara 80 hingga 100 orang kaum wanita dan
kanak-kanak. Untuk membunuh kanak-kanak, mereka memecahkan kepalanya
dengan kayu. Tidak ada sebuah rumahpun yang ditinggalkan tanpa mayat... Seorang
komander mengarahkan seorang askar membawa 2 orang wanita ke dalam sebuah
bangunan sebelum meletupkan bangunan tersebut... Seorang askar lagi berasa
bangga kerana telah merogol seorang wanita Arab sebelum membunuhnya..."
Pembunuhan ini dilakukan oleh Batalion ke-89, yang bertanggung-jawab di Lydda.
SHARAFAT
7 Februari 1951: askar-askar Israel telah melintasi sempadan
persenjataan ke kampung ini (5 km dari Baitul-Maqdis) dan meletupkan rumah ketua
kampung dan jiran-jiran beliau. 10 orang terbunuh (2 lelaki tua, 3 wanita,
5 kanak-kanak) dan 8 orang tercedera.
KIBYA
14 Oktober 1953: Pada jam 9:30 malam kira-kira 700 askar
biasa Israel telah menyerang kampung Kibya di sempadan Jordan (Barat Daya
Baitul-Maqdis). Dengan menggunakan mortar, mesingan, senapang dan bahan
letupan, mereka telah meletupkan 42 buah rumah, sebuah sekolah dan masjid.
Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijumpai mereka dibunuh. 75 orang
penduduk kampung dibunuh dengan kejam. Operasi ini diarahkan oleh Ariel Sharon.
KAFR QASEM
29 Oktober 1956: Para Pengawal Sempadan Israel memulakan apa
yang mereka namakan rondaan ke Perkampungan Segitiga pada jam 4 petang.
Mereka memberitahu ketua-ketua kampung di situ bahawa waktu bermulanya 'curfew'
hari tersebut dan hari-hari seterussnya adalah 5 petang bukannya 6 petang lagi.
Mereka tiba di Kafr Qasem pada kira-kira 4:45 petang dan ketua kampung tersebut
telah memprotes kerana terdapat kira-kira 400 orang kampung yang bekerja di laur
kampung dan beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberitahu mereka
tentang waktu yang baru itu. Seorang pegawai berjanji pada beliau yang
para pekerja tersebut akan diuruskan. Para pengawal tersebut kemudiannya
telah menunggu di pintu masuk kampung tersebut. 43 orang penduduk Kafr Qasem
telah dibunuh apabila mereka pulang dari bekerja oleh tentera Israel kerana
melanggar undagn-undang yang tidak mereka ketahui. Pada pintu masuk
sebelah utara pula, 3 orang dibunuh manakala 2 orang lagi dibunuh di dalam
kampung tersebut. Mangsa-mangsa termasuklah wanita dan kanak-kanak.
Lutanat Danhan sedang meronda kawasan tersebut dengan jeepnya dan melaporkan
kejadian tersebut. Melalui wirelessnya, dia berkata, " kurang 15
orang Arab". Tidak lama kemudian dalam laporannya melalui radio ke
ibupejabatnya dia berkata, "terlalu sukat untuk dikira."
AL-SAMMOU'
13 November 1966: Tentera Israel menyerang kampung ini,
memusnahkan 125 buah rumah, sebuah klinik dan sekolah dan juga 15 buah rumah di
perkampungan berhampiran. 18 orang terbunuh dan 54 orang cedera.
SABRA DAN SHATILA
15-18 September 1982: Selepas pendudukan Lebanon Phalangist
oleh Israel pada 1982, boneka Israel membunuh lebih 3000 orang Islam Palestin,
lelaki, wanita dan kanak-kanak di bawah pemerhatian tentera Israel. Kiraan
mayat oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah melaporkan 2750 mayat.
Jumlah sebenarnya diyakini jauh lebih tinggi dan mungkin tidak akan diketahui.
OYON QARA
20 Mei 1990: Seorang askar Israel memaksa buruh Islam
berbaris dan membunuh 7 daripada mereka denga sub-mesingannya. 13 orang
lagi orang Islam dibunuh oleh tentera Israel di dalam demonstrasi berikutan
pembunuhan tersebut.
MASJID AL-AQSA
8 Oktober 1990: Polis Israel melepaskan tembakan ke atas umat
Islam di Masjidil-Aqsa membunuh 22 orang.
MASJID IBRAHIMI
25 Februari 1994: Seorang pengganas Yahudi dari penempatan
Keryat Arba' membunuh 50 orang Islam di Masjid Ibrahimi di al-Khalil (Hebron)
dan memcederakan kira-kira 200 orang. Berikutnya, demonstrasi besar-besaran
diadakan di jalan-jalan di Palestin dan tentera Israel telah membalas dengan
peluru hidup. 23 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera. Laporan-laporan
menyatakan bahawa terdapat 3 orang Yahudi yang menembak, bukan seorang.
JABALIA
28 Mac 1994: Seorang polis Yahudi yang menyamar telah
membunuh 6 orang aktivis Islam dan mencederakan 49 orang lagi. Sesetengah
aktivis Islam yang cedera telah dikeluarkan dari kereta-kereta mereka dan
ditembak mati di kepala mereka.
'CHECKPOINT' ERETZ
17 Julai 1994: 11 orang Islam dibunuh dan 200 orang lagi
cedera.
Ini hanyalah sebahagian daripada siri kekejaman rejim
Zionis Israel ke atas Umat Islam Palestin. Sekiranya serangan-serangan ke atas
Selatan Lebanon diambilkira, jenayah kekejaman Zionis ini akan lebih jelas lagi.
Sekiranya kita mengkaji secara terperinci tentang kekejaman pada 1948 dalam
opersai 'sapu bersih', pemusnahan tempat-tempat suci Islam, perampokan
askar-askar dan penduduk-penduduk Yahudi, mungkin kita dapat memahami apa itu
Zionism sebenarnya.
Quotes from the Jewish Bible, the Torah:
"Then ye shall drive out all the inhabitants of
the land from before you, and destroy all their pictures, and destroy all
their molten images, and quite pluck down all their high places:
And ye shall dispossess the inhabitants of the land, and dwell therein:
for I have given you the land to possess it"
Numbers 33:52,53
"And they utterly destroyed all that was in
the city, both man and woman, young and old, and ox, and sheep, and ass, with
the edge of the sword."
Joshua 6:21
Wahai
Pemuda-pemudi Islam, bangunlah dari tidurmu.
Lupakan senyuman manis musuh-musuh ini.
Tinggalkan candu-candu mereka.
Jauhi adat, pakaian dan resam mereka.
Perangi kekejaman mereka.
Pertahankan Ummah ini.
Moga Ummah ini, beroleh kemenangan.
Moga kau, menjadi pilihan Allah,
untuk penghormatan yang abadi,
sebagai shuhada'.